Atlet angkat berat negara berusia 22 tahun, Aniq Kasdan meninggalkan impak penuh bergaya dalam penyertaannya di Sukan Olimpik Paris 2024 setelah berjaya mencatatkan rekod angkatan ‘Snatch’ kebangsaan baharu South Paris Arena.

Aniq berjaya membuat angkatan seberat 130kg pada percubaan ketiga dan berjaya menempatkan diri di kedudukan keempat Final 61 Kg Angkat Berat Lelaki selepas kategori ‘Snatch’ tamat.

‘Badang’ negara itu sekaligus memadamkan rekod angkatan 129kg yang dilakukan oleh Aznil Bidin di Kejohanan Dunia 2013 di Riyadh

Ads

Aniq seterusnya menyertai tujuh pesaing lain untuk mara ke pusingan ‘Clean and Jerk’.

Bagaimanapun, percubaan Aniq untuk melakukan angkatan 174kg gagal selepas dua percubaan. Aniq terpaksa berpuas hati dengan angkatan ‘Clean and Jerk’ seberat 167kg. Aniq sekaligus mengumpul skor 297kg dan kedudukannya kekal di tempat keempat.

Ads

Sebagai perbandingan, perbezaan angkatan Aniq dan pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat (298kg) hanyalah sekadar 1kg.

Sebelum ini, Aniq pernah berazam untuk memperbaiki rekod angkatan 170kg bagi ‘Clean and Jerk’ yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Ads

Pingat emas dimenangi atlet China, LI Fabin (310kg) manakala atlet Thailand, Silachai Theerapong memenangi pingat perak (303kg). Hampton Morris dari Amerika Syarikat pula membawa pulang pingat gangsa (298kg).

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI