Jika sebelum ini, Thailand sudah pun bersedia untuk membuka ‘pintu rumah’ mereka kepada lebih ramai pelawat asing terutamanya Malaysia dalam usaha untuk merangsang sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Terbaru satu lagi negara jiran kita memberi ‘green light‘ untuk membuka sempadan iaitu Singapura.
Foto: FMT
Menariknya lagi, kerajaan bersetuju memberi pengecualian bayaran tol di plaza-plaza tol di pintu masuk Malaysia-Singapura selama tujuh hari bermula 1 April ini. Wow!
Semua jenis kenderaan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengecualian bayaran tol tersebut melibatkan semua jenis kenderaan yang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).
Ads
“Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudahcara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’.
“Pemberian pengecualian bayaran tol ini melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh tersebut.
Ads
“Keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pengecualian itu adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.
Apalagi, boleh la buka puasa di Singapura nanti…Apa-apa pun jangan lupa untuk menjaga SOP ya kerana virus COVID-19 masih berada disekeliling kita. Stay safe guys!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak ketinggalan untuk menzahirkan ucapan tahniah buat Tan Sri Michelle Yeoh yang meraih trofi Oscar di Anugerah Akademi ke-95 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Tambun itu juga berharap kejayaan anak Malaysia di pentas Hollywood terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh karyawan seni di negara ini.
“Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
“Anak seni kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon Asia pertama memenangi trofi utama dalam anugerah berprestij itu. Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
“Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan,” katanya menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu kerana memberi inspirasi kepada seluruh rakyat di negara ini.
Sementara itu, ramai rakyat Malaysia termasuk menteri serta personaliti sukan dan selebriti berkongsi rasa bangga mereka atas kejayaan aktres tersebut.
Pada awal tahun ini, bintang berusia 61 tahun itu membawa pulang trofi beberapa anugerah lain termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perlawanan dua pasukan bola sepak gergasi di Euro 2020 baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila sekeping foto kanak-kanak menangis kerana kekalahan Jerman menentang England.
Foto tersebut menjadi tular di media sosial sehingga berlakunya buli siber terhadap ‘fangirl’ itu.
Terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan komen ‘ejekan’ sehingga menyentuh isu perkauman.
Oleh yang demikian, seorang lelaki dari Wales telah berjaya mengumpulkan £27,000 (RM155,384) untuk kanak-kanak itu kerana telah menjadi mangsa buli siber.
Joel Hughes memulakan kempen pengumpulan dana dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa tidak semua penduduk United Kingdom mempunyai sikap yang tidak baik, selepas gambar tular kanak-kanak itu menjadi subjek sindiran dan menerima kata-kata kesat daripada sebilangan penyokong bola sepak England.
Jumlah yang dikumpul itu jauh lebih banyak daripada sasaran awal iaitu £500 (RM2,877), namun sehingga kini dia masih belum dapat menghubungi keluarga kanak-kanak itu.
Walau bagaimanapun, Joel memaklumkan bahawa dia mempunyai maklumat dan berhubung dengan wartawan Jerman mengenai perkara tersebut.
Sekiranya tidak berjaya menemui keluarga kanak-kanak itu atau jika mereka tidak mahu menerima sumbangan tersebut, Joel akan mendermakan wang berkenaan kepada mana-mana organisasi berkaitan dengan anti buli siber.
Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni? Kanak-kanak sekecil itu pun nak dibulinya. Harapnya adik itu tidak tahu ceritanya telah tular satu dunia.
