Sabrina Bahsoon, atau lebih dikenali sebagai Tube Girl, yang sebelum ini menjadi fenomena di seluruh dunia, baru-baru ini pulang ke Malaysia setelah sekian lama menetap di London.
Dalam entri terbarunya di TikTok, model berusia 23 tahun itu berkongsi pengalaman di sebalik tabir video Tube Girl yang pertama kali dihasilkan di dalam MRT Malaysia.
Menerusi kapsyen video TikTok tersebut, Sabrina turut berterima kasih kepada ibu bapanya kerana membantu dalam mencipta #tubegirleffect. Siap bawak leaf blower tau!
Sementara itu, Sabrina akui bahawa dirinya merasakan sedikit gementar sebelum membuat video di dalam MRT kerana khawatir tentang penilaian daripada rakyat Malaysia.
Ads
“Saya merasa gementar. Perbezaan besar antara London dan Malaysia ialah, orang Malaysia akan memandang kita jika kita melakukan sesuatu yang aneh,” katanya.
Menjenguk ke ruangan komen pula, rata-rata warganet turut tumpang seronok melihat pempengaruh terkenal itu beraksi buat pertama kali di MRT Malaysia.
“Balik kampung ke akak? Welcome back!” komen warganet.
Ads
“Aku pula yang gementar melihat dia lakukannya di dalam MRT,” komen warganet lain.
“Abang belakang mesti tengah judge secara senyap,” seloroh peminat.
Ads
Untuk makluman, trend Tube Girl yang dicipta oleh Sabrina sebelum ini telah menjadi fenomena di media sosial, menarik perhatian pengaruh dan artis antarabangsa seperti Bella Poarch, Troye Sivan, dan Omar Apollo.
Majoriti video yang dihasilkan oleh pempengaruh terkenal itu juga telah mencapai lebih daripada 10 juta tontonan di TikTok, menjadikan trend tersebut tular dek kerana kerap ditiru oleh pengguna platform tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia belum lagi selesai dengan isu COVID-19 di mana lebih 19.5 juta orang sudah dijangkiti sehingga semalam. Namun dalam masa beberapa hari ini, sudah ada saintis membuat dakwaan termasuk yang sudah melarikan ke Amerika Syarikat iaitu Li-Meng Yan, saintis dari University of Hong Kong yang mendakwa virus ini bukan tersebar dari pasar Wuhan sebaliknya dari makmal tentera iaitu Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.
Terkini, satu lagi virus dikesan di China di mana tujuh orang maut dan 60 orang lagi sudah dijangkiti akibat Tick Borne Virus pembawaan dari kutu.
Akibat virus yang menyerang, masyarakat di sana sudah diingatkan bahawa ia boleh menjangkiti manusia. Lebih dari 37 orang dari daerah Jiangsu di Timur China sudah dijangkiti virus ini pada separuh tahun ini. Lebih 23 orang pula dilaporkan dijangkiti di daerah Anhui di China Timur, lapor Global Times.
Seorang wanita dari Nanjing, ibu kota Jiangsu yang menderita virus tick borne ini menunjukkan gejala seperti demam dan batuk.
Seorang wanita dari Nanjing, ibukota Jiangsu, yang menderita virus tick-borne ini menunjukkan gejala seperti demam dan batuk. Pemantauan doktor mendapati berlaku penurunan leukosid termasuk platlet darahnya turut menurun. Wanita ini bagaimana pun sudah dibenarkan keluar selepas sebulan menerima rawatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam suasana tegang minggu peperiksaan, masih ada juga di kalangan pelajar yang tersenyum bila melihat soalan exam.
Pelajar STPM yang mengambil subjek Pengajian Am semalam rata-ratanya meluahkan rasa lega apabila soalan yang ditanya dalam exam adalah berkaitan dengan idola mereka, Vivy Yusof.
Personaliti usahawan berpengaruh ini turut berkongsi rasa ‘excited’ bila mengetahui kisah perniagaannya dijadikan soalan dalam peperiksaan.
When you’re a case study in a national exam, you need to sit down for a while and wonder if you’re dreaming ? Bet you wish you watched Love, Vivy and browsed FV website the day before ? In all seriousness though, this is such an honour and I’m ever so grateful to be “temaning” you in your exam today. Dear examiner, I think everyone should get an A+++
Malah ada yang berseloroh mengatakan bahawa lepas ni kalau parents marah asyik nak shopping di FV saja, semua dah boleh jawab sebab masuk exam. Haha!
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Vivy Yusof kerana telah menjadi inspirasi kepada anak muda kita. Kami juga turut berbangga dengan kejayaan yang dikecapi Vivy dalam usianya yang masih muda.
Love Vivy
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Drama Seribu Rindu kini sedang trending di kaca tv dalam slot Akasia TV3. Menampilkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Azira Syafinaz, Fadhlan Hazim, Mona Allen dan ramai lagi pelakon pastinya ditungggu-tunggu oleh peminat drama Melayu tempatan setiap jam 7 malam.
Mula bersiaran 12 November lalu dan bakal berakhir pada 18 Disember ini, drama ini mengisahkan
Percintaan tiga segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Cinta Maisarah dan Airel yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak Datuk Sri Johari rakan perniagannya.
Drama ini menampilkan Zul Ariffin dan Azira Syafinaz sebagai teraju utama.
Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia.
Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Tokma dan Irfan. Irfan rakan baiknya sejak kecil merupakan seorang Chef. Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tokma, nenek kepada Maisara. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya.
Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja.
Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital.
Pelakon hebat menghiasi drama Seribu Rindu yang akan tamat siaran pada 18 Disember ini
Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh.
Dek kerana itulah seorang doktor, Husna Dahari telah menulis di fbnya mengenai merepeknya drama ini yang dilihat cuba merendah-rendahkan profesion kedoktoran.
Walau pun ia sekadar “DRAMA” namun amat jarang kita melihat insiden “terlebih drama” bagi cerita-cerita dari Korea mahupun Barat kecuali filem-filem Bollywood dan Tamil. Akahz.
Mungkin teguran dari doktor ini perlu diambil kira dan pihak penerbit juga perlu study hard sebelum terus “memperbodohkan” orang-orang Melayu dengan drama lelaki kacak, anak orang kaya, bawa kereta besar, ada awek cantik dan lain-lain realiti yang sebenarnya adalah satu fantasi.
Dr Airel lakonan Fadhlan yang mendapat kritikan kerana tidak ada kerja lain selain mengurat bini orang
Baca teguran dari Doktor Husna ini yang sudah mendapat 1055 perkongsian dari pembaca. Untuk makluman, REMAJA sudah perbetulkan sedikit tatabahasanya bagi pemudah pemahaman pembacaan.
Doktor dalam drama Seribu Rindu ni memang tak ada kerja ke? Duk sibuk fikir bagaimana nak tackle bini orang. Lepas tu asyik duduk dalam bilik yang macam office tu. Jumpa patient pun tak.
Kalau jumpa pun, jumpa seorang patient je yang bernama Irfan. Ko ingat kerja doktor macam tu ke? Nak fikir diri sendiri pun tak sempat, apatah lagi ahli keluarga.
Ini doktor dalam cerita tu, sempat fikir dan cari helah macam-macam time kerja. Rilek la brader. Kami kalau ada masalah peribadi ke, tetap kena pergi kerja. Jumpa pesakit senyum aje, tak boleh nangis. Tak ada emo, tak leh nak layan perasaan sebenar.
Nak makan, nak minum hatta nak terkencing terberak pun mujur sangat kalau sempat. Come on. Jangan rosakkan imej profesion kedoktoran wahai penerbit drama-drama tempatan. Pulak tu, treat patient tak ikhlas.
Patient dah hampir sembuh pun ko resah gelisah sebab peluang ko nak dapatkan wife dia makin tipis. Apa-apa pun dramakan. Nak emo kenapa? Tapi aku emo jugak! Jap nak sambung, sedikit dialog dalam daram tersebut yang maksudnya berbunyi begini..
“Papa nak ajak Airel dengan Damia dinner dengan papa malam ni. Airel datang ya..
“Papa, Airel tak janji lagi ya. Airelkan doktor. Airel kena tengok dulu jadual on call. Takut Airel on call hari ini.
Ko merepek apa syaitonnn. Kalau kau betul doktor, oncall ko bulan depan ko dah hafal siap-siap dah bila. Hari-hari tu sah kalau tak belek jadual. Jangan acah-acah sangat boleh?
Sekian, haha.
Wokay, apa pula pandangan korang pasal drama-drama Melayu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peserta Big Stage Alpha, Araff menjadi perhatian hangat netizen Indonesia apabila persembahan mingguannya dalam pertandingan realiti tersebut mendapat pelbagai reaksi, beberapa minggu kebelakangan ini.
Walaupun...