Bagaimana Rasa Bila Kerap Dihina?, Lelaki Dituduh “Lembut” Kongsi Penderitaan & Pengalaman Sendiri

Share

Sotong, makyah, pondan, lembut, lembik. Banyak lagi gelaran “buruk” selalu kita labelkan pada orang yang lembut perwatakannya. Di sekolah pun, biasa kita jumpa lelaki begini tapi biasanya kita lebih senang berkawan dengan mereka berbanding lelaki sejati.

Dalam komuniti, lelaki berperwatakan lembut juga ada. Kadang dia jiran, rakan sekerja tetapi kita boleh saja menerima tanpa ada masalah pun. Tak ada prejudis langsung. Nak berlawak, gurau secara kasar atau lembut, kebanyakannya tak kisah  malah banyak siap kutuk berjemaah. Tapi sayang, ramai yang suka prejudis dan menjadi hakim terhadap golongan ini. Kadang kutuknya  boleh membuat hati terluka sehingga hati tiada masa untuk sembuh.

Baca bagaimana “penderitaan” dialami seorang lelaki muda, Hakim Halim, 25 tahun   fotographer profesional yang melalui penderitaan sejak dia kecil lagi hanya kerana dia berperwatakan lembut. Seperti katanya, pedihnya kutukan kawan-kawan hanya kerana dia lembut tetapi dia bukan gay, bukan juga maknyah tetapi dia sememangnya dilahirkan dengan perwatakan lembut membuat dia “dibuli” habis-habis ketika kecil dahulu.  Menangis adalah “senjata” terakhirnya menepis pandangan orang. Allah juga ada untuk menjaganya.

Dia syerkan kisahkan agar jadi tauladan pada orang lain. Moralnya, biarlah orang pandang kita dengan pandangan hina tetapi jangan sampai kita hina di mata Allah taala di akhirat kelak. Baca perkongsian kisah Hakim seperti ditulis di fb miliknya,Dx Hakym atau boleh tengok di instagramnya atas nama @dxhakym.

Dulu aku selalu dimaki oleh pelajar-pelajar. Dari zaman sekolah rendah hingga zaman universiti. Mereka maki aku sebab aku jenis lembut. Zaman sekolah rendah orang panggil aku sotong. Zaman sekolah menengah pula orang panggil aku pondan siap ejek aku dengan buat gaya sotong. Di zaman universiti pula orang panggil aku gay.

Aku ni manusia biasa, kadang-kadang aku menangis sebab aku malu bila orang panggil aku gay, ponda makyah dan macam-macam. Kalau zaman sekolah, aku nak ke sekolah pun malas tapi sebab zaman dulu kalau tak pergi sekolah ayah dan mak aku pukul dengan tali pinggang atau tak bagi aku masuk rumah. Jadi nak tak nak terpaksa pergi sekolah dengan perasaan malu. Tiap-tiap hari aku kena ejek, maki.

Aku tahu Allah cipta aku dengan watak aku lembut, tapi bukan bermakna aku ni gay pondan transgender ke apa. Tapi Allah cipta aku mungkin ada sebab supaya aku terima ujian ni. Perit nak lalu hidup tiap-tiap hari walaupun sekarang pun masih ada orang panggil aku gay. Siapa tahu kadang aku malu, menangis dihadapan Allah supaya ujian aku tidak berat. Disebabkan kawan-kawan laki ni selalu ejek aku, jadi masa zaman sekolah aku banyak kawan dengan pelajar-pelajar perempuan jer.

Kadang nak suka ada sebab aku ni champion main batu selambut, congkak, lompat tali getah. Haha power jugak aku tapi itu semua kenangan dahulu kala.Kalau tak percaya boleh tanya kawan aku dahulu zaman sekolah. Aku main mainan perempuan pun tapi hati aku seinci tak pernah terfikir nk jadi perempuan. Aku cuma nak berkawan ja. Kawan dengan laki ni semua ejek aku, tu buat aku geram dan sakit hati dengan manusia bernama lelaki nih.

Tapi aku terima hakikat bahawa aku ni lelaki juga. Nak tak nak aku cuba bergaul dengan lelaki. Cuma pada zaman sekolah aku susah nak rapat dengan kawan-kawan laki ni sebab sekolah harian faham-faham jela asyik kena buli je. Nangis tu kompen ada bila balik sekolah kena tahan. Begitu la hari demi hari aku hadapi ujian sampai la aku masuk matrik. Alhamdulillah masih lagi jadi laki.

