Penyanyi dan penari rap K-pop terkenal, Kim Han-bin atau lebih dikenali dengan nama pentas, B.I bakal kembali ke Kuala Lumpur sempena konsert solo pertamanya di sini.
Konsert B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ in Kuala Lumpur itu dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena pada 30 Jun kelak, Ahad pada jam 6 petang manakala tiketnya mula dijual pada 6 Mei, Isnin mulai jam 12 tengah hari secara dalam talian.
B.I yang juga merupakan bekas ketua kumpulan iKON muncul sebagai penyanyi solo pada tahun 2021 di bawah label yang diasaskan olehnya sendiri, 131. Bermula dengan single Midnight Blue (Love Streaming), B.I terus memacu laju dengan dua buah album studio (Waterfall dan To Die For) serta empat album EP (Cosmos, Love or Loved Part 1, Love or Loved Part 2 dan Tadaima).
Dalam tempoh kurang dari empat tahun, B.I berjaya membina namanya sebagai di antara penyanyi Korea Selatan paling sibuk mengelilingi dunia dengan siri jelajah di benua Asia mahupun di Eropah sehinggakan namanya terpilih sebagai salah seorang penghibur utama di festival muzik Lollapalooza yang berlangsung di Berlin, Jerman pada tahun lepas.
Malah, B.I juga aktif sebagai penulis lagu dan penerbit di mana lebih 100 buah lagu telahpun didaftarkan di bawah namanya oleh Persatuan Hak Cipta Muzik Korea termasuklah lagu-lagu nyanyian penyanyi popular seperti kumpulan Blackpink dan penyanyi solo, PSY.
Ads
Tidak sabar rasanya untuk menantikan sama ada B.I akan mempersembahkan juga lagu-lagu duetnya seperti Lost At Sea – Illa Illa 2 (bersama Bipolar Sunshine dan Afgan), BTBT (bersama Soulja Boy dan DeVita) dan Die For Love (bersama Jessi).
Berikut merupakan kategori tiket yang ditawarkan untuk konsert B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ in Kuala Lumpur.
HYPE Zone: RM788
Akses menonton B.I semasa soundcheck. 700 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi. 700 peminat di sesi Hi Touch bersama B.I, 60 peminat bertuah akan mendapat poster B.I berserta tanda tangan, 50 peminat bertuah akan mendapat album B.I berserta tanda tangan. Selebihnya akan mendapat poster rasmi.
Ads
UP Zone: RM688
150 peminat bertuah akan dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi. 150 peminat di sesi Hi Touch bersama B.I, 20 peminat bertuah akan mendapat poster B.I berserta tanda tangan, 50 peminat bertuah akan mendapat merchandise B.I berserta tanda tangan. Selebihnya akan mendapat poster rasmi.
BE Zone: RM538
20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I berserta tanda tangan. Selebihnya akan mendapat poster rasmi.
Ads
IDENTITY Zone: RM338
Untuk kemas kini terbaru, ikuti media sosial Lo-Fi Entertainment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penjagaan tulang belakang mungkin dipandang ringan oleh generasi muda kerana menganggap ianya lebih perlu diutamakan bagi mereka yang sudah berumur.
Nah guys, tolong jangan fikir macam tu sebab dari muda lagi korang sebenarnya dah perlu menjaga tulang belakang sebab ia penting untuk mengurangkan masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta dapat membuatkan kita merasa sihat cergas dan berkeyakinan.
Gambar hiasan
Salah satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur badan. Cara berdiri, duduk, baring dan mengangkat barang adalah sangat perlu diberi perhatian. Akibat postur yang salah ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, korang boleh mendapat sakit belakang yang berpanjangan.
Jadi kali ini, kami nak kongsikan dengan korang cara-cara menjaga tulang belakang menurut Dr Kamarul Ariffin.
• Duduk paha 90 darjah, lutut 90 darjah, belakang sandar
• Elakkan bongkok, elakkan melunjur
• Duduk tegak semasa guna komputer di riba
• Semasa memandu, jangan duduk terlalu melunjur
• Ambil barang di lantai dengan mencangkung
• Bawa rapat ke tubuh, jangan bongkok
• Gunakan troli jika beban terlalu berat
• Apabila pindahkan barang, elak pusing badan
Jika sebelum ini korang telah melakukan kesalahan semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, selepas ini perbaiki postur dan cuba amalkan seperti apa yang telah dinasihatkan oleh doktor ini.
Bukan apa, untuk kebaikan korang juga kan? Supaya nanti bila dah berusia, tak ada la selalu sakit pinggang. Hiks!
Apa perkara pertama yang kamu akan bayangkan bila dengar sahaja nama pelakon serba versatil Aaron Aziz? Mesti kamu akan terus ingat dengan karakternya sebagai Malek dalam filem aksi KL Gangster atau Hariz, jejaka romantik dari filem Ombak Rindu.
Nampak tak Aaron Aziz dekat billboard tu. Hiks!
Tapi pernahkah kamu tengok Aaron Aziz muncul sebagai toyol yang lengkap berpakaian polis? Kali pertama Remaja menyaksikan video ini seakan tidak percaya dan tak kenal bahawa ini adalah Aaron Aziz. Dengan mekap muka hijau berserta telinga panjang, Aaron Aziz nampaknya keluar daripada zon ‘kacak’ untuk menjiwai watak toyol ini? Kenapa menerusi video ini Aaron Aziz muncul bersama pelakon antarabangsa Will Smith dan Joel Edgerton? Adakah dia membintangi sebuah filem Hollywood?
Rupa-rupanya dia menyamar jadi toyol je!
Sebenarnya klip di bawah ialah video parodi berjudul ‘Toyol in Training’ yang dihasilkan oleh Netflix Asia untuk mempromosikan filem terbaru mereka, Bright. Filem Bright membawa penonton ke sebuah dunia di mana ia dihuni oleh pelbagai jenis makhluk seperti manusia, orcs, elves, centaurs dan dwarves. Filem hebat yang ini dibintangi oleh Will Smith (Daryl Ward), Joel Edgerton (Nick Jakoby), Noomi Rapace (Leilah), Lucy Fry (Tikka) dan ramai lagi.
Diarahkan oleh David Ayer (Suicide Squad, End of Watch), Bright membawa kisa dua anggota olis; Daryl seorang manusa dan rakannya Jakoby seorang orc. Setiap harui mereka bertugas bersama untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Muncul dengan pelbagai latar belakang daripada pelbagai budaya spesis, komuniti ini sentiasa berdepan pelbagai cabaran demi untuk terus hidup sejahtera di antara satu sama lain.
Antara projek paling berani daripada NETFLIX pada tahun ini, Bright akan dapat kamu tonton bermula pada hari ini, 22 Disember 2017.
Daryl dan Jakoby kemudian menemui artifak purba yang mempunyai kuasa cukup luar biasa dalam bentuk magic wand. Dan sejak penemuan itulah kehidupan mereka serta orang di sekeliling mereka berubah sama sekali. Jangan lupa untuk menyaksikan Bright hanya di NETFLIX bermula pada hari ini!
Seperti yang dijangka, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilanjutkan, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan penularan wabak Covid-19 akan berlanjutan untuk satu tempoh masa yang lama. Lalu, Malaysia perlu mengambil langkah berjaga-jaga walaupun negara kita sudah memasuki fasa kes yang stabil.
“Adalah menjadi keutamaan kerajaan masa ini untuk mengenal pasti kluster yang mungkin wujud di negara kita dan mengambil tindakan segera untuk mengahalang jangkitan pada komuniti.
“Negara kita masih berhadapan risiko penularan seperti yang berlaku kepada kluster sivagangga, tawar dan sala di negeri Kedah. Di Perlis dan di Sarawak juga baru-baru ini.
“Kerajaan perlu terus mengetatkan kawalan sempadan negara. Perintah kuarantin selama 14 hari bagi mereka yang memasuki Malaysia akan diteruskan di stesen-stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Demi kepentingan saudara-saudari sekalian, kerajaan telah memutuskan PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
“Saya sedar, kita tidak boleh mengambil mudah penularan virus Super Spreader di negara kita. Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya 2 ke 3 kali ganda daripada kadar sekarang.
“Walaupun PKPP dilanjutkan, saya yakin kehidupan kita tidak terjejas di bawah norma baru dan pematuhan SOP yang telah ditetapkan,” jelas Tan Sri Muhyiddin.
Nampaknya, kita masih perlu melupakan hasrat untuk ‘terbang’ ke luar negara sehingga ke tarikh yang dilanjutkan (atau lebih).
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal pengguna sedang berunding dengan pihak pembekal untuk menurunkan harga pelitup muka atau face mask memandangkan rakyat Malaysia akan bergantung padanya untuk jangka masa yang lama.
*
Nampaknya, bukan kerajaan juga enggan mengambil wabak ini dengan ringan. KFC juga khabarnya akan melakukan pembaharuan disebabkan oleh wabak Covid-19.
Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam...