Dalam dunia pendidikan tinggi, sering kali kita mendengar stereotaip sesetengah pihak bahawa mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti luar kelas mungkin akan mengorbankan pencapaian akademik mereka.
Namun ia berbeza buat Azny Bin Jalil (22), seorang mahasiswa yang berasal dari Johor Bahru, telah membuktikan pencapaiannya dengan menerima Anugerah Naib Canselor dalam Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi baru-baru ini bahawa bergiat aktif di universiti tidak semestinya tidak mampu untuk cemerlang dalam akademik.
Menurut Azny yang pernah berkhidmat sebagai Exco Kebajikan dan Kewangan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di UiTM Shah Alam, pemikiran seperti itu cuma sekadar pendapat buat sesetengah masyarakat dan ia adalah sesuatu yang perlu diubah.
Kredit: Azny Jalil
“Belajar adalah perkara hakiki bila kita masuk ke universiti tapi dalam pada itu saya rasa tidak ada istilah wakil MPP tidak cemerlang dalam akademik. Malah bagi saya, ada banyak hal yang saya dapat semasa aktif di universiti”
“Contohnya kami secara tidak langsung mendapat kemahiran dalam menyelesaikan masalah, mampu bekerja dalam pasukan, keyakinan diri juga lebih baik, ada kemahiran untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak, belajar untuk mengambil keputusan dan banyak lagi,” jelas Azny.
Ads
Beliau yang kini sedang melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam Sarjana Muda pengurusan Sukan (Kepujian) berkata, seorang pelajar perlu bijak untuk menguruskan masa dan jika perlu, pelajar perlu mencari inisiatif sendiri untuk menyusun jadual setiap bulan.
Kredit: Azny Jalil
“Saya gunakan sistem jadual dalam telefon, Jadi saya akan susun setiap aktiviti yang perlu saya hadiri dan disitu juga saya boleh tahu bila masa saya lapang. Selain itu, saya akan meluangkan masa untuk beriadah bagi kekalkan kesihatan dan pada waktu malam, jika tiada sebarang aktiviti, saya akan tidur awal,” katanya.
Ads
Azny juga menjelaskan, dia akan mencari waktu untuk mengulangkaji dan belajar pada pukul 3 pagi untuk memahami kuliah yang terlepas dan ada meminta bantuan rakan sekelas untuk merakam atau memberi nota supaya dia tidak jauh ketinggalan dalam pelajaran.
Kredit: Azny Jalil
Dalam pada itu, Azny percaya bahawa pengalaman seperti ini tidak semua pelajar dapat dan dia berharap remaja di luar sana dapat mencuba jika diberikan peluang.
Ads
“Kita perlu cuba benda baru untuk dipraktikkan pada masa akan datang sebab nanti dalam dunia pekerjaan, kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Jadi jika ada pengalaman, inshAllah kita dapat sesuaikan diri dengan baik”
Kredit: Azny Jalil
Antara Penglibatan Azny Jalil di UiTM:
Komander Kesatria UiTM – Ditauliahlan sebagai Leftenan Muda (KEST) pada Mac 2023.
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi – Player Mens Lions Netball UiTM kejohanan Sukan antara IPT.
Sukan Volleyball – Wakil Fakulti dan Wakil Kolej, Handball – Wakil Fakulti.
Terlibat dalam program Kesukarelawan GOLF/ Sukanun/ Misi banjir dan Sukarelawan Vaksin.
Presiden Kelab Anomalist UiTM.
Monolog KARYAKU Pertandingan antara Kolej 2020 (Johan) – Pengarah terbaik, Sinografi Terbaik.
Pencapaian:
Sukan Netball – Tempat ke-3 peringkat IPT.
Sukan Volleyball – Emas.
Sukan Handball – Emas.
Kredit: Azny JalilKredit: Azny Jalil
Sementara itu, Azny yang kini sudah pun berada di semester lima (5) juga memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (Master) selepas melengkapkan Sarjana Muda (Degree). Katanya, dia selalu teruja dan seronok dalam menuntut ilmu dan baginya semasa belajar kita perlu menikmati setiap waktu itu supaya tidak terlalu tertekan.
Akhir sekali, beliau juga turut menasihatkan remaja di luar sana agar tidak pernah takut untuk sentiasa aktif melibatkan diri di alam universiti. Selain mampu mengajar diri untuk berada di luar zon selesa, terdapat banyak kemahiran yang boleh digarap sebagai persediaan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Kak KM meluahkan rasa bangga dan seronok apabila hadir menyaksikan konvokesyen anak sulungnya, Nabila Razman, yang kini bergelar graduan di peringkat diploma, Universiti Malaya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Kak KM memuji Nabila sebagai anak yang bijak dan menyifatkan pencapaian anak gadisnya itu sebagai kebanggaan dirinya.
“Tahniah anak mama yang bijak pandai, Nabila. Kebanggaan mama,” tulis anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian sama, dapat dilihat Kak KM turut berkongsi momen istimewa ketika Nabila menerima skrol di atas pentas, serta video di hadapan dewan, di mana memeluk dan mengangkat Nabila dengan penuh kegembiraan.
Reaksi positif turut diterima daripada pengikut Kak KM yang turut menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan Nabila.
Ramai yang tidak menyangka gadis itu sudah berjaya menamatkan pengajian, memandangkan mereka merasakan baru sahaja Nabila dihantar oleh ibunya untuk melanjutkan pengajian di universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Kak KM Sayang
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, apa-apa jua pakaian yang dipilih untuk bersukan perlulah selesa supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Selain itu, perlu pastikan pakaian tersebut tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan anda semasa bersukan.
Foto Via Butter.sg
Baju yang terlalu ketat mungkin akan menjerut peredaran darah dan mungkin akan terkoyak semasa melakukan aktiviti regangan terutama dibahagian celah kangkang seluar atau pon di bahagian celah ketiak. Maka pastikan memilih baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang betul mengikut ukuran badan anda. Tetapi, janganlah pula memakai pakaian yang gelebeh atau terlalu besar kerana dikhuatiri akan merentang arus angin, membahayakan keselamatan dan membataskan pergerakan aktiviti sukan korang.
Tapi korag jangan risau, baru-baru ini jenama sukan Singapura, butter memperkenalkan pakaian aktif merangkumi saiz yang pelbagai untuk memenuhi keperluan Asia di Malaysia.
Nota – Kajian menunjukkan wanita Asia cenderung mempunyai underbust yang lebih kecil dan model berbanding orang Barat, dengan pinggang yang lebih kecil dan pinggul lebih lebar disebabkan faktor genetik. Foto Via Butter
Terkenal dengan fabrik sutera lembut dan licin bergaya, butter. disesuaikan untuk pergerakan berbeza yang menyasarkan satu siri gaya hidup serba boleh. Activewear ini mempunyai saiz inklusif yang direka untuk pelbagai jenis wanita.
Mewah Dan Bergaya
Tidak seperti activewear lain, butter. sangat mewah dan bergaya menampilkan dua fabrik, iaitu BaseCore™, direka untuk aktiviti intensiti tinggi, dan BaseFlex™ yang memenuhi keperluan aktiviti intensiti rendah.
Jenama ini juga membawa barisan bra dan seluar, direka untuk menyokong aktiviti wanita Asia dengan selesa, baik ketika masa lapang dan aktiviti berintensiti tinggi dan rendah sambil kelihatan bergaya pada masa yang sama.
Foto Via Butter.
Mulakan Pengembaraan butter.
Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, butter. telah bekerjasama dengan Journey mengeluarkan koleksi edisi terhad yang akan dijual secara eksklusif di Journey Indoor Cycling Studio.
Koleksi ini terdiri daripada produk BaseCore™ seperti V-Bra dan Classic Leggings dalam warna kuning mentega. butter. memenuhi semua saiz dari XXS hingga XXL.
Ingin mencuba butter. ? Setiap pembelian akan disertakan dengan penghantaran percuma melebihi RM200 dan pertukaran percuma untuk saiz pada pesanan pertama korang. Layari laman web mereka di butter.sg.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui bahawa DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin memiliki dua cahaya mata sebelum melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Baru-baru ini pejabat Diraja Selangor menerusi Instagram telah berkongsi satu hantaran mengenai baginda berdua telah berangkat ke United Kingdom pada 11 November lalu bagi menghadiri majlis graduasi Cik Nur Amanda binti Mustapha Kamal yang merupakan anakanda sulung Tengku Permaisuri Norashikin.
Berusia 22 tahun, Nur Amanda telah menamatkan pengajian dari University of Bristol dalam jurusan Sarjana Kejuruteraaan dalam Kejuruteraan Mekanikal. Satu pencapaian yang membanggakan apabila dia berjaya memperoleh ijazah sarjana pada usia yang cukup muda.
Mengabadikan gambar bersama usai majlis konvokesyen. Dapat dilihat Nur Amanda diapit oleh bonda dan ayahanda tirinya. Semestinya baginda berdua bangga dengan pencapaian yang telah dicapainya.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, dapat dilihat Nur Amanda jelas mewarisi keanggunan yang dimiliki bondanya. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Membanggakan lagi, kedua-dua anak dan ibu ini cukup elegan menggayakan busana tradisi.
Tengku Permaisuri Norashikin dilihat cukup anggun mengenakan busana baju kurung dengan corak daun warna putih belatarkan warna biru pekat. Baginda melengkapkan penampilan dengan penggayaan rantai Mutiara dan tas tangan Chanel berona kelabu.
Dalam pada itu ramai rakyat jelata berasa kagum dengan keakraban baginda Sultan Selangor dengan anakanda tirinya itu. Ramai meninggalkan kata-kata yang cukup positif di ruangan komen.
Anataranya pemilik akaun @datohjsatar yang meninggalkan komen, “MashaAllah terharu melihat seorang SULTAN yg penyayang terhadap anakanda tiri baginda….Allah pelihara SULTAN SELANGOR”
Pemilik akaun @liza_arif82 pula menulis, “Baginda Tuanku ternyata kasih pada Permaisuri. Pergi kemana-mana sahaja, baginda berdua tetap bersama. Tidak dibiarkan Permaisuri sendirian menghadiri majlis konvo anak walaupum anak tiri baginda.. saya kagum sgt dgn Tuanku..”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam tragedi ngeri yang menggemparkan negara, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban apabila sebuah bas ekspres yang membawa mereka terbabas di...