Kejayaan pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini dengan memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek keirin lelaki telah membuka peluang besar buat beliau.
Secara rasminya, beliau terpilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Azizulhasni yang amat berbesar hati dengan tawaran tersebut dibenarkan menyambung pengajian di universiti itu bagi tempoh tiga tahun pada bila-bila masa.
“Tawaran untuk sambung belajar memang banyak, namun saya pilih UMT kerana universiti ini terletak di negeri kelahiran saya. Ia lebih istimewa,” jelasnya.
Ads
Kata beliau lagi, buat masa ini fokusnya adalah pada kerjaya sukan dan akan menyambung pengajian apabila sudah bersedia.
“Buat masa sekarang saya perlu fokus pada karier. Saya akan sambung belajar apabila telah bersedia kerana tawaran biasiswa UMT ini tiada tarikh luput. Mungkin bila anak-anak sudah besar sambung belajar ke sekolah atau universiti nanti, saya mulakan pengajian PhD.”
Ads
Pihak UMT dalam pada itu turut menawarkan peluang kepada Azizulhasni bagi menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut selepas bersara dari dunia atlet demi kecemerlangan sains sukan negari dan negara, secara amnya.
Azizulhasni kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sukan di Universiti Victoria, Melbourne. Beliau juga bakal menerima Anugerah Sarjana Kehormat pada Istiadat Konvokesyen UMT kali ke-19 yang dijangka berlangsung November depan.
Ads
Untuk pengetahuan, beliau telah dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama UMT sejak November tahun lepas. Tiga penghargaan ini adalah pengiktirafan UMT terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada negara selama ini.
Sudah menjadi rezeki atlet berbasikal trek ini untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada Datuk Azizulhasni Awang! Beliau bukan hanya telah mengharumkan nama negara, malah terus dahagakan peluang untuk mengejar ilmu pada masa akan datang.
Tak sah kalau time raya korang tak dengar lagu raya kan? Kadang tu, baru beberapa hari puasa pun dah ada yang dengar. Maklumlah terlebih excited. Hiks!
Boleh dikatakan banyak lagu-lagu hari raya yang telah dihasilkan dari dulu hinggalah sekarang. Tapi biasanya, masyarakat Malaysia lebih memilih untuk mendengar lagu nostalgia raya zaman dahulu berbanding lagu raya baru.
Jadi tak hairanlah kalau korang sering dengar lagu raya yang sama saja setiap tahun kerana semua lagu tu memang legend. Dari zaman mak-mak kita, sampailah ke anak cucu pun boleh layan.
Betul tak?
Jom kita tengok antara lagu raya evergreen yang paling legend yang wajib korang dengar setiap tahun.
1. Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee)
2. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Sudirman Hj Arshad)
3. Menjelang Hari Raya (Dato’ Dj Dave)
4. Suasana Hari Raya (Anuar Zain & Ellina)
5. Pulanglah (Aisyah)
6. Sesuci Lebaran (Dato’ Lebaran)
7. Selamat Hari Raya (Allahyarhamah Puan Sri Saloma)
8. Balik Kampung (Allahyarham Sudirman Hj Arshad)
9. Nostalgia Aidilfitri (Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini)
10. Nazam Lebaran (Dato’ Siti Nurhaliza)
So guys, acaner? Korang pilih lagu raya dulu-dulu ke sekarang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aku pernah menulis hal ini beberapa tahun dulu. Tentang dana masjid yang diperam.
Hari Jumaat hari paling ramai orang suka bersedekah. Maka ada masjid kutipan setiap kali solat Jumaat hingga berbelas-belas ribu ringgit. Setahun lebih setengah juta pun ada.
Pendedahan Sinar Harian mengenai simpanan duit masjid di Perak mencecah 7juta menimbulkan banyak benda yang boleh kita bincang secara matang dan tenang.
Ada sesetengah orang masjid tak suka bila orang biasa macam aku nak bagi cadangan dan pendapat. Kata mereka, “Kau seminggu sekali je datang masjid baik duduk diam. Tak payah masuk campur. Ini muka pun payah nak nampak, tiba-tiba nak ajar pihak masjid pula.”
Pemikiran lapuk penuh angkuh begitu kena buang wahai ahli masjid yang dihormati.
Masjid itu bukan masjid kamu. Duit itu bukan duit kamu. Duit kami yang jarang-jarang pergi masjid inilah yang banyaknya kat situ.
Aku pernah berborak dengan seorang imam muda. Katanya dana masjid dia beratus ribu sampai tak tahu nak buat apa. Masjid yang sudah dipenuhi aircond, akhirnya dipasang ‘giant fan’ yang berpuluh ribu harganya.
Kerana apa pasang? Apa tidak selesa? Apa belum cukup sejuk?
Bukan, kerana duit dah tak tahu nak buat apa.
Pasang ‘giant fan’ beberapa buah, akhirnya berhabuk macam tu sahaja. Awal-awal pasang sahaja guna, lepas tu tak pasang dah.
Agaknya nak jimat letrik. Lagipun aircond masjid yang baru ditukar itu memang masih sejuk. Tak perlu dah bantuan ‘giant fan’ itu sebenarnya.
Dah jadi satu pembaziran besar kat situ. Belum aku cerita bab masjid beli chandelier berharga lebih RM200k lagi.
Jika orang bukan ahli masjid macam aku dibenarkan memberi pendapat, aku nak usulkan 3 pendapat buat masjid yang punya dana tapi tak tahu nak buat apa.
