Ramai di kalangan kita mungkin pernah mengeluh kerana rezeki kurang masuk. Ada ketika terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan serentak bagi mencukupkan keperluan untuk membayar sewaan rumah, bulanan kereta, bil utiliti dan lain-lain.
Ada ketika ijazah yang diperoleh juga seakan kurang bermakna kerana gaji dibayar tidak setimpal dan ada ketika kita tidak betah duduk di tempat kerja yang sama dalam tempoh lama. Kata orang sentiasa berpindah randah di tempat kerja demi mengejar kepuasan dan rezeki lebih.
Bagi yang masih mengeluh tentang kerja, mudah saja sebenarnya untuk mencari rezeki di bumi Allah yang luas ini. Paling utama korang kena yakin dan percaya bahawa Allah sudah menetapkan rezeki seseorang itu mengikut kemampuan diberiNya.
Bagi yang masih mencari kerja tapi belum dikurniakan rezeki pekerjaan lagi dan mahukan rezeki berjalan lancar, seorang seorang habib dari negara seberang, Habib Luthfi bin Yahya, beliau menyuruh bacakan surah An-Nas 100 kali untuk dibukakan pintu rezeki.
Tapi bacalah dahulu selawat Nabi 100 kali diikuti surah An-Nas 100 kali dan penutupnya selawat Nabi 100 kali dan terus berdoa kepada Allah dibukakan rezeki kita seluas-luasNya.
Insya Allah bagi yang masih menganggur, pintu rezeki korang akan terbuka seluasnya dan paling utama yakinlah setiap rezeki itu datang dari Allah SWT.
Cuba amalkan, semoga rezeki korang dalam dunia pekerjaan diluaskan seluas-luas alam semesta ini.