Ketika ini, terma cinta lokasi asyik menjadi buah mulut ramai. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cinta lokasi itu benar-benar boleh terjadi, sedangkan tanggungjawab pelakon adalah menzahirkan watak yang diamanahkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah, Syafiq, Kamal & Alif Sekali Lagi ‘Bertarung’ Rating Drama TV, Netizen Excited Untuk Tonton.
Tidakkah itu akan memberi impak terhadap kualiti lakonan? Maklumlah, ketika bahagia memeluk diri, mudah untuk mencapai keserasian. Tetapi bagaimana pula andai bercakaran, bukankah itu mengundang masalah?
Bagi pelakon berkaliber, Azrel Ismail, tiada sebarang isu atau konflik andai kedua-dua pihak bertindak profesional untuk menjaga batas dan mutu lakonan.
“Saya sebenarnya pernah terlibat dengan gosip cinta lokasi sebab pernah beberapa kali berlakon bersama pelakon wanita untuk drama bersiri,
“Tapi sebenarnya benda itu memang happened pun! Sebab kadang-kadang melalui skrip itu sendiri, pelakon tersebut boleh terjatuh cinta tanpa sengaja terhadap pasangan lakonannya,
“Sejujurnya, saya merasakan tiada sebarang isu pun dengan cinta lokasi sebab kalau sudah ditetapkan itulah jodohnya, siapa kita untuk menafikannya?” jelasnya kepada REMAJA ketika ditemui di pelancaran cawangan terbaru Forever 21 di Pavilion Bukit Jalil.
Namun, dirinya berpendapat pelakon tersebut haruslah kekal fokus dengan matlamat utama pengambaran tersebut. Jangan sesekali menjejaskan kualiti lakonan hanya semata-mata kerana emosi cinta lokasi.
“Tapi apa-apa pun, kerja harus diutamakan apabila berada di set pengambaran. Kualiti lakonan haruslah diberi perhatian lebih,
“Saya dulu ada juga tercalit sikit-sikit dengan kontroversi cinta lokasi. But for now tiada lagi, sebab heroin drama saya yang baru-baru ini sudah pun bergelar isteri orang,” selorohnya lagi.
Peserta Pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2008/2009 turut berkesempatan memberi pendapatnya berkaitan isu berkahwin dua yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
“Kalau dalam islam, lelaki boleh kahwin empat tapi haruslah ikut kemampuan diri sendiri. Kalau betul mampu then go ahead, tapi kalau tak mampu janganlah proceed untuk mengelakkan isu yang lebih besar muncul dan dari hati insan tersayang terluka,
“Sebab mungkin itu jodoh dia, kita tak boleh nak kawal perkara itu. Asalkan dia pandai berlaku adil dan tangani kedua-dua isterinya,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Instagram Azrel Ismail
https://www.youtube.com/watch?v=_4v29rQW5_Q