So dari sini lah aku cuba berkawan-kawan dengan puak-puak laki nih. Di matrik aku berkawan banyak lelaki. Sebelum masuk matrik aku banyak terpengaruh cerita jepun Gokusen, Hanazakari no Kimitachi, My boss My hero dll. Aku suka tengok cerita dia sebab semangat persahabatan tu kuat. Jadi bila aku berkawan dengan kawan-kawan aku dekat matrik aku cuba la apply apa yang aku tengok dalam citer tu. Diorang ajar makan bersama, tidur bersama ramai2, travel sama. Tapi malang bila aku cuba apply ada kata aku pelik sebab terlalu rapat. Kata orang kelantan nak “berdepek semace” haha. Jadi mulai situ aku makin hari rasa dipinggir nak dijadikan kawan.

Bila teringat zaman matrik dulu lawak jugak, mengaju dengan kawan laki-laki ni sampai kunci diri dalam bilik imam kat masjid di matrik sampai tak makan, masalah siap sembunyi bawah meja lagi merajuk hahah. Lawak betul kisah hidup aku ni. Merajuk punya pasal sebab rasa kawan-kawan pinggirkan kita. Padahal tak pun cuma biasa la manusia tak semua nak bersama kadang-kadang diorang pun sibuk kerja lain juga. Nasib baik zaman matrik tu sekejap 1tahun jer. Tu pun menangis akhir day kat matrik, nangis sebab nak berpisah dengan kawan yang faham dengan perangai kita nih jenis lembut. Apepun Alhamdulillah semua tu Allah nak ajar aku manusia ni setiap yg hadir pasti akan pergi. Jadi sabar la.

Habis zaman matrik, masuk zaman universiti pula. Zaman universiti ni sedikit tough. Mula-mula masa orentasi pun rasa geram dengan puak-puak laki especially lelaki kelantan. Benci gatal nak mampus waktu sesi senam aerobik, kebetulan masa tu coach tu pakai seksi. Sumpah aku benci dengan lelaki macam nie. Macam-macam aku lalui zaman universiti ni. Kena pulau, dikhianati, ditipu macam. Malas nak cerita panjang zaman universiti aku nie paling aku rasa worst gila dalam hidup aku, kalu boleh nak jer quit universiti benci sangat2, nasib baik ada juga kawan-kawan laki aku rapat, dia paham aku walaupun aku selalu bersama dengan dia. Dia tak pernah kata aku gay ke apa walaupun aku selalu bertempek dengan dia. Then budak-budak rumah dia pun semua baik faham aku. Apepun syukur grad jugak walaupon tak konvo naik pentas mcm org lain. Bagi aku xde lansug feel konvo…

Zaman universiti ni, aku bukan orang kaya. Tapi aku tahu nilai persahabatan sebab tu aku selalu belanja kawan-kawan aku, buat kerja diorang, diorang nak apa aku utamakan dahulu. Aku ni jenis bila berkawan, aku akan berkawan bersungguh-sungguh kadang-kadang sampai duit perbelanjaan aku takde pun aku okey asalkan mereka bahagia. Aku beri apa segala aku ada sebab aku betul nak jadi sahabat terbaik.

Tapi malang, bila aku buat camtu orang kata aku ni gay, aku ni suka kat dia. Mulut manusia biasalah aku tak boleh tutup, hanya Allah yang tahu bila aku tahu mereka kata aku camtu dibelakang, aku berkawan habis-habisan, last itu aku dengar dari mulut kawan-kawan tu. Sedih bhai bayangkan kalau orang buat kat korang camtu. Dekat universiti nie berapa kali entah aku menangis bila orang kata aku macam tu, rasa pedih tu lebih tajam dari mata pedang tu menusuk dihati. Sedih teramat.

Jadi nak dipendekkan cerita, aku walaupun lembut, tapi aku tak pernah terfikir nak jadi gay, wanita bebagai tu sebab apa? Sebab aku tahu Allah ciptakan manusia ni sempurna, setiap kejadian yang dia cipta ada hikmah dia. Bagi aku mungkin aku ni lembut, aku suka rapat dengan kawan, aku suka peluk kawan-kawan sebab aku hargai sangat orang yang hadir dalam hidup aku.

Kata ustaz Azhar tanda tinggi martabat sahabat itu apabila mereka mencium dahi sahabat tersebut dan peluknya. Jadi siapa yang pernah aku cium dahinya atau peluk tu bukan sebab aku gay ke apa tapi sebab aku sangat-sangat menghargai dan sayang korang dalam hidup aku ni. Kalau boleh nak sehidup semati bertapa bermakna dia tersebut dalam hidup aku.

Kita nak hargai sahabat bukannya ajak g karokea, lepak sana situ, bagi rokok, ajak hisap rokok sekali..tu merosakkan bagi aku. Bagi aku hargai sahabat ni cukup apa aku ada boleh bantu buat kebaikan dengan apa yang Allah bagi kelebihan pada aku ni.

Apepun Alhamdulillah aku seorang lelaki walaupun hadapi ujian macam-macam dari Allah. Benarlah Allah nak uji kita sejauh mana kita bersangka baik kepada Allah. Setiap apa yg terjadi pasti hikmah nya. Antara rahsia yang aku boleh kongsikan dengan korang bila orang kata kau pondan, gay, lesbian atau betina ke apa, ingat ni jer !!! Sesungguhnya Allah bersama dengan kita cuma kita tak nampak tapi kehadirannya kita boleh rasai apabila korang amalkan apa aku amalkan ni

Sentiasa solat berjemaah dimasjid, sentiasa sabar apa yg orang katakan pd kau dan berdoa moga dia jadi orang baik-baik. Sentiasa buat baik pada orang walaupun orang buat jahat kat kita. Amalkan Al-mathurat pagi dan petang, selalu ingat bahawa mati itu dekat dengan kita, dan paling penting sentiasa solat TAUBAT(seminggu sekali pun okey dah)

In Sha Allah bila korang boleh buat semua ni korang tak rasa apa-apa dah bila orang kata kat kau. Kerana Allah jaga kita dari bisikan syaitan, semua yang mengata kat kita tu adalah hasutan syaitan. Disebabkan iman dia tak kuat sebab tu dia boleh kata kat kita lembut.

Hari ni Alhamdulillah aku hidup dengan penuh kebahagian. Syukur pada Allah Az Zawwa Jalla, hari ni Allah bagi peluang aku travel dunia melihat kebesarannya dan jadi photographer cak ayam boleh tangkap kehebatan Allah sana sini. Mungkin ini adalah reward aku kerana banyak bersabar dari tomahan manusia selama ni. Alhamdulillah harini syukur sangat tiada apa mampu di ungkap. Hanya Allah yang tahu bahawa setiap perkara hitam kita lalui pasti Allah nak bagi nikmat yang lebih besar.

Jadi bagi mereka yang rasa bangga bila dipanggil gay, transgender, lgbt, lesbian what ever.. in Sha Allah cuba ingat balik mungkin korang pernah lalui zaman kegelapan macam aku lalui dahulu kala, tapi bila korang rapat dengan Allah maka korang akan rasa satu nikmat dimana korang tak pernah rasa sebelum nie.. in Sha Allah. Bangga la apa yg Allah cipta kamu sekarang kerana kesudahnnya pasti Allah bagi kemanisan, setiap Allah cipta tu mesti ada uniknya tersendiri, kalau semua sama Allah cipta kita-kita, tak rasa kita macam alien ke sejibik sama.

Last pesanan ikhlas buat lelaki-lelaki suka mengata tu, mungkin disebabkan mulut laser korang, mereka berubah menjadi tak sepatutnya. Jadi sama-sama jaga mulut laser korang tu mungkin kerana korang, dia menjadi macam tu. Jangan salahkan mereka kenapa berubah tapi salahkan diri sendiri kenapa mereka berubah. Ingat kalau disebabkan mulut korang dia berubah, dia boleh tarik kau sama-sama ke Neraka Allah (nauzubillah min zalik). Selagi mana kau tak maaf dia selagitu la kau akan dicampak ke neraka.

P/s : boleh share  buat peringatan bersama

Ikhlas dari
Hakim Halim

REMAJA salute lelaki seperti Halim yang sudi berkongsi kisah hidupnya. Manusia yang hatinya rosak akan selalu judgemental orang tanpa sedar diri sendiri banyak kekurangan.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros