Bagaikan kronologi filem seram, Abby dilaporkan dibunuh dengan kejam apabila mayatnya ditemui dalam keadaan telah dipotong dan disorokkan di beberapa tempat berasingan.
Sehingga ke hari ini, anggota forensik dan pihak polis masih berusaha untuk mencari bahagian tubuh Abby yang masih belum ditemui di samping cuba menjejaki suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian jelitawan berusia 28 tahun itu.
Selang beberapa hari selepas Hong Kong berdukacita di atas tragedi yang menarik perhatian media sedunia itu, semalam penduduknya terus diasak dengan satu lagi kejadian tidak diingini.
Tepat pada jam 11.11 malam, pihak berkuasa mengesahkan kebakaran sebuah menara setinggi 42 tingkat di Tsim Sha Tsui, sebuah hab membeli-belah popular dan pusat tarikan pelancong berdekatan dengan pelabuhan.
Menara tersebut merupakan sebuah projek yang kembali diusahakan semula dengan kos 3 bilion dolar Hong Kong atau kira-kira RM3,423,123,561.
Ads
Berdasarkan rakaman video dan paparan foto yang menghiasi kesemua portal serta akhbar di Hong Kong pada pagi ini, menara yang sedang dalam fasa pembinaan itu habis dijilat api pada tengah malam tadi.
Lapor Al Jazeera, api marak sehingga ke skala 4 daripada 5 poin menandakan kebarakan teruk sehingga memaksa kira-kira 130 penduduk yang menetap di tiga buah bangunan bersebelahan terpaksa meninggalkan kediaman mereka setelah api mara.
Ads
Turut mengalami kebakaran ialah di bangunan Sheraton Hong Kong Hotel & Towers. Namun, kebakaran kecil di kesemua bangunan-bangunan berdekatan itu berjaya dipadam tanpa mengakibatkan kecederaan penghuninya.
Orang ramai juga diarah untuk tidak mendekati kawasan tersebut memandangkan struktur beberapa tingkat menara tersebut termasuklah palang pembinaan habis terbakar menyebabkan cebisan jatuh ke atas jalan raya di aras tanah.
Ads
Tinjauan ke ruangan komen di media sosial memperlihatkan sentimen sedih dan terkejut warganet sedunia dengan tragedi ini.
Ada yang mengucapkan takziah kepada penduduk Hong Kong setelah mereka menjadi tumpuan dunia sepanjang minggu ini di atas sebab yang malang. Tidak kurang juga yang takut melihat skala kebakaran tersebut dan menganggapnya ibarat ‘neraka dunia’.
Lapor Reuters buat masa ini, Empire Group yang merupakan pemaju projek menara terebut masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung kebakaran yang melanda projek mereka itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercakap soal gajet, bukan sekali dua kes mengenai telefon meletup. Ingat lagi beberapa insiden tak diingini yang pernah terjadi akibat letupan telefon pintar?
Malangnya, insiden telefon meletup berlaku dan kali ini, ia mengakibatkan seorang murid sekolah rendah di Vietnam maut setelah telefonnya meletup semasa menghadiri kelas dalam talian sambil mengecas peranti tersebut.
Gmabar Hiasan Via Pexels
Menurut seorang pegawai kanan pendidikan, pelajar itu menggunakan telefonnya untuk menghadiri kelas dan tiba-tiba peranti itu meletup serta dilapor membakar pakaiannya.
Sudah menjadi norma baru, murid dn pelajar dikebanyakkan negara mempraktikan kelas dalam talian bagi mengekang penularan COVID-19. Menurut Tuoi Tre News, mangsa dikatakan sedang menghadiri kelas dalam talian di rumah dan telefon bimbit berkenaan sedang dicas ketika letupan tersebut berlaku.
Malah, kejadian itu berlaku, jiran-jiran berlari ke rumahnya dan membawa mangsa ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan apabila murid tersebut dilaporkan meninggal dunia sebelum tiba.
Le Trung Son, seorang pegawai kanan pendidikan mengesahkan berita itu dan mengatakan para pegawai mengunjungi keluarga itu untuk mengucapkan takziah dan polis juga sedang menyiasat kes tersebut, tulis Daily Star.
Sama juga di negara kita, macam-macam dugaan bila kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dipraktikkan ketika ini berikutan sesi persekolahan secara bersemuka ditutup sementara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
Baru sehari bertugas sebagai penyampai radio (Dj) di stesen radio Hot FM, bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin kini dilantik sebagai penasihat belia negeri dan ahli lembaga pengarah kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pelantikan baharu beliau diumumkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi sebuah hantaran di platform Facebook kelab bola sepak itu.
“Tahniah dan selamat datang ke JDT. JDT juga mengucapkan tahniah kepada Khairy atas pelantikannya sebagai penasihat Pemuda Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa belia, sukan, usahawan, pembangunan koperasi dan sumber manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan Khairy bagi memastikan agenda pembangunan belia Johor dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Saya percaya pengalaman dan kebolehan Khairy dalam bidang itu akan membolehkan beliau menyumbang idea baharu yang dinamik untuk memberi manfaat kepada belia, serta pembangunan bola sepak di negeri ini.
“Pelantikan baharu beliau adalah tepat pada masanya kerana beliau juga pernah berkhidmat sebagai menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018,” ujarnya.
Sebelum, TMJ menerusi akaun rasmi Facebooknya, memberi bayangan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan menjadi CEO JDT dan juga penasihat belia Johor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Viral di media sosial baru-baru ini tentang kuih kuba guling yang dijual di Rantau Panjang, Kelantan sehinggakan ramai orang berebut-rebut nak membelinya. Apa yang menarik sangat tentang kuih ni?
Bagi mereka yang bukan berasal dari Pantai Timur, mungkin ada yang tertanya-tanya apa benda kuba guling tu?
Sebenarnya kuih ini berasal dari Thailand dan agak terkenal di wilayah sempadan Kelantan-Thailand. Kuba guling adalah kuih manis yang disediakan dengan pelbagai jenis ramuan dan paling utama adalah abu dari tempurung kelapa yang akan menghasilkan warna hitam/gelap.
Selain itu, ada juga yang menggunakan activated charcoal yang terdapat di bakeri untuk mendapatkan kesan hitam itu juga.
Bahan makanan
Sebelum viralnya kuih kuba guling ni, ramai peniaga dah menggunakan activated charcoal untuk menghasilkan kesan hitam dalam makanan seperti roti dan ais krim. Mesti korang pernah nampak ais krim warna hitam kan? Yes, dah jadi trend di Malaysia mahu pun luar negara tentang makanan warna hitam ni.
Jadi, jangan nak hairan sangat la kalau korang tengok makanan yang dijual di kedai-kedai sekarang berwarna gelap.
Bahaya ke tak?
Ramai yang tertanya-tanya adakah abu dari tempurung kelapa ini bahaya untuk dimakan. Menurut Root of Science, jawapannya adalah tidak sama sekali. Abu dari tempurung kelapa atau lebih dikenali sebagai activated charcoal merupakan satu komponen yang terhasil apabila tempurung kelapa berkenaan dibakar pada suhu tinggi dan menghasilkan karbon.
Selain untuk tujuan masakan, activated charcoal ini juga digunakan dalam pelbagai produk kecantikan seperti ubat gigi, pencuci muka dan sebagainya.
Perlu korang tahu, jumlah yang digunakan dalam makanan adalah sedikit dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan. Tapi, peniaga jangan pula menggunakannya secara berlebihan dalam masakan kerana abu ini adalah pahit. Takut pula terlebih pahit nanti.
Activated charcoal Vs Polisiklik Aromatik Hidrokarbon
Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH) terhasil daripada pembakaran arang/minyak pada suhu tinggi yang lazimnya akan terdapat pada kesan hitam produk makanan seperti sate, daging bakar dan roti canai adalah satu komponen yang dilaporkan oleh IARC (International Agency for Cancer Research) sebagai komponen yang meninggikan risiko untuk mendapat kanser (karsinogen).
Namun begitu, janganlah korang mengambil makanan yang mengandungi activated charcoal ni secara berlebihan sehingga ketagih pula sebab takut ada kesan sampingan lain.
Warna hitam tu memang tak jadi masalah sangat, tapi macam mana pula dengan kandungan gula yang ada dalam makanan tersebut? Itu yang sepatutnya korang fikir.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...