Bagaimana Penduduk Dunia Sambut Hari Wanita Pada Bulan Mac

Share

Who runs the world? Girls!

Tak terlambat rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Wanita sedunia kepada semua followers dan pembaca ‘wanita’ kami.

Tak kiralah korang baru di sekolah menengah ke, sudah ke universiti, sedang bekerja mahupun yang menjaga anak pada usia muda, semua wanita harus diraikan atas jasa, keringat, susah payah dan pencapaian mereka.

Bukan hanya untuk satu hari tertentu saja, wanita adalah tunjang masyarakat dunia yang sama tarafnya, sama kelayakannya dan sama penting bersebelahan dengan lelaki.

Kami kumpulkan SEMBILAN cara wanita mengambil bahagian untuk menyambut Hari Wanita Sedunia pada tahun lalu. Jangan terkejut, ada di antara mereka yang memilih untuk bermain bola sepak di tengah padang bersalji!

 

Pakistan

Sambil dikawal ketat orang para sekuriti, beratus-ratus wanita beragama Muslim dan Kristian berarak sebagai tanda hormat kepada wanita yang menjadi mangsa serangan asid. Golongan mangsa di sana selalunya mengelak daripada berada di tempat awam. Malang juga kerana mereka selalunya perlu mengharapkan kepada bantuan kewangan badan bukan berkebajikan (NGO) bagi menanggung kos rawatan. Bukannya subsidi atau bantuan daripada kerajaan Pakistan.

 

California

Di Lynwood California, sebuah cawangan restoran makanan segera McDonald’s telah menerbalikkan logo ‘M’ mereka untuk menyatakan sokongan kepada sambutan Hari Wanita. Menurut mereka, ini adalah kali pertama ia dilakukan dalam sejarah jenama itu. Kesemua platform McDonald’s sama ada di Twittwe Instagram dan laman web menggunakan logo itu sebagai imej profil semalam.

 

Malaysia

Kalau McDonald’s boleh, KFC pun tak nak kalah!

Baru sekarang, seluruh dunia tahu siapakah isteri kepada Colonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC). Dikenali sebagai Claudia Sanders, KFC Malaysia berkata mereka mengiktiraf peranan wanita dalam kejayaan yang berlaku di seluruh dunia.

 

China

Di China, terdapat dua cara kaum wanita menyambut semalam. Satu cara adalah dengan membeli-belah apabila kebanyakan kedai menawarkan sales besar-besaran. Satu lagi cara, bermain bola sepak dan sukan lain di tengah-tengah padang bersalji.

 

Belarus

Wanita di Minsk Belarus juga memilih gaya hidup sihat untuk menyambut. Mereka mengadakan larian ‘Beauty Run’ dengan slogan ‘Wanita Menentang Keganasan’.

 

Bangladesh

Pekerja industri fesyen dan pakaian di Dhaka Bangladesh memakai topeng muka untuk meraikan acara perarakan. Mereka menuntuk hak yang sama untuk wanita di tempat kerja sama seperti lelaki. Contohnya dari aspek keselamatan, bayaran gaji dan cuti bersalin.

 

Itali

Di Itali, terdapat juga dua cara berbeza wanita menyambutnya. Di Milan, wanita yang berarak menyalakan api semasa mereka melaungkan rasa tidak berpuas hati atas keganasan yang terjadi kepada wanita.

Di Roma pula, sempena festival Festa Della Donna, kaum lelaki memberikan bunga mimosa kepada wanita yang mereka kenali untuk menyambut. Ada juga restoran yang menghidangkan kek torta mosa, dan kerajaan Itali juga memberikan akses percuma khas kepada wanita untuk memasuki muzium.

 

Google

Google juga tak terlepas daripada menyambutnya semalam. Dalam doodle artwork mereka di browsing search box, Google menampilkan 12 pelukis dan artis kaligrafi wanita dari lokasi berbeza melalui cerita masing-masing.

Ada yang menceritakan tentang ‘sisterhood & unity’, perasaan seorang imigran wanita di negara asing dan juga perasaan menjadi seorang ibu muda.

 

Palestin

Ratusan wanita Palestin melakukan protes di West Bank, manakala demonstrasi jalanan pula mengambil tempat di checkpoint tentera Israel di Qalandia yang terletak di antara Ramallah dan Baitul Maqdis.

Ia diadakan untuk memberi kesedaran tentang tentangan wanita Palestin terhadap kependudukan tentera Israel di situ, tentang keputusan Donald Trump untuk mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota rasmi Israel.

Mereka juga menentang keputusan Washington untuk memotong bantuan yang dihulurkan oleh Amerika Syarikat kepada agensi bantuan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Published by
FZ