Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Ketepi Saingan Sengit Usop

Share

 

Malam finale Big Stage musim ketiga sebentar tadi berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada Muhammad Azzammuddin Bin Lop Hisham atau Azzam Sham.

Azzam, 23 telah mengenepikan saingan sengit daripada naib juara, Usop apabila berjaya mengutip 67.85 peratus berbanding Usop, 66.57 peratus.

Jurang markah 1.28 peratus itu diterima oleh Usop yang mengakui bahawa Azzam sememangnya mempunyai aura untuk bergelar juara sejak daripada minggu pertama lagi.

Sementara itu Qody Rani menduduki tempat ketiga dengan 61.85 peratus, Dinie Rashid di tempat keempat (60.04 peratus) dan tempat kelima milik Fadh Majid (58.80 peratus).

Pada pentas akhir Big Stage malam ini, Azzam telahpun membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian asal Bruno Mars.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki dan bakat ini datang daripadaNya. Terima kasih kepada ibu bapa saya, ahli keluarga, atok nenek dan peminat yang selalu mengundi.

“Tulang belakang saya tentunya adalah kamu, Azzam Sham Troopers dan Azzam Sham FC atas sokongan mereka selama ini. Terima kasih juga kepada management saya, Rusa Music yang banyak membantu saya untuk berjaya sehingga ke peringkat hari ini. Saya saya semua orang yang ada di sekeliling saya.

“InsyaAllah saya tak sabar untuk mengeluarkan single baru, tak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak menyediakan sebarang ucapan untuk malam ini.

Untuk pengetahuan, Azzam telah memenangi kategori BBNU of the Week selama 4 kali sepanjang 8 episod berlangsung pada musim kali ini.

Menariknya, pengacara Big Stage Live iaitu Radin dan Isha berjaya ‘mengorek’ siapakah buah hati yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Terima kasih kepada Sheryl Shazwanie yang sentiasa memberikan kata-kata semangat,” bongkarnya.

Sheryl Shazwanie

So guys, korang bersetuju dengan keputusan Big Stage 2020 pada malam ini?

Published by
FZ