Terbaru, penyanyi Mimi Fly mencuri perhatian peminat apabila sebuah video beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam sebuah program televisyen berjudul Geng Ngaji.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di media sosial, Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham (38) dilihat sedang membaca dua potongan ayat 20 dan 21 daripada surah ke-45 iaitu surah Al-Jaathiyah.

Dalam pada itu, keindahan suara Mimi membaca ayat suci berkenaan dengan lafaz dan tajwid yang benar juga membuatkan para panel dari rancangan tersebut kagum dan memberi pujian atas kehebatannya dalam melontarkan bacaan.

Ads

“MashaAllah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka apabila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya,” kata Ustaz Tarmizi.

Bacaan Al-Quran Mimi Fly Dalam Geng Ngaji Raih Perhatian, Ustaz Pun Kagum!
Kredit: Astro Gempak
Bacaan Al-Quran Mimi Fly Dalam Geng Ngaji Raih Perhatian, Ustaz Pun Kagum!
Kredit: Instagram Mimi Fly

Sementara itu, di ruangan komen ramai warga internet yang memuji dan teruja melihat kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Mimi dalam melontarkan ayat daripada kitab suci umat Islam dengan baik serta ada yang memuji penampilannya dalam mengenakan hijab.

Ads

Terdahulu, nama Mimi kembali menjadi sebutan peminat apabila beliau muncul dengan lagu hangat berjudul Angkat. Kemudian, bersempena bulan Syawal, Mimi berjaya meraih perhatian sekali lagi apabila melancarkan lagu ‘Serumpun’ yang kini menjadi tular di media sosial.

Ads

Menarik mengenai kedua lagu itu, sebagai seorang penyanyi versatile, Mimi turut menggunakan bahasa isyarat di dalam koreografi selepas terinspirasi daripada pelajar di kelas yoga yang disertainya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI