Bagaimana Nak TAHU Harga Barangan Kita Beli Hari Ini Benar-Benar Sudah SIFAR GST?

Share

Hari ini, 1 Jun 2018 rakyat bebas dari beban cukai 6 peratus yang dikenakan kepada setiap barangan dibeli sebelum ini. Janji kerajaan Malaysia yang mahu menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan itu disambut dengan lega oleh rakyat yang terbeban selama ini.

Namun di sebalik isu sifar peratus GST, bagaimana kita sebagai rakyat patut tahu bahawa barangan yang kita beli itu sudah benar-benar sifar GST?

Untuk info, cuma dua perkara asas perlu ambil tahu iaitu korang CUMA PERLU PRIHATIN dan KENAL PASTI HARGA barangan yang biasa korang beli sebelum ini.

Jangan bersikap sambil lewa, pilih barang dan kemudian bayar di kaunter. Kalau ada sikap begini, tak tahu harga barang sudah turun atau naik BERMAKSUD, korang akan hanya menguntungkan tokey lintah darah yang tamak kerana duit 6 peratus itu akan masuk ke kantung mereka kerana peniaga sudah tidak mengisytiharkan lagi cukai pada kerajaan.

Jadilah pengguna yang prihatin ya. Baca tulisan ditulis oleh Azizul Azli Ahmad ini untuk lebih faham tentang kebaikan sifar GST ini.

Sifar GST disambut baik oleh rakyat yang sudah terbeban dengan cukai 6 peratus sebelum ini

 

Pengguna mesti prihatin apabila membeli barang, semak dahulu baru beli

“GST TURUNKAN HARGA BARANG”?

1. Apa KESAN kalau harga tak turun selepas 1 Jun 2018?

Kesannya adalah:
2. Sia sia lah kerajaan baru menurunkan kadar GST kepada 0% dari 6 % sebelumnya kerana harga tidak berubah.
3. Paling menyakitkan hati, selama ini GST yang dibayar akan disalurkan ke kerajaan akan masuk poket peniaga lintah darat.
4. Siapa paling rugi? KITA SELAKU PENGGUNA! yang rugi. YANG UNTUNG ADALAH PENIAGA.
.5.Yang malangnya kerajaan. Dahlah hasil GST tidak disalurkan lagi kepada kerajaan, bahkan harga tak turun. Rakyat akan marahkan kerajaan lagi sekali.
6. Bayangkan berpuluh bilion hasil GST yang sepatutnya jadi hasil negara akhirnya masuk ke poket peniaga.
7. Jangan hanya kerana kita tidak mahu menggunakan kuasa kita selaku pembeli, kita tetap menjadi ‘orang lama’ .
8.Kuasa selaku rakyat telah digunapakai pada PRU14, mengapa tidak kali ini?
9. Kerajaan Malaysia prihatin dalam mengurangkan kadar GST kepada 0%. GST masih ada, Cuma peratusnya adalah 0% .
10. Secara mudahnya, barang sebelum ini ada jumlah cukai perlu bayar, namun bermula 1 Jun 2018, tiada lagi cukai yang perlu pengguna bayar bagi barang tersebut.

11. HANYA BAYAR HARGA BARANG SAHAJA! Jadi seharusnya barang tersebut adalah murah berbanding sebelumnya.
12. Apa TINDAKAN kita untuk menurunkan harga barang?
13. MEMASTIKAN HARGA BARANG DITURUNKAN. Itu MESTI!
14.Kalau peniaga tu BERDAFTAR GST, harga mesti turun ON THE SPOT bermula 1 Jun 2018. Hari ini bang!
15. Tiada istilah pembelian sebelum ini adalah mahal (kerana ada GST) kerana peniaga tersebut telah menuntut cukai input kepada kerajaan semasa pembelian stok tersebut. (ini hujah anda boleh guna untuk lawan peniaga tamak!)
16. Jadi bermula tarikh 1 Jun 2018, harga mesti turun.
17. Cara nak kenalpasti kedai tersebut ada GST atau tidak?
18. Gunakan pengalaman.

Berdasarkan pengalaman anda membeli di kedai tersebut. Resit sebelum ni ada GST atau tidak? Jika ada, harga barang tersebut mesti TURUN! (kecuali barangan yang mmg tiada GST seperti bahan makanan asas Beras, Minyak Gula dsb) kalau sos, pampers, kuali, meja, Maggie, susu semuanya MESTI TURUN!

19. Boleh Semak peniaga yang berdaftar Di https://gst.customs.gov.my/TAP/_/#1.
.
20.Kalau peniaga tu BUKAN BERDAFTAR GST (Kedai kecil2) kemungkinan memerlukan sedikit masa untuk diturunkan harga barangan kerana pembelian stok tersebut tidak boleh dituntut kepada kerajaan sebelum ini kerana tidak berdaftar GST.

21. BERAPA SEPATUTNYA TURUN?

Anda boleh mengambilkira formula 6/106 dan didarabkan dengan harga barang sebelum 1 Jun 2018. Itulah harga yang patut turun.
Contoh :
Beli lampin anak jenama Birkin Hermes pada 10 Mei 2018 adalah RM 39.90.
Apabila 1 Jun 2018,harga pampers tersebut mestilah turun pada kadar berikut : RM 2.26
Kiraan : 6/106 X RM 39.90 = RM 2.26.
Harga lampin anak jenama Birkin Hermes bermula 1 Jun 2018 : RM 37.64 sahaja harga pampers tersebut.
Kiraan : RM 39.90 – rm 2.26 (GST)
= RM 37.64.

Betul memang hanya sedikit sahaja yang turun.RM 2.26 ni apa sangat lah kan pada sorang. Bayangkan kedai beliau ada 100 pampers? 100 orang membeli? Cukai yang telah masuk poket saja dah brapa tu? itu baru pampers. Lain?

22. Bagaimana jika anda ada beli barang lain. Saya bagi contoh beli barangan keperluan sahaja RM 500 sebulan (kadar rata untuk setiap keluarga)

Jumlah yang boleh jimat adalah
6/106 x RM 500 = RM 28.30.

23. Itu baru satu family. Kalau satu taman? Agak-agak berapa dah kita akan DERMA FREE pada peniaga yang tak bertanggungjawab tu?

KESIMPULAN

24. Nak jadi negara yang baru , kena ada sikap yang baru. Jangan tunggu penguatkuasa saja yang perlu buat kerja.
25. Kita selaku pengguna juga boleh menggunakan kuasa kita sepertimana yang telah dilakukan pada PRU14 tempoh hari.
26. Jadilah pengguna bijak, bantulah kerajaan baru dalam mengekang eksploitasi penjual dalam menentukan harga.
27. Kita mampu mengawal sebagaimana kita mampu memilih pemimpin.

Sila ambil perhatian juga hal ini

28. Harga yang perlu turun adalah harga yang selain dari barangan asas. Ini kerana gula, beras, nasi, gula, barang asas adalah tiada GST dari dahulu.
29. Jangan pukul rata pulak tau. Antara barangan yang terlibat adalah semua kecuali yang diberikan pengecualian dan pelepasan ya.
30.Beli barangan seperti baju, meja, kereta, biskut marie, jam, tayar kereta, komputer, selipar, makanan kucing, handphone, plastic sampah, cat berus cat Tupperware, beg Birkin Hermes dan macam- macam kalau saya nak masukkan dalam senarai memang tak habis adalah barang yg tergolong dalam kumpulan berkadar 6% satu ketika dahulu.
31. Servis kereta dan sebagainya, makanan di restoran pun sama! Mesti turun! Nak ke tak nak lepak mamak?
32. Jika ada peniaga yang berkeras dan memberikan alasan bilamana harga tidak turun, sila laporkan kepada KPDNKK. Takat jadi hero kat fb tak guna
33. Kita boikot peniaga tamak!

Siapa nak join?

Tapi ini tidak termasuk harga maskawin tau. Itu jangan buat main. Kerajaan runtuh hantaran tetap naik tinggi!
Azizul Azli Ahmad
#HargaBarangMestiTurun #RakyatPantauHarga #MenteriBijakRakyatBijak#SkuadPantauHarga
#SkuadMakcikBawang

Tolong share dengan semua makcik bawang Bombay

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros