Seperti yang diketahui ramai, masalah buli dalam kalangan pelajar masih lagi berlaku sehingga hari ini.

Macam yang terjadi baru-baru ini, seorang pelajar berusia 20 tahun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan ditekap menggunakan seterika wap paanas dan juga seorang lagi pelajar juga dari UPNM yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat di pijak senior di padang kawad.

Budaya membuli ini harus diakui acap kali berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama, baik di peringkat sekolah juga institusi pengajian tinggi. Paling menakutkan, kes seperti ini bukanlah kali pertama terjadi sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada pelajar di kawasan tempat belajar seperti sekolah dan universiti.

Sudah banyak kisah tragis yang serupa berlaku sehingga ada yang meragut nyawa. Jom kami kongsikan kepada anda beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita.

Bagaikan Tiada Titik Noktah, Ini Kes Buli Yang Pernah Terjadi Di Negara Kita

AMIRUL NASHRIQ OTHMAN – 2018

Menurut laporan, sebelum ini hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018. Namun, kes ini dibuka semula pada tahun ini apabila peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mahu menuntut keadilan bagi pihak Amirul Nashriq.

Ini disebabkan pemergiaannya menimbulkan 1001 persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.

Ads

Bagaikan Tiada Titik Noktah, Ini Kes Buli Yang Pernah Terjadi Di Negara Kita

ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN – 2017

Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan telah didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan menggunakan tali pinggang, getah paip, dan hanger oleh sekumpulan pelajar sealiran atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba. 

Disebabkan cedera parah akibat perbuatan yang dilakukan terhadapnya, Zulfarhan menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017. Kini, ke 6-6 suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Bagaikan Tiada Titik Noktah, Ini Kes Buli Yang Pernah Terjadi Di Negara Kita

MOHAMMAD NAIM MUSTAQIM – 2010

Pada tahun 2010, kematian yang meragut nyawa Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri iaitu pelajar Maktab Tentera Di-Raja (RMC) yang pada ketika itu berusia 16 tahun adalah disebabkan dirinya menjadi sasaran pelajar senior sejak sesi persekolahan bermula. Allahyarham dikatakan telah dibelasah pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera Kem Sungai Besi.

Ads

Punca kematian Naim disebabkan oleh gegaran yang berlaku pada bahagian kepalanya, selepas dia jatuh ditendang. Lima pelajar senior tersebut telah dibuang serta merta dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.

Bagaikan Tiada Titik Noktah, Ini Kes Buli Yang Pernah Terjadi Di Negara Kita

MUHAMMAD FARID IBRAHIM – 2004

Seterusnya, kes buli yang terjadi kepada allahyarham Muhammad Farid Ibrahim yang berlaku 20 tahun lepas pada tahun 2004. Pelajar Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan yang didapati meninggal dunia selepas dibelasah beramai-ramai 8 orang pelajar lain. Kesemua mereka didapati bersalah, namun disebabkan mereka pada ketika itu dibawah usia 18 tahun mereka tidak boleh dihukum gantung dan hanya dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah.

Bagaimanapun, mereka semua telah diberi pengampunan oleh YDP Negeri Sembilan dan dibebaskan pada tahun 2019.

Ads

Bagaikan Tiada Titik Noktah, Ini Kes Buli Yang Pernah Terjadi Di Negara Kita

Bagaikan Tiada Titik Noktah, Ini Kes Buli Yang Pernah Terjadi Di Negara Kita

Jadi itulah antara beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita. Apa pendapat anda? Kenapa budaya ragging yang teruk ini masih berlaku? 

Kami di Remaja ingin menyeru orang ramai jika nampak ada mangsa yang dibuli, cuba bantu mereka. Jika anda takut untuk tampil seorang diri, boleh ajak rakan-rakan lain untuk bantu mangsa sebelum ia menjadi lebih teruk.

Ingat, jangan biarkan ini terjadi lagi. Jom lakukan perubahan!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI