Berita terbaru dari Jabatan Pengangkutan Jalan bahawa seramai 84,974 pesalah jalan raya bakal disenaraihitamkan dari rekod JPJ akibat kegagalan membayar saman kesalahan dirakam melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sejak 1 September tahun lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sejak pengambilalihan sistem AWAS daripada pihak swasta pada 1 September tahun lalu, JPJ sudah mengeluarkan jumlah keseluruhan saman sebanyak 95,850 kes sehingga 31 Disember 2018.
Menurutnya, daripada keseluruhan jumlah itu, hanya 10,876 bilangan saman dibayar oleh pesalah trafik, manakala selebihnya dibawa ke mahkamah atau telah disenaraihitamkan gara-gara sudah menerima waran tangkap daripada pihak mahkamah.
“Bilangan pesalah trafik di bawah kesalahan kamera AWAS disahkan sudah disenaraihitamkan sehingga kini adalah 28,500 susulan waran tangkap dikeluarkan ke atas mereka setelah gagal hadir perbicaraan di mahkamah.
“Setiap pesalah trafik di bawah sistem kamera AWAS diberi tempoh 60 hari untuk melunaskan pembayaran saman diterima dan JPJ tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mendakwa mereka di mahkamah termasuk menyenaraihitamkan mereka dari rekod jabatan sekiranya gagal menyelesaikannya mengikut tempoh masa diberikan,” katanya pada sidang media majlis perasmian Stesen JPJ di Hentian Rehat dan Rawat(R&R) Gunong Semanggol Arah Selatan dekat sini hari ini.
Shaharuddin(tiga kanan) bersama Azman (dua kiri) menyempurnakan perasmian Stesen JPJ baharu di Hentian R&R Gunong Semanggol arah selatan, Bagan Serai pagi tadi. Gambar SINAR HARIAN
Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Datuk Ahmad Nasir Ab Gani dan Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria.
Shaharuddin berkata, sehingga kini, sebanyak 45 kamera AWAS sudah dipasang di seluruh negara dengan 17 daripadanya diletakkan di kawasan lebuhraya.
Menurutnya, kesemua kamera AWAS dipasang di kawasan lebuhraya akan merekodkan kesalahan pesalah trafik yang memandu melebihi had kelajuan 110 kilometer sejam sahaja.
Ads
“Sebelum kini, kita sudah mengalihkan tiga kamera AWAS yang merekodkan kesalahan kelajuan trafik melebihi 90 kilometer sejam.
“Bagaimanapun, sebanyak empat kamera AWAS yang menetapkan had kelajuan tidak melebihi 80 kilometer sejam dijangka akan dipasang JPJ di sepanjang laluan Terowong Menora memandangkan kawasan itu dikategorikan kerap berlaku kemalangan.
“JPJ masih dalam proses kajian dan perbincangan dengan PLUS dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi menentukan kesesuaian lokasi pemasangan kamera AWAS melibatkan dua unit di arah utara dan dua lagi di arah selatan,” katanya.
Shaharuddin(tengah) menyempurnakan majlis menandatangani plak perasmian pembukaan Stesen JPJ baharu di Hentian R&R Gunong Semanggol arah selatan pagi tadi. Gambar SINAR HARIAN.
Shaharuddin berkata, pemasangan empat unit kamera AWAS di laluan Terowong Menora itu dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.
Menurutnya, JPJ sekali lagi ingin menekankan objektif pemasangan kamera AWAS adalah bagi mendidik pengguna jalan raya agar memandu kenderaan secara berhemah di samping mengurangkan risiko kemalangan.
Ads
“Sehubungan itu, mana-mana pemandu kenderaan melakukan kesalahan dirakam melalui kamera AWAS pada atau selepas 1 September 2018 dan telah menerima notis saman namun tidak menyelesaikan kompaun ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka mereka diminta menyelesaikan segera bagi mengelakkan disenaraihitamkan dari rekod JPJ dan menerima waran tangkap.
