Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berhubung pengunduran kumpulan De Fam daripada program realiti, The Hardest Singing Show (THSS) atas masalah kesihatan.

Menjadikan isu tersebut lebih panas apabila kumpulan trio wanita tersebut tampil membuat persembahan di acara pembukaan kedai fizikal Apple di The Exchange TRX seminggu selepas pengumuman tersebut dibuat.

“Saya mendapat nasihat doktor agar berhenti membuat persembahan di THSS. Kalau boleh saya mengharapkan agar semua dapat menerima keputusan De Fam ini.

“Saya telah berjumpa dengan ahli De Fam dan kami bertiga sudah berbincang dan sepakat untuk menarik diri. Perkara ini juga sudah dimaklumkan dengan pihak produksi Astro. Malah saya juga mempunyai surat pengesahan doktor yang menasihatkan agar tidak menyertai pertandingan itu.

Artikel Berkaitan: Lagu Alamak Raya Lagi! Disalah Tafsir, Azira Shafinaz Minta Pendengar ‘Enjoy’ Sahaja

Azira Shafinaz ‘Simpan Rapi’ Masalah Kesihatan, Enggan Ulas Panjang

“Biarlah apa yang berlalu kepada saya hanya diketahui oleh diri saya sendiri, pasukan saya dan pihak Astro sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis Pelancaran Viu Original, Nafsu.

Susulan masalah kesihatan tersebut, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti mengambil pendekatan untuk berehat sejenak buat masa ini sebelum memulakan penggambaran pada Ogos depan.

Sebelum ini, De Fam membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada  THSS selepas lima minggu bersaingan dalam program realiti nyanyian itu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI