‘Baby’ Hadir Ke Mahkamah Setelah Dicederakan Sehingga Lumpuh.  Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah

Share

Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai, kecomelan dan kelincahan menjadikan ia sebagai peneman setia manusia. Namun tidak semua kucing bernasib baik.

Terbaru dalam kes penganiayaan terhadap seekor kucing, seorang pesara guru mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seekor kucing betina dengan mengunakan sebatang besi ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini

Menurut laporan Kosmo, tertuduh, Cosmos Chong Say Hun yang berusia 79 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid. Tertuduh dibebaskan tanpa dikenakan sebarang wang jaminann dan hakim telah menetapkan tarikh 19 April depan bagi sebutan semula kes.

Apa yang menarik perhatian adalah kelibat ‘Baby’ yang dianiaya sehingga lumpuh itu turut hadir ke mahkamah ditemani oleh pegawai Jabatan Vaterinar Malaysia.

Kes ini pernah tular di laman media sosial tentang seorang warga emas yang mencederakan seekor kucing kerana berang selepas mendakwa kucing berkenaan mengotori halaman rumahnya.
Published by
Fiezreen