1.Selepas Asar, AJK masjid boleh meronda kariah mereka. Naik motor bagi salam dari rumah ke rumah. Lihat apa keperluan mereka, apa yang pihak masjid boleh bantu.
Walau tidak mampu beri banyak, mungkin boleh beri sekampit beras 5kg yang berharga RM15 cuma. Atau mungkin setin susu untuk anak mereka. Pilih keluarga yang layak dan bantulah sedikit sebanyak. Baru orang respek dengan geng masjid. Baru mereka yang tak pernah pergi masjid nak dekati masjid.
Banyak aku lihat depat mata, masjidnya nilai berjuta. Duit masjid berpuluh ribu, malah beratus-ratus ribu diperam saja. Sedangkan, ada asnaf sekeliling masjid. Sedangkan, ada orang miskin terpaksa berhutang beras di kedai India supaya ahli keluarga tidak kelaparan.
Kalau sehari pihak masjid boleh ronda 4-5 buah rumah, sebulan dah 150 buah rumah dah dalam kariah tu mereka ziarahi dan santuni. Kan bagus begitu? Pasti pandangan ahli kariah pada geng masjid jadi lain macam. Kan?
2. Beri kemudahan untuk fakir miskin dalam kariah mulakan kehidupan. Belikan balang air, meja dan payung untuk mereka mula berniaga.
Ajak mereka berniaga di kawasan masjid terutamanya hari Jumaat. Bagi tempat untuk mereka jual air, kuih, makanan, sayur-sayuran dan apa-apa barang yang mudah dijual. Modalkan mereka untuk beli barang mentah buat kali pertama. Cari perniagaan yang modalnya sekitar RM1000 atau kurang sahaja.
Jangan bagi mereka duit, sediakan mereka barang asas untuk mulakan jualan dan bahan mentah. Bantu dan ajar mereka berniaga dengan betul.Kalau sebulan satu keluarga pihak masjid bantu, setahun dah ada 12 keluarga mampu berdikari dan menyara keluarga sendiri. Pilih mereka yang benar-benar layak, walau orang itu tak pernah ke masjid! Jangan pilih kroni pula ya.
3. Di bandar sesak seperti Kuala Lumpur ini, banyak budak-budak tercicir kelas prasekolah. Satu prasekolah hanya terima 25 murid, sedangkan kepadatan penduduk setempat mencecah 2000 murid.
Maka keluarga yang miskin tidak mampu hantar anak-anak ke tadika swasta. Anak masuk ke sekolah rendah tanpa tahu baca kira. Alangkah eloknya jika masjid buka kelas percuma untuk anak-anak tercicir ini. Buka pada hujung minggu pun jadilah.
Ambil saja student Universiti berdekatan atau mereka yang tiada kerja tapi ada bakat mengajar sebagai tenaga pengajar. Student Universiti ni sentiasa mencari kerja part time. Bayar mereka RM50 untuk dua jam pun mereka sangat seronok.
Kalau sehari 2 guru, seminggu baru RM200 (andaikan kelas hanya pada hari Sabtu dan Ahad). Sebulan baru RM800 pihak masjid perlu bayar kepada tenaga pengajar.
Masjid juga makin dikagumi. Orang ramai makin mendekati. Sambil hantar dan ambil anak, mereka pasti turun solat. Dan jika ada seringgit dua dalam kocek, pasti ke tabung masjid juga perginya.
Pandangan ini aku tujukan buat masjid yang kaya raya sampai dana tak tahu nak buat apa. Yang masjid cukup-cukup makan je, teruskan mendekati dan menyantuni ahli kariah masing-masing.
Apa pun, ini sekadar pandangan yang bersifat peribadi. Kalian berhak nak setuju atau tidak. Bebas juga untuk cadangkan aktiviti atau program lain yang lebih bermanfaat.
Cuma aku berharap, tiada lagi dana yang diperam banyak-banyak sampai berpuluh-puluh ribu mahupun beratus-ratus ribu.
Orang bersedekah supaya digunakan untuk memberi manfaat pada masjid mahupun ahli kariah, bukan untuk diperam tunggu dividen mahupun makan bunga sahaja.
Terbaru, Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, memuat naik video ke laman sosial Instagramnya. Caprice berkongsi sebuah video yang ternyata menunjukkan kemulian hati dan simpati pemuda berusia 33 tahun itu terhadap seorang penjual burger yang dikompaun sebanyak 50k.
Bukan hanya Caprice, rata-rata netizen juga simpati dan terkejut melihat nilai kompaun yang dikenakan terhadap lelaki tersebut. Untuk info, abang burger tersebut ialah Faisal didatangi oleh beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.
Sehubungan itu, pihak polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Rentetan dari itu, Caprice terpanggil membantu nasib peniaga burger yang malang itu, penyanyi rap terkenal Caprice bercadang melancarkan tabung bantuan bagi membantu mengurangkan beban membayar kompaun.
Caprice berkongsi hasratnya itu melalui ‘posting’ di laman Instagram miliknya @capriceofficial.
Kita dapat contact abe Faisal, kalau abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund untuk bantu settle kompaun RM50K yang dia kena bayar sebelum 5 Mei,” tulisnya.
Rata-rata warganet meninggalkan komen memuji tindakan caprice dan kagum terhadap usaha murni yang dilakukan oleh Caprice.
Malah ada juga segelintir meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kompaun dikenakan dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal. Hmm…korang rasa macam mana?
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...