Setiap individu lahir dengan bakat yang tersendiri. Ia bagai mengalir dalam darah. Setengahnya tahu kelebihan diri sendiri, setengahnya pula perlu diasah untuk mengilapnya.

Bakat  adalah kekuatan dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Bakat terpendam biasanya boleh dilihat melalui zodiac kelahiran. Korang boleh mempercayainya, boleh juga menafikan tentang zodiak ini. Boleh juga jadikan artikel ini sekadar info sendiri. Apa pun

Berikut merupakan bakat terpendam melalui zodiak seperti dipetik dari laman web Boldsky.

Bagaimana Nak Tahu Kelebihan @ Kelemahan Kekasih? Kenali Dirinya Melalui Bulan Kelahiran

Aries – Optimis 21 Mac – 20 April
 Sebagai orang yang sangat optimis, anda akan berusaha mencari cahaya biar sesukar mana pun keadaan ketika itu. Mereka yang lahir berbintang Aries, memiliki keyakinan diri yang tinggi. Anda juga sentiasa melihat sisi positif dalam setiap keadaan. Tidak hairanlah anda dilihat sebagai seorang yang mampu memberikan keyakinan kepada orang yang dalam kesusahan.

Taurus – Kekuatan 21 April – 20 Mei
Apa saja cabaran, anda akan mendapat kekuatan dalam menghadapi kesukaran tersebut. Anda dilahirkan dengan kuasa yang agak unik. Walau pun terdapat rintangan dan cabaran, anda akan sentiasa mencari jalan untuk menakluki semua situasi.

Bagaimana Nak Tahu Kelebihan @ Kelemahan Kekasih? Kenali Dirinya Melalui Bulan Kelahiran

Gemini – Komunikasi 21 Mei – 20 Jun
Jangan tersilap fikir. Komunikasi adalah bakat yang sangat penting dan bukan semua orang boleh melakukannya terutama memberi ucapan di hadapan orang lain. Untuk bintang Gemini, tahniah, anda  mempunyai kemahiran komunikasi dengan semua orang.Dengan cara ini, anda mampu menjadi pengantara dan bertindak sebagai orang tengah dalam kumpulan. Di samping itu, orang Gemini juga cenderung aktif dalam pelbagai acara sosial.

Ads

Cancer – Setia 21 Jun – 20 Julai
Adakalanya anda akan mempersoalkan kesetiaan orang lain. Walau bagaimana pun tiada siapa yang akan bertanya kepada anda perkara yang sama. Bagi bintang Cancer, kesetiaan adalah sesuatu yang sangat penting untuk dipegang. Dan anda akan memberikannya kepada orang yang anda sayangi.

Bagaimana Nak Tahu Kelebihan @ Kelemahan Kekasih? Kenali Dirinya Melalui Bulan Kelahiran

Leo –Capaian 21 Julai – 21 Ogos
Anda mempunyai bakat  untuk mencapai apa saja ada fikirkan. Anda cenderung untuk menilai bahawa meraikan pencapaian itu sangat penting. Anda mempunyai bakat untuk mencapai apa sahaja yang ada di kepala anda. Anda cenderung untuk menilai bahawa meraikan pencapaian sangat penting. Bukan sahaja dapat mencapai sasaran tertentu, pada masa yang sama, anda juga dapat melihat nilai yang berikut.

Virgo – Fleksibel 22 Ogos – 22 September
Orang-orang Virgo biasanya dianugerahkan  kemampuan untuk bertindak secara fleksibel dalam segala situasi kehidupan. Pada akhirnya anda mampu menemukan kebahagiaan di hujungnya.

Libra – Adil 23 September – 23 Oktober
Dalam satu-satu situasi, anda mampu memutuskan sesuatu perkara dengan sikap yang adil. Untuk itu, anda biasanya mendengar dan mengumpul semua fakta-fakta dan menganalisisnya sebelum di akhirnya membuat satu keputusan akhir dengan seadilnya. Orang lain melihat anda sebagai seorang yang dilahirkan sebagai pemimpin.

Ads

Bagaimana Nak Tahu Kelebihan @ Kelemahan Kekasih? Kenali Dirinya Melalui Bulan Kelahiran

Scorpio – Sabar 24 Oktober – 22 November
Anda adalah seorang yang memiliki tahap kesabaran paling tinggi dalam hidup. Kalau menjalin hubungan dengan orang lain, ikatan itu akan tercipta penuh mendalam. Tak perlu khuatir, kesabaran akan menuntut anda dalam menjalani kehidupan ini.

Sagitarius – Mampu Menilai 23 November – 20 Disember
Anda punya kemampuan untuk menilai segala hal di sekitarkerana nilai adalah sesuatu yang hal sangat penting. Bintang Sagiturius juga cenderung mampu melihat nilai lebih dari satu benda atau hal. Apa lagi jika sesuatu itu amat bermakna  bagi anda. Hal itu dapat mencipta satu ikatan yang kuat antara anda dan orang-orang terdekat.

Bagaimana Nak Tahu Kelebihan @ Kelemahan Kekasih? Kenali Dirinya Melalui Bulan Kelahiran

Ads

Capricorn – Sukses 21 Disember – 19 Januari
Orang Capricorn biasanya punya keyakinan untuk selalu berjaya  dalam hal apa pun yang dilakukannya. Tak hairanlah, anda mencapai tahap sukses dengan jayanya. Orang lain biasanya akan meminta tips-tips dari anda bagaimana mencapai sukses itu.

Aquarius – Ekspresi Diri 20 Januari – 18 Februari
Sebagai seorang berbintang Aquarius, anda dianugerahkan untuk mengekspresikan diri dengan cara yang unik. Ya, anda perlu memahami bahawa anda adalah orang yang sangat unik. Kerana keunikan ini, anda juga sering menjadi tumpuan orang ramai. Orang-orang akan melihat anda sebagai seorang yang agak unik.

Bagaimana Nak Tahu Kelebihan @ Kelemahan Kekasih? Kenali Dirinya Melalui Bulan Kelahiran

Pisces – Suka Bermimpi 19 Februari – 20 Mac
Orang Pisces selalu memasang memandang sesuatu dengan cara yang tinggi. Korang selalu punya harapan dan mimpi-mimpi yang ingin anda capai.

Ya, itulah bakat terpendam masing-masing. Korang adalah pemimpi yang mahu mencapai impian itu dan korang juga tahu apa tujuan hidup bila bersama si dia. Pasangan ini biasanya mampu menjadi inspirasi kita untuk berjaya dalam apa juga bidang kita ceburi. Janganlah pula nanti kata tak faham pasangan pula sebab kita pun tak kenal sikapnya yang bagaimana. Betul tak?

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI