Ajal maut adalah rahsia Allah. Apabila sampai masanya, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa boleh ditunda atau dipercepatkan. Allah menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran.
Di dalam Al-Quran, terkandung surah Al-Mulk iaitu surah ke-67 di dalam Al-Quran dan mempunyai 30 ayat. Al-Mulk bererti kuasa pemerintahan. Secara umumnya, surah ini mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya.
“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk” .”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadis hasan)
Surah Al-Mulk ternyata punya manfaat dan kelebihan bagi individu yang mengamalkannya. Antaranya ialah:
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Surah Al-Mulk itu memelihara dan melindungi pembacanya daripada azab kubur.”
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya daripada azab kubur.”
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.”
Sayyidina Ali berkata:
“Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.“
Artikel berkaitan: Basahkan Lidah Dan Jadikan Tujuh Zikir Ini Sebagai Amalan! Nescaya Rezeki Hijabi Melimpah Ruah
“Sesungguhnya surah yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk. ”
Allahuakbar, begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya. Jadi mulai hari ini, jom kita rebut pahala dengan membacanya sebelum tidur.
Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.