Pelakon, Ezzaty Abdullah memaklumkan dia selamat bersalin cahaya ketiganya, pada pagi Khamis.

Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon drama popular Rahimah Tanpa Rahim itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Detik Percintaan Bersama Suami Tercinta, Mahu Timang Sekurang-Kurangnya Tiga Cahaya Mata

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga. Tahniah!

Menurut Ezzaty, dia dan suami iaitu Azwan Kombos menimang cahaya mata lelaki pada pukul 11.29 pagi. Tambah Ezzaty, dia bersyukur kerana anak ketiganya itu dilahirkan pada bulan kelahiran Rasulullah SAW.

Ads

“Alhamdulillah syukur kepada Allah, dengan mengambil berkat bulan kelahiran Rasulullah, pada 21 Rabiul Awal 1446H bersamaan 26 September 2024, pada jam 11:29 pagi, bayi lelaki kami selamat dilahirkan,” coretnya.

Tambah Ezzaty lagi, bayi lelaki mereka berkenaan berada dalam keadaan sihat.

Ads

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga. Tahniah!

Baby dan saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada yang mendoakan kami,” katanya lagi.

Ads

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan berpantang aktres itu dipermudahkan.

Sekadar info, Ezzaty dan Azwan Kombos yang juga seorang pelakon dan usahawan bernikah pada 16 Julai 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka sebelum ini sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Harum Dalia, 7 dan Ahmet, 3.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IG Ezzaty Abdullah

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI