Memandangkan hari demi hari menunjukkan adanya peningkatan Covid-19 di kalangan masyarakat, tentu ramai di antara kita tertanya-tanya, apakah petanda-petanda awal kita sudah dijangkiti virus yang belum ada penawarnya ini?

Untuk pengetahuan korang, memandangkan kita tidak tahu siapa sudah dijangkiti kerana mungkin mereka telah travel ke negara-negara yang terjejas, tanda-tanda awal yang boleh dikesan kalau seseorang itu dijangkiti Covid-19 ialah mereka akan mengalami selesema, demam, sakit kepala, merasa tidak enak badan dan juga batuk kering. Namun dari hari ke hari gejalanya mulai berbeza mengikut daya tahan pesakit sendiri. Ada jangkitan boleh berubah kepada  bronchitis dan pneumonia (disebabkan oleh COVID-19 )

Bagaimana Nak Tahu Kalau Kita Dah Dijangkiti Covid-19? Ini Tanda Hari Ke Hari
Virus corona yang terus mencatatkan pertambahan jumlah pesakit dari hari ke hari dan belum ada penawar setakat ini

Bagaimana Nak Tahu Kalau Kita Dah Dijangkiti Covid-19? Ini Tanda Hari Ke Hari

Ini tanda hari ke hari :-

Hari Pertama:– Pesakit akan mengalami demam yang disertai dengan rasa sakit pada otot dan alami batuk kering. Sebahagian dari pesakit akan alami diare (cirit birit) atau mula pada gejala awalnya.

Ads

Hari ke lima :- Pesakit akan mula mengalami kesukaran bernafas. Lebih teruk lagi jika sudah agak berusia dan memiliki sejarah penyakit yang pernah dihidapi sebelumnya.

Hari ke tujuh :- Menurut penelitian dari Universiti Wuhan (tempat pertama dikesan wabak ini), rata-rata pesakit akan mulia dirawat di Hospital pada hari ketujuh selepas mengalami tanda-tanda awal tadi.

Hari ke lapan :-  Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China (CCDC), sekitar 15 peratus orang yang mengalami gejala teruk akibat infeksi Covid-19, akan terkena sindrim gangguan pernafasan akut (ADRS). Penyakit ini akan menyerang akibat terkumpulnya cairan di bahagian paru-paru.

Ads

Hari ke -10 :- Umumnya bagi pesakit yang gejalanya kian teruk akan mengalami rasa sakit di perut dan keinginan untuk makan tiada berbanding mereka yang mengalami gejala tanda yang lebih ringan.

Hari Ke – 17 :- Rata-rata pesakit yang sembuh dari Covid-19 akan dikeluarkan dari hospital setelah dirawat selama dua minggu setengah.

Bagaimana Nak Tahu Kalau Kita Dah Dijangkiti Covid-19? Ini Tanda Hari Ke Hari
Pakailah penutup mulut dan sentiasa bersihkan tangan menggunakan sanitizer setiap setengah jam bagi mengelak wabak ini tertular. Digalakkan juga minum air putih dalam jumlah agak kerap

Cara Menghindari Agar Tidak Terjangkit Virus Corona

Ads

Diambil dari laman web rasmi World Health Organization (WHO), langkah pencegahan virus ini dapat dilakukan dengan beberapa langkah. Antaranya ialah:-

*Rajin bersihkan dan mencuci tangan
*Menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk
*Elakkan makan telur dan daging mentah
*Menjauhi orang yang disyaki mengalami gejala ini dan elakkan mengunjungi  tempat tumpuan ramai.

Bagi yang ada alami tanda-tanda di atas, jangan berlengah lagi jalani pemeriksaan di hospital atau Klinik Kesihatan kecil agar wabak ini dapat dihindari dan kita tidak menjangkiti kepada individu lain.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI