Bunyi ketukan pintu yang menghantui penduduk di kawasan Sabak Bernam masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Diberitakan sehingga ke hari ini penduduk dihantui ketakutan kerana dari pemerhatian rondaan termasuk CCTV mendapati tiada “indvidu” muncul sebaliknya hanya bunyi ketukan kuat di pintu rumah masing-masing.

Di fb Solo Ambush, individu yang kerap pergi ke lokasi-lokasi dikatakan berhantu di seluruh negara (malam tadi beliau ke Tasik 1000 wajah menyaksikan 19 ribu komen dari peminat-peminat dunia misteri). Dalam pada itu ada yang meminta Solo Ambush datang ke kawasan Sabak Bernam untuk merungkai misteri bunyi ketukan di pintu penduduk ini.

Dalam pada itu, di fb miliknya Solo Ambush juga ada menulis mahu segera ke lokasi tersebut dan meminta persetujuan dari JKK di sana termasuk kebenaran rentas negeri dari pihak polis untuk membantunya ke lokasi tersebut (pastinya puluhan ribu peminat dunia misteri tidak sabar mengikutinya dalam siaran langsung jika Solo ke sana kelak).

Dalam pada itu, REMAJA menghubungi Kiyai Haji Wijaya bin Haji Rahman yang terlibat dalam dunia perubatan Islam dan cukup berpengalaman luas termasuk pernah dipanggil pihak jabatan agama untuk mengalihkan kubur-kubur lama bagi memberi laluan pembesaran jalan.

Bacalah Ayat Kursi & Selawat Nabi Senafas!  Pengamal Perubatan Kongsi Ilmu “Pagar Rumah”

Ditanya bunyi misteri ketukan pintu ini biasanya apa, jelas Kiyai Haji Wijaya, ia disebut Hantu Kum-Kum atau di negara seberang disebut Hantu Jadi-Jadian.

Ads

Untuk pengetahuan korang, kisah hantu ini pernah popular sekitar 70-an dan pernah menggemparkan penduduk di Johor dan biasanya ia dikaitkan dengan dakwaan wanita yang ingin kelihatan cantik selama-lama tapi sudah melanggar pantang larang hingga membuatkan wajahnya menjadi buruk dan hodoh. Malah pihak Astro juga pernah menerbitkan kisah misteri hantu misteri ini di dalam slot drama mereka. Ketukan itu dikatakan berbunyi Assalamualaikum Kum..Kum dan ia cukup menakutkan bagi mereka yang pernah lahir tahuh 90-an kerana cerita itu dimomokkan ketika mereka masih kecil.

Tambah Kiyai Haji Wijaya, hantu Kum-Kum ini biasanya akan mengetuk pintu rumah dengan kuat. Namun tidak semua individu dalam rumah yang sama akan mendengar bunyi ketukan kuat tersebut. Hanya orang-orang tertentu sahaja.

Pagarlah rumah dengan ayat kursi

Dalam pada itu, Kiyai Haji Wijaya turut meminta penduduk agar melakukan usaha dengan “memagar” depan pintu rumah dengan ayat Kursi. Ini kerana ayat Kursi di dalam surah Al Baqarah ayat 255 itu disebut sebagai “Penghulu segala ayat Al-Quran” yang mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.

Ads

Bacalah Ayat Kursi & Selawat Nabi Senafas!  Pengamal Perubatan Kongsi Ilmu “Pagar Rumah”

Terjemahan bagi ayat Kursi membawa maksud :
Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNy. Tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

Jelas Kiyai Haji Wijaya, bacalah ayat Kursi ini di samping garam kasar (agak-agak jumlahnya). Selepas habis membaca ayat kursi itu, berselawatlah Nabi sebanyak tiga kali dengan sekali nafas sahaja sebelum dihembuskan ke garam tersebut.

Garam itu perlulah ditaburkan di hadapan pintu rumah. Ia sebagai tanda rumah sudah “dipagar” dan makhluk halus tidak akan datang mengganggu, insya Allah,” jelasnya.

Ads

Jin dan syaitan itu wujud

Apa pun, kewujudan jin dan syaitan ada disebut oleh Allah di dalam Al-Quran khususnya kisah Nabi Sulaiman :-
وَحُشِرَ لِسُلَيْمَـٰنَ جُنُودُهُۥ مِنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ وَٱلطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ
Maksudnya: “Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing." (Surah Al-Naml : 17)

Begitu juga Allah menceritakan akan kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia. Firman Allah:
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيْطَـٰنُ كَمَآ أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ ٱلْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَٰتِهِمَآ
Maksudnya : “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup)(Surah Al-‘Araf : 27)

Walaupun kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar kita ia bukan bermakna syaitan dan jin tidak wujud. Kewujudan mereka tidak dapat dilihat oleh kita. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT:

إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ
Maksudnya : “…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka…” (Surah Al-‘Araf : 27)
Sheikh Tohir Ibn ‘Asyur menyebut bahawa sebahagian ahli ilmu menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa syaitan tidak mungkin untuk dilihat. Akan tetapi bukan begitu maksud ayat tersebut. Ianya membawa makna bahawa mereka melihat kita dalam keadaan kita tidak boleh melihat mereka. Kalaupun kita tidak boleh melihat mereka itu tidak bermakna kita tidak boleh melihat mereka selama-lamanya. Tidak dapat melihat mereka pada waktu sekarang tidak boleh menafikan kewujudan mereka secara mutlak. (Rujuk Tahrir Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aql Al-Jadid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid, 3/26) (sumber laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan). Gambar: Sinar Harian.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI