Baby Naga, Kepala Manusia & Ular Hiasi Fashion Show Gucci Di Milan

Share

Saban musim dalam kalendar dunia fesyen, pengarah kreatif untuk jenama besar seperti Gucci akan memikirkan idea baru yang ingin dipertontonkan kepada masyarakat dunia.

Idea baru ini bakal digunakan semasa pertunjukan fesyen, penggambaran fesyen mahupun untuk klip video kempen masing-masing. Mereka pastinya tidak mahu mengulang semula idea yang telah diguna pakai pada musim lepas.

Jadi, apabila Gucci di bawah arahan Alessabdro Michele membawa masuk elemen ‘unik’ seperti kepala manusia, ular (yang sudah menjadi simbol jenama Gucci) dan baby dragon ke pentas peragaan di Milan semalam, ramai yang ternganga dan tertanya-tanya, WHY

?

Penulis tak dapat nafikan bahawa koleksi pakaian Autumn Winter 2018 pada kali ini membidik tepat ke arah identiti Gucci yang mempunyai sejarah sejak tahun 1906 lagi. It nicely represents the brand.

But i can guarantee you, majoriti daripada netizen sedunia tak akan bercakap tentang pakaian baru Gucci hari ini, esok ataupun seminggu dari sekarang. Mereka akan bercakap tentang konsep persembahan di pentas peragaan mereka

Alessandro menjelaskan bahawa untuk koleksi kali ini, dia ingin mencabar maksud di sebalik ‘apa yang normal’ dan ‘apa yang tak normal’.

Dia menolak elemen yang sudah terlalu kerap diulang tayang. Menurutnya, jenama fesyen sedunia sudah terlalu kerap bermain  dengan elemen ‘human’ (pakaian yang mudah disuai padan) dan ‘animal’ (pakaian yang diilhamkan daripada binatang).

Alessondra inginkan kedua-dua elemen ‘human’ dan ‘animal’ itu digabungkan saja sebagai satu.

Sampaikan terkeluarlah baby dragon di atas pentas peragaan. Macam episod Games of Thrones pun ada juga. Hehe..

Alessandro juga ingin ‘meraikan’ identiti si pemakai melalui pakaian mereka. Ini bermaksud, pemakai boleh menjadi diri sendiri dengan mudah.

Situasi ini mengingatkan penulis kepada pertunjukan fesyen Cristian Siriano di New York pada minggu lalu.

Christian Siriano  telah menggunakan model wanita pelbagai bentuk, warna, latar belakang dan umur untuk ‘meraikan’ kepelbagaian si pemakai koleksinya.

Berbeza dengan Gucci di Milan, Alessandro menggunakan rekaan baju dan aksesori badan untuk melakukan perkara yang sama; ‘raikan si pemakai’

(Dari Kiri): Koleksi Christian Siriano yang diperagakan oleh model oversized, Ashley Graham dan (Kanan) imej lelaki berturban di Gucci.

Antara yang menarik perhatian penulis adalah imej seorang lelaki berturban dengan sepasang sut oversized

dan gelang dempak, persis gelang yang dipakai oleh penari India. Sesuai sekali dengan identiti dan imej modelnya.

Seperkara lagi, Alessandro ingin menyampaikan mesej bahawa fesyen adalah cara seseorang untuk berinteraksi dengan si pemerhati. You can be who you want to be and let your fashion speaks for it self.

Di bahagian tengah pentas peragaan semalam, terdapat sebuah katil bedah hospital. Mungkin ini adalah simbol bahawa si pemakai mempunyai hak untuk menjadi  siapa diri mereka tanpa perlu memikirkan tentang pendapat orang lain.

Published by
FZ