Ini bukan biashe-biashe. Ini melibatkan perjalanan melebihi 6000 kilometer dengan – err – berjalan kaki.
Hanya berbekalkan 36 kilogram makanan di dalam beg galasnya dan dengan memakai kasut terbaik, lelaki Inggeris berusia 30 tahun, Ash Dykes telah mencabar dirinya untuk satu misi yang dianggap ‘gila’.
Dia ingin menjadi orang pertama yang berjalan sepanjang terpanjang di Asia iaitu sungai Yangtze.
Untuk pengetahuan korang, sungai Yangtze terletak di negara China dan juga merupakan sungai ketiga terpanjang di dunia. Sungai ini AMATLAH panjang, sehinggakan ia mampu mengalir merentasi 6 buah bandar di China iaitu Chongqing, Shanghai, Yibin, Jingzhou, Luzhou dan Panzhihua!
Justeru, Ash dengan kerjasama saluran National Geographic telah merakamkan pengalaman dirinya berjalan sepanjang 6,437 kilometer. Cabaran ini memerlukan kira-kira 8 juta langkahan kaki dari pergunungan Tibet sehingga ke persisiran pantai di Laut China Timur dekat Shanghai.
Pergh, jarak dari Kuala Perlis ke Johor Bahru pun baru mencapai 805 kilometer. Ash mencabar dirinya untuk berjalan kaki 8 kali ganda daripada jarak utara-selatan Semenanjung Malaysia!
Ia membuatkan kami tertanya-tanya, siapakah Ash Dykes ini sebenarnya?
Ashley Philip Dykes dilahirkan pada 1 November 1990 dan merupakan seorang atlet sukan ekstrem, pengembara, penulis buku, penceramah motivasi dan merupakan pemegang rekod Guinness Book of Records sebanyak tiga kali. TIGA kali!
Kali pertama Ash menempah rekod dunia adalah pada tahun 2014 apabila dia menjadi individu pertama yang berjalan secara solo merentas Mongolia. Pada tahun 2016, dia telah merentas kepulauan Madagaskar pula (termasuk ke dalam hutan tebal dan mendaki 8 buah gunung) dalam masa 155 hari.
Jadi, tidak hairanlah apabila Ash sanggup untuk berjalan sehingga 6,437 kilometer di China pada kali ini.
Sebagai seorang atlet sukan ekstrem, tahap fizikalnya berada pada kondisi terbaik.
Mantap dengan ‘6 packs’ pada bahagian abdomen dan keseluruhan badan yang ingin dimiliki oleh ramai lelaki, Ash sudah biasa mencabar diri sehingga titisan peluh terakhir.
Bagaimanapun, cabaran di China pada kali ini bagi Ash lebih daripada sekadar memperolehi satu lagi rekod dunia.
Sepanjang ekspedisi 352 hari berjalan di sungai Yantze, dia telah menemui pelbagai puak masyarakat tempatan China, hidupan liar dan macam-macam cabaran selain fizikal.
“Saya dihentikan oleh polis, diikut rapat oleh serigala dan berdepan dengan bencana seperti tanah runtuh.
“Apabila saya melihat semula perjalanan saya di sungai Yantze, sebenarnya cabaran berjalan itu bukan lagi misi utama saya. Ia telah membuka mata saya melihat keindahan alam, keunikan budaya dan keramahan masyarakat di sini. Ini adalah faktor yang memberi saya semangat untuk tiba ke Shanghai,” katanya.
Korang boleh menonton ekspedisi Ash Dykes ini menerusi dokumentari 2 episod berjudul Walking the Yantze with Ash Dykes di saluran National Geographic. Episod pertamanya telahpun disiarkan semalam dan episod kedua pula akan menyusul pada 27 Oktober ini.
Namun, korang masih boleh menantikan siaran ulangan episod pertama ya. Seriously, this is one heck of a documentary which you need to watch.