“Oleh demikian, semua pesalah trafik dinasihatkan menyemak status saman mereka di mana-mana pejabat JPJ berhampiran atau di portal JPJ dan sekatan senarai hitam ini akan dilepaskan apabila pesalah kamera AWAS menyelesaikan kesnya secara membayar kompaun di mana-mana pejabat JPJ atau membayar denda di mahkamah,”katanya. SUMBER : SINAR HARIAN
Bagaimana nak tahu jika kenderaan kita disenarai hitamkan?
Apa yang korang perlu buat hanyalah pergi ke laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ads
Pilih SAMAN
So secara automatik bila korang pilih saman tu akan keluar semakan saman JPJ dan AES. Dekat pilihan carian tu, korang pilih la no kad pengenalan dan no kenderaan. Boleh pilih ikut kategori korang nak. Masa yang sama, jangan isi kata laluannya tu ya.
Lepas masuk kad pengenalan dan no plat kenderaan, kalau korang tak ada saman, dia akan tulis TIADA SENARAI HITAM ya. So good luck tau sebab kalau kenderaan disenarai hitam, adalah menjadi satu kesalahan memandu kenderaan tanpa cukai jalan yang sah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya kuasa viral banyak membantu penguatkuasa menjalankan tugas dengan lebih cekap.
Ini terbukti dalam kes seorang budak kecil yang bertubuh kecil di mana kakinya seolah tidak sampai menunggang motosikal sambil cuba membuat aksi wheelie. Netizen yang melihat aksi tersebut menegur perbuatan tersebut yang dianggap berbahaya kepada pemandu lain.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki di negeri ini yang tular di laman sosial sejak semalam.
Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan gelagat kanak-kanak bersaiz kecil menunggang Honda EX5 dan ditegur seorang pemandu kenderaan di simpang Kampung Paya Cegar, Jitra.
Kanak-kanak dipercayai berusia 12 tahun itu turut didakwa cuba mengangkat tayar motosikal dan gelagatnya dirakam orang awam sebelum tersebar di media sosial.
Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihaknya sudah menyemak video berkenaan dan berjaya mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di Kampung Paya Cegar di Jitra.
"Kita akan memberi Notis 114 kepada pemilik motosikal itu supaya hadir ke pejabat JPJ untuk memberi keterangan.
"Namun, kita akan dapatkan dulu maklumat lanjut dan melakukan soal siasat sebelum tindakan diambil," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ismasuhaimi berkata, pihaknya mendapati kesalahan kanak-kanak itu ialah tiada lesen memandu B2 selain tidak memakai topi keledar.
Katanya, tindakan kanak-kanak itu juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.
"Justeru, saya menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya mengawasi anak masing-masing supaya tidak menunggang motosikal terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kunjungan team REMAJA ke lokasi kejadian di U12 Shah Alam mendapat bahawa kesemua lukisan yang telah tercemar dengan perbuatan vandalisma pada dinding di situ telahpun ‘selamat’ dicat putih oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Secara kebetukan, kunjungan kami bertepatan dengan waktu kehadiran trio pelukis mural yang dilihat sedang terduduk di tepi bangunan.
Jelas riak terkilan pada wajah masing-masing. Namun, mereka memahami tindakan pihak MBSA yang mengecat semula dinding kerana enggan mempromosikan imej pemimpin negara yang telah dilemparkan dengan kata-kata kesat serta contengan tidak senonoh.
Kesempatan bertemu dengan mereka bertiga memberi kami peluang untuk bertanyakan reaksi masing-masing terhadap kejadian ini.
“Kami mula melukis mural ini pada bulan Mac sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pagi tadi, baru kami perasan mural tersebut telah diconteng setelah owner kedai makan ‘Jom Sate’ disebelah menelefon kami mengenai insiden ini.
“Dia keluar kedai dan hantarkan WhatsApp. Kami pun terkejutlah dan terus bergegas datang ke sini. Tahu-tahu, pihak polis dan MBSA pun sudah ada,” kata salah seorang daripada mereka iaitu Suhaimi.
Tambahnya lagi buat masa ini…
pihak MBSA sudahpun dapat mengecam 2 orang pelaku yang digelar sebagai ‘pengkhianat’
…kerana sanggup berbuat sedemikian kepada wajah pemimpin negara termasuklah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Trio ini hanya menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
CCTV di kawasan kejadianDua lagi para pelukis, Firdaus dan Hadi.
Semangat Nak Melukis Dah Luntur?
Apabila ditanya sama ada mereka sudah hilang semangat untuk melukis mural di kawasan U12 Shah Alam, kata Suhaimi buat masa ini mereka akan hentikan dulu aktiviti melukis di situ.
Bukanlah disebabkan sudah tidak bersemangat, namun mereka gentar sekiranya penyerang vandalisma yang sama ataupun pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab akan mengulang semula perbuatan tersebut.
“Awalnya, kami diminta untuk ‘touch up lukisan pada dinding. Tapi apabila kami berbincang dengan pihak polis serta MBSA sama ada untuk ‘touch up’ ataupun dicat saja putih, kami bersetuju untuk cat semula kerana besar kemungkinan mereka boleh datang semula untuk menconteng.
“Kami anggap ini sebagai tiada rezeki untuk mural ini kekal lama di sini. Lebih kurang 20 hari saja,” katanya penuh terkilan. Namun..
“Nak kata kami enggan melukis itu tak adalah. Contohnya sekarang ini, saya sedang melukis di kawasan Seksyen 4 Kota Damansara dan bertemakan frontliners juga.
“Kami lukis mural ini pun bukannya untuk popular tetapi lebih kepada rasa gembira apabila ramai pengunjung yang sanggup datang dari jauh untuk bergambar. Kami rasa seperti bakat kami dihargai,” jelasnya.
SebelumSelepas
Tak mengapalah gaiss.
Bagi korang yang sempat mengambil gambar dengan mural lukisan Suhaimi, Hadi dan Firdaus ini, kami jealous tau dengan korang! Hehe..
Bagi yang tidak sempat, tak mengapa. Tak lama lagi lebih banyak mural hasil kreativiti mereka akan muncul tak lama lagi.
*
Sementara itu, korang rasa apakah hukuman setimpal yang harus diberikan kepada pesalah sekiranya ditangkap?
Kesesakan trafik di Mumbai sudah lama menjadi isu yang melanda penduduk di sana dek kerana masa menunggu yang lama terutama bagi mereka yang membawa kenderaan beroda empat.
Namun tular di media sosial baru-baru ini apabila Amitabh Bachchan, pelakon veteran terkenal telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan akhirnya ditumpangkan oleh seorang lelaki tak dikenali ke tempat kerjanya dengan menaiki motosikal.
Amitabh Bachchan kemudiannya menyiarkan gambar dirinya membonceng motosikal itu di akaun Instagramnya dan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut kerana menumpangkannya yang terdesak ketika itu.
“Terima kasih kerana menumpangkan saya. Meskipun saya tidak mengenali awak, tapi kamu menolong saya untuk sampai ke lokasi kerja dengan lebih cepat,” ujar beliau.
Sekadar info, pelakon terkenal itu mempunyai koleksi kereta yang sangat hebat.
Antaranya ialah Mercedes-Benz V Class, Bentley Continental GT, Land Rover Range Rover Autobiography, Toyota Innova Crysta, Lexus LX570, Mercedes-Benz S Class, Mini Cooper S, Toyota Land Cruiser, Audi A8L, dan banyak lagi. Kenderaan ini mencerminkan citarasa dan kecintaannya terhadap kereta mewah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Himal Sanchar, Getty Images, Instagram Amitabh Bachchan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengguna iPhone seluruh dunia mungkin perlu bersedia dengan berita kurang menyenangkan, iaitu harga iPhone berpotensi naik mendadak gara-gara tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.Menurut...