Malam finale Big Stage musim ketiga sebentar tadi berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Muhammad Azzammuddin Bin Lop Hisham atau Azzam Sham.
Azzam, 23 telah mengenepikan saingan sengit daripada naib juara, Usop apabila berjaya mengutip 67.85 peratus berbanding Usop, 66.57 peratus.
Jurang markah 1.28 peratus itu diterima oleh Usop yang mengakui bahawa Azzam sememangnya mempunyai aura untuk bergelar juara sejak daripada minggu pertama lagi.
Sementara itu Qody Rani menduduki tempat ketiga dengan 61.85 peratus, Dinie Rashid di tempat keempat (60.04 peratus) dan tempat kelima milik Fadh Majid (58.80 peratus).
Ads
Pada pentas akhir Big Stage malam ini, Azzam telahpun membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian asal Bruno Mars.
Ads
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki dan bakat ini datang daripadaNya. Terima kasih kepada ibu bapa saya, ahli keluarga, atok nenek dan peminat yang selalu mengundi.
“Tulang belakang saya tentunya adalah kamu, Azzam Sham Troopers dan Azzam Sham FC atas sokongan mereka selama ini. Terima kasih juga kepada management saya, Rusa Music yang banyak membantu saya untuk berjaya sehingga ke peringkat hari ini. Saya saya semua orang yang ada di sekeliling saya.
“InsyaAllah saya tak sabar untuk mengeluarkan single baru, tak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak menyediakan sebarang ucapan untuk malam ini.
Ads
Untuk pengetahuan, Azzam telah memenangi kategori BBNU of the Week selama 4 kali sepanjang 8 episod berlangsung pada musim kali ini.
Menariknya, pengacara Big Stage Live iaitu Radin dan Isha berjaya ‘mengorek’ siapakah buah hati yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.
“Terima kasih kepada Sheryl Shazwanie yang sentiasa memberikan kata-kata semangat,” bongkarnya.
So guys, korang bersetuju dengan keputusan Big Stage 2020 pada malam ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Daripada imej penari 'nakal' di jalanan, komuniti B-Boys di Malaysia enggan lagi dipandang sepi dan negatif oleh masyarakat.
Ini telah dibuktikan oleh penari B-Boy negara, Sam Jee Lek (lebih dikenali sebagai Lego Sam) setelah dia mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA Filipina, Ahad lalu.
Menurut penari yang mencipta kemenangan dengan skor 12 markah penuh itu, dia tak dapat menidakkan rasa bangga menjadi wakil negara pertama yang bergelar penari B-Boy yang memenangi pingat emas di acara sukan dwi-tahunan itu.
"Saya telah lama mempersiapkan diri untuk membuktikan diri di atas pentas dan untuk membuatkan Malaysia berbangga.
"Akhirnya dengan kejayaan ini, saya berharap agar kerajaan Malaysia sedar akan potensi yang ada di kalangan penari B-Boy di Malaysia dan boleh menyokong kami untuk meningkatkan prestasi budaya tarian ini.
"Apabila melihat perkembangan break dance dalam tempoh beberapa tahun ini, ia masih terasa seperti mimpi. Tanpa mengira sama ada menang atau kalah, saya rasakan kesemua B-Boy yang bertanding di Filipina adalah pemenang pada hari pertandingan lalu.
"Kami semua adalah sebahagian daripada atlet yang mencipta sejarah kali pertama bertanding di peringkat ini. Saya sendiri tak sabar untuk mengulangi kejayaan ini dan mungkin terlibat di Sukan Olimpik 2024 di Paris, kelak," kata Sam menerusi akaun Instagram miliknya.
Congrats Sam! Harapnya budaya break dance akan lebih berkembang secara positif selepas ini dengan sokongan ramai pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai graduan yang masih keliru sama ada ingin sambung belajar atau terus saja bekerja selepas tamat SPM atau pun Diploma.
Ada yang berpendapat lebih baik sambung belajar ke peringkat yang paling tinggi untuk mendapatkan tangga gaji yang ‘lumayan’ dan ada pula yang menyokong supaya terus bekerja kerana pengalaman lebih dipandang majikan, berbanding sijil semata-mata.
Betul ke? Well, semua orang ada pendapat mereka yang tersendiri. Jangan hanya dengar sebelah pihak, seeloknya korang decide la menurut pandangan yang berbeza.
Berikut merupakan pandangan yang diberikan oleh Dr Zulhilmi Ismadi dalam berkongsi pengalamannya untuk korang yang mungkin tak tahu sama ada nak sambung belajar atau terus bekerja.
Kalau pilih kerja
KPI
Terbahagi kepada 3 golongan
Cabaran study pula macam mana?
Kerja Vs Study
Whatever you choose, kena all out
Apa-apa pun pilihan korang, buat dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah kalau kita rajin berusaha pasti ada hasilnya. Kalau duduk saja tak buat apa, macam mana nak berjaya kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial yang juga anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berazam untuk menjadikan kembarnya sebagai pempengaruh, hanya dalam tempoh dua bulan.
Dedah Leona, personaliti abangnya iaitu Andika Rees Pahamin sangat berbeza dengan dirinya oleh kerana dia seorang yang pemalu.
“Kembar saya tak aktif dalam media sosial sebab saya agak dia pemalu orangnya. Tapi saya dah cakap dekat dia yang saya nak latih dia jadi seorang ‘influencer’.
“Jadi sepanjang tempoh dua bulan ini dia kena ikut saja semua benda yang saya buat,” tuturnya menerusi podcast berjudul MyAudioPlus.
Selain itu, Leona turut mendedahkan Rees juga seorang individu yang lemah lembut, sopan selain jauh lebih baik berbanding dirinya.
“Saya rasa ramai tak tahu kewujudan dia, jadi saya nak kenalkan dia kepada semua orah.
“Karakter abang saya lagi baik daripada saya. Dia seorang yang lemah lembut dan pemalu, tak macam saya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Leona dan Rees merupakan pasangan kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman dan isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...