Pelakon berbakat besar, Amir Ahnaf mendedahkan dia hanya diberi masa tiga minggu sahaja untuk menguasai bahasa Indonesia bagi menjayakan filem terbaharu lakonannya, The Parcel yang bakal ditayangkan kelak.
Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, walaupun menzahirkan kerisauan dengan penerimaan penonton, dia bagaimanapun tidak sabar untuk karya seram tersebut ditayangkan di kedua buah negara.
“Ada satu filem seram lakonan saya iaitu The Parcel di mana karya itu saya berlakon di Indonesia dan seluruh jalan cerita saya akan ‘ngobrol’ dalam bahasa Indonesia.
“Ya, sudah semestinya saya agak risau juga dengan penerimaan penonton tetapi pada masa sama saya tidak sabar untuk filem itu ditayangkan di pawagam Malaysia dan Indonesia,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2021 itu turut berkongsi dia mengambil masa seminggu untuk merasai kehidupan di sana selain mempelajari bahasa ibunda negara seberang itu.
“Sebenarnya, saya diberi masa lebih kurang dalam tiga minggu sahaja untuk menguatkuasa bahasa Indonesia.
Ads
“Selain itu, saya ambil satu minggu ke sana untuk script reading dan merasai kehidupan di sana.
“Setiap malam saya keluar, santai dan mengambil pendekatan untuk berborak dengan orang tempatan apabila saya berpeluang untuk menaiki Grab,” kongsinya lagi.
Ads
Selain Amir, The Parcel juga menampilkan seorang lagi pelakon dari Malaysia, Nora Danish dan turut dibintangi oleh pelakon Indonesia berkaliber seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.
Terdahulu, beberapa bekas finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja juga pernah diberikan kesempatan untuk membuka langkah ke Indonesia termasuklah Meerqeen dan Anna Jobling.
Sebagai seorang umat Islam, kita dituntut untuk memohon doa kepada sang Pencipta yang menguasai seluruh kehidupan di muka bumi ini. Selain berusaha dan bertawakal, doa adalah senjata orang Mukmin bagi meminta pertolongan kepada Allah SWT.
Tidak kiralah sama ada korang berdoa mahu dipertemukan jodoh dengan baik, diberikan umur yang panjang atau memohon dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, jangan pernah jemu untuk berdoa kerana doa ini mempunyai kuasanya yang tersendiri.
Namun begitu, sedikit perkongsian yang dibuat oleh pageMotivasi Media Sosial tentang tukar cara doa supaya hidup kita jadi lebih baik.
Bukan nak kata yang selama ni cara korang berdoa tu salah, tapi mungkin cara ini boleh improve kan doa-doa harian kita. Why not kita amalkan betul tak?
Berikut ada 6 formula doa yang korang boleh ikut.
Formula 1
Kalau sebelum ni kita selalu berdoa:
“Ya Allah, berikanlah aku kekuatan”
Kalau kita berdoa macam tu maka Allah akan sentiasa menguji untuk test kekuatan kita. Jadi, doa yang kitab oleh betulkan ialah;
“Ya Allah, lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku daripada kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku”
Formula 2
Kita selalu berdoa:
“Ya Allah, berilah aku …”
Jadi, lepas ni kita kena tukar sikit doa tu, “Ya Allah, kurniakanlah aku …”
Sebab apa? Kalau kita sebut BERI makan bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Tapi, kalau kita sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila, InsyaAllah mudah-mudahan.
Formula 3
Selalu kita akan berdoa, “Semoga dimurahkan rezeki”
Lepas ni, latihlah dengan bacaan doa, “Semoga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat”
Korang nampak tak perbezaan doa tu? Doa kena betul sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakinlah Allah makbulkan doa kita. Kalau kita sendiri tak yakin apa yang kita doa tu, macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Formula 4
Bagi individu yang dah berkahwin dan belum mendapat atau mahu segera dikurniakan anak, mesti korang selalu doa macam ni kan?
“Ya Allah, kurniakanllah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”
Dan setiap kali itu jugalah kita rasa kecewa dan stres bila doa tidak dimakbulkan Allah. Kalau selama ni kita cuma minta pada Allah sekadar nikmat saja. Kita tak betu-betul ikhlas minta supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.
So, hari ini jom tukar cara berdoa.
“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu, maka makbulkan ya Allah. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku, maka kurniakanlah. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah aku untuk meminjam nikmat ini Ya Allah. Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkau Tuhan yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku”
Sebabnya bila kita berdoa, matlamat dan objektif dalam doa tu bukan fokus pada nikmat saja, tapi lebih ikhlas sebab hubungan kita dengan Allah yang memberikan nikmat tersebut. Macam tu juga kalau kita nak minta sesuatu daripada Allah.
Formula 5
Bila kita berdoa minta macam-macam pada Allah sampai kita lupa nak bersyukur atas semua nikmat yang Dia berikan. Kita kadang terlupa nak bersyukur dengan rezeki yang dah ada depan mata.
Jadi, bersyukur dahulu atas apa yang Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.
Contoh, “Ya Allah aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepadaMu. Dan redhakanlah ia kepadaku Ya Allah”
Formula 6
Satu lagi cara berdoa dengan mendoakan orang lain sebab bila kita mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.
Contoh, “Ya Allah, jika ada mereka yang sedang dalam kesulitan dan kesempitan waktu ini, bantulah mereka Ya Allah, lapangkan kesulitannya, permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah”
Sama-samalah kita amalkan doa-doa ini setiap kali lepas solat. Doa bersungguh-sungguh dan nyatakan dengan jelas apa yang kita mahukan. Yakin dan percayalah doa kita akan dimakbulkan Allah selain berusaha untuk mendapatkannya.
Selepas itu, tawakal dan redha la dengan segala ketentuannya. Wallhualam..
Setelah bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melepaskan jawatan beliau pada 2 Januari lalu, Tun Dr Mahathir telah diumumkan sebagai pemangku Menteri Pendidikan
..sehinggalah perubahan yang bakal berlaku tak lama lagi.
Menurut Tun M, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara.
OMG, for real?!
Pengenalan semula ini adalah kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut diperkenalkan dari sistem antarabangsa.
“Kebanyakan silibus datang ke Malaysia melalui medium Bahasa Inggeris. Kita tak mahu mengelirukan rakyat kerana kita mendapati mereka yang belajar Sains (dan Matematik) dalam Bahasa Melayu sukar untuk mendapatkan pekerjaan di tempat kerja yang menggunakan Bahasa Inggeris,” kata beliau dalam sebuah mesyuarat tertutup semalam menurut laporan Astro AWANI.
Tun M bagaimanapun sedar, beberapa idea yang ingin dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara seperti ini tidak mudah untuk dipersetujui oleh ramai pihak.
“Tetapi saya merasakan perlu untuk melaksanakan beberapa perkara ini bagi memastikan anak-anak kita dapat membesar dan mampu menyelesaikan masalah yang akan dihadapai sewaktu dewasa kelak.
“Itulah tujuan sebenar pendidikan,” jelas beliau lagi.
*
REMAJA melihat perubahan yang bakal berlaku ini sebagai sesuatu yang perlu pantas diadaptasi oleh pelajar di seluruh negara sekiranya ia benar akan diimplementasi.
Kami tidak menidakkan kepentingan untuk mempelajari subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kerana pembelajaran kedua-dua bidang tersebut di peringkat tertiara akan menggunakan medium Bahasa tersebut.
Namun bagi pelajar sekolah menengah dan ibu bapa pula, mereka terpaksa bergelut untuk membeli bahan bacaan baru dan menyesuaikan diri dengan terma baru. Malah ada juga netizen yang menyindir akan konsep Kementerian Pendidikan Malaysia yang gemar ‘melakukan perubahan’.
“Bila tukar menteri, tukarlah lagi sistem pendidikan. Biasalah,” kata salah seorang pengguna Twitter.
YAB Perdana Menteri memangku Menteri Pendidikan mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya pagi tadi. Kementerian Pendidikan Malaysia
Setelah kira-kira tiga minggu ‘drama’ hubungan suami isteri di antara pelakon & pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 bersama suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas berlarutan; akhirnya pada hari ini berita baik diterima ketika mereka sama-sama menghadiri prosiding sebutan semula kes penceraian.
Menurut laporan, pasangan yang keluar dari kereta jenis Bentley sewaktu tiba di Mahkamah Syariah sebentar tadi itu hadir ke sini bagi permohonan kembali taat kepada suami. Kedua-duanya telah bersetuju untuk berdamai di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yusof Sulaiman.
Sambil itu, sebelum berakhirnya prosiding; Hakim Syarie sempat menasihati Nynaa dan Fahmi agar sentiasa berkomunikasi dalam apa jua situasi kerana komunikasi adalah kunci kepada kebahagian serta penyelesaian terbaik ketika dilanda masalah.
“Jika diam, tiada komunikasi, masalah akan jadi.”
“Kalau pagi itu tidak bercakap, petang itu dah kena geletek isteri. Biar ada komunikasi,” pesan Hakim Syarie.
Meninjau ke arah komen yang ditinggalkan oleh warganet di media sosial pasangan itu, rata-rata gembira dengan perkhabaran ‘tidak jadi bercerai’ mereka dan mendoakan agar mereka terus tabah melalui alam perkahwinan pada usia muda.
“Mungkin masalah family je ni.. Diorang berdua tak ada apa-apa isu. Harap terus berkekalan dengan bahagia hingga ke Jannah.”
“Alhamdulillah, semoga kedua belah pihak dapat berdamai.”
“Bagus lah, moga sentiasa sabar, sabar dan sabar menghadapi ujian hidup berumahtangga. Jangan buat keputusan terburu-buru. InsyaAllah sentiasa dalam lindungan Allah.”
“Semua rumah tangga pasti akan ada konflik. Sebab bila dah kahwin, baik buruk pasangan hanya mereka yang tahu. Sebagai ibu bapa, doakan saja kebaikan dan kebahagian anak-anak.”
Terdahulu pada 11 November lalu, Fahmi menfailkan permohonan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur agar Nynaa kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang. Ia setelah Fahmi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kerana mempercayai Nynaa ‘dilarikan; oleh keluarga mertuanya ke Johor.
Tuntutan Fahmi adalah demi menyelamatkan perkahwinan mereka dan agar defenden (Nynaa) kembali menjalankan tangggungjawab sebagai isteri dan mereka dapat hidup seperti normal.
Tidak lama selepas itu, Nynaa hadir pula ke Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bagi satu prosiding sebutan permohonan penceraian daripada Fami. Ia difailkan di bawah Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...