Jika sebelum ini Bae Suzy dipuji kerana menggayakan hijab pemberian peminatnya, kini aktres Korea tersebut sekali lagi mendapat pujian netizen apabila dia memuat naik foto berhijab di laman instagramnya.
Khabarnya, Suzy memakai hijab kerana sedang menjalani penggambaran drama Vagabond di Morocco.
Foto yang mendapat lebih daripada 80 ribu komen dan hampir 1.5 juta tanda suka ini jelas menunjukkan bahawa ramai yang memuji kecantikan apabila gadis Korea ini berhijab.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar Suzy terus istiqamah.
Hm, tak sabar nak tunggu kemunculan drama baru Vagabond!
Pertama Kali Ke Malaysia! Imase Bawa Konsep Empat Musim Di Jepun Istimewa Untuk Peminat!
Penyanyi asal Jepun yang baru meningkat naik, Imase baru-baru berjaya menambat hati para peminat dalam konsert Imase 1st Asia Tour ‘Shiki’ Khamis lalu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Imase bukan sahaja memberikan penampilan yang bersemangat dan terbaik pada 20 Jun lalu. Malah, penyanyi berusia 24 tahun itu turut berinteraksi dengan para peminat dalam Bahasa Melayu dengan perbualan kasual seperti bertanya apakah makanan terkenal tempatan, tempat yang patut dikunjungi di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Selain itu, Imase juga menyediakan skrip pendek dalam Bahasa Melayu lantas dan bersemangat menyapa peminat agar mereka rasa dialu-alukan dengan bertanya khabar dan sebagainya.
“Apa khabar semua! Nama saya Imase! Adakah anda semua tidak sabar untuk hari ini?” – Imase
“Saya sangat teruja untuk berjumpa dengan anda semua. Hari ini, jom! enjoy sama-sama ya! dan mari kita have fun sampai habis!” – Imase
Dalam pada itu, Imase turut memuji kecekapan para peminatnya yang turut mahir berbahasa Jepun semasa berinteraksi bersamanya. Imase juga sering menggunakan Bahasa Melayu untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka.
Konsert ini bertemakan ‘Empat Musim Jepun’ dan penyanyi yang popular melalui lagu Night Dancer ini ingin peminat merasai pengalaman musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk persis negara asalnya, Jepun dengan bertukar-tukar pakaian yang mencerminkan tema setiap musim.
Sementara itu, Imase juga mengambil peluang untuk mempromosikan album terbarunya Bonsai yang akan dilancarkan pada Mei lalu. Beliau mengakhiri konsert dengan tiga lagu dari album tersebut Bonsai, Lit dan Heroine meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi peminat-peminatnya di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SHINee Lakukan Kemunculan Pertama Sebagai Grup Selepas Kematian Jonghyun
Peminat cuba untuk tularkan #SHINeeIsFive
SMTOWN Live World Tour VI amat dinanti-nantikan oleh peminat muzik K Pop di Dubai setelah syarikat SM Entertainment mengumumkan senarai grup yang akan membuat persembahan di sana.
Kini, peminat tidak perlu menunggu lebih lama lagi apabila selebriti K Pop yang terlibat sudahpun dalam perjalanan ke Dubai. Lihat sajalah kepada akaun Instagram SM Town, satu demi satu foto ber-selfie dimuat naik oleh mereka tengah hari ini.
Kumpulan yang terlibat termasuklah Girl’s Generation, f(x), Super Junior, TVXQ, TraxX, EXO, Red Velvet, BoA, Kangta dan Henry.
Namun, apa yang mendapat perhatian di kalangan peminat adalah kemunculan berempat ahli kumpulan SHINee. Buat pertama kali selepas kematian ahli, Jonghyun pada bulan Disember tahun lalu akibat kes kemurungan, SHINee yang dianggotai oleh Onew, Taemin, Minho dan Key dilihat berjalan dan duduk bersama secara terang-terangan.
Walaupun sebelum ini, ada juga gambar berkumpulan yang diambil oleh jurugambar freelance, namun buat pertama kalinya, SHINee bergambar secara selfie dengan ekspresi muka yang lebih ceria dan tenang.
Bermula dari kawasan lapangan terbang, SHINee kemudiannya bergambar bersama ahli kumpulan yang lain di dalam kapal terbang kelas bisnes yang dinaiki kesemua penyanyi SM Entertainment tersebut.
SHINee crossing the road together seems like a professional models.pic.twitter.com/YNotPRd5D9
— °c (@onewthetofu) April 5, 2018
Off to DUBAI✈ #TVXQ! #SHINee _ #SMTOWN #SMTOWNLiveinDUBAI #SMTLDUBAI #SMmakesIT #MAKEsIT
A post shared by SM Entertainment Group (@smtown) on
Konsert SMTOWN Live World Tour VI di Dubai ini akan mengambil tempat di Dubai Autism Rocks pada 6 April ini selapa 4 jam lamanya! Ia berikutan jumlah penyanyi yang terlalu ramai yang akan membuat persembahan, 35 orang penyanyi kesemuanya.
Konsert SMTOWN sudahpun menjelajah ke beberapa bandaraya besar seluruh dunia bermula dari tahun 2008. Sebelum ini, SM Entertainment pernah berkunjung ke New York, Los Angelas, Paris, Tokyo, Beijing, Shanghai, Bangkok dan Singapura.
Michael Ang Minta Netizen Hentikan Kata Makian Kepada Individu Terlibat -“Sekat Saja & Duduk Diam-Diam…”
Pengarah sensasi, Michael Ang menegaskan kepada netizen agar cukuplah sekadar menyekat sahaja selebriti mahupun pempengaruh yang terlibat, tanpa melontarkan perkataan yang kurang baik terhadap mereka di media sosial.
Perkara tersebut diluahkan pengarah drama hit Projek Memikat Suami itu susulan gerakan #Blockout2024 terhadap selebriti dan personaliti media sosial, pada masa ini.
Jelasnya, dirinya sama sekali tidak kisah sekiranya gerakan itu dijalankan, namun dia kurang senang dengan tindakan sesetengah netizen yang terlampau agresif mengeluarkan kata makian dan kecaman melampau terhadap mereka yang terlibat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramona Zamzam Perli Siapa? -“Sekarang Dah Masuk Senarai ‘Blockout’ Baru Terhegeh-Hegeh Nak Muat Naik…”
“Sekat sahaja dan duduk diam-diam. Okey, sebenarnya saya tak nak komen pun pasal blackout ini! Tapi guys, kalau anda semua nak involved dalam gerakan ini silakan lah. Tapi tak baik lah Kalau dah sekat, lepas itu masih nak kutuk-kutuk dia orang sampai anak mak bapak kau orang kaitkan tak baiklah.
“Saya rasa that is bit too much. Jadi nak sekat, sekat tapi tak perlulah nak maki-maki berlebihan. Dan pada pempengaruh suam-suam kuku, tak perlulah kau orang nak simbah gasoline dalam kes ni.
“Tak perlulah tunjuk betapa besar pengorbanan kau orang hujung-hujung jual produk! Saya rasa itu lagi keji mencari rezeki melalui kesukaran orang lain. Pempengaruh macam kau orang ini lah yang patut diboikot! Done Said! Spread love and beauty skincare hahaha better lah!,” coretnya panjang lebar.
Terkini di media sosial, warganet telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Ramai nama artis dan pempengaruh yang terpalit dan disenaraikan dalam #celebrityblocklist.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Michael Ang