Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique mencuri perhatian warganet selepas dilihat membaca ayat suci Al-Quran sebelum memulakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), baru-baru ini.

BACA: Aya Rayana Pilihan Nama Buat Puteri Sulung MK K-Clique & Siti Hajaar. Penuh Dengan Makna!

Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39, MK K-Clique Tuai Pujian Warganet

Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang jurusolek bernama Zulyasrani telah memuat naik video yang memaparkan momen ketika MK dan rakan duetnya, Meerfly sedang didandan.

Apa yang paling mencuri perhatian adalah apabila MK dilihat sedang membuka aplikasi Al-Quran di telefon bimbitnya sebelum naik ke pentas.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji tindakan MK yang memilih untuk mengisi masa dengan membaca Al-Quran.

Ads

BACA: Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan! MK K-Clique Kini Bergelar Bapa!

Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39, MK K-Clique Tuai Pujian Warganet

“MK sempat mengaji tu,” komen seorang pengguna.

Ads

“MK mengaji dulu baru perform,” komen seorang pengguna lagi.

“Terbaik MK, baca Al-Quran,” tulis yang lain.

Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39, MK K-Clique Tuai Pujian Warganet

Ads

Selain itu, mereka turut memuji penyanyi rap berusia 29 tahun itu kerana menggunakan khidmat jurusolek lelaki untuk persediaan persembahan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Zulyasrani

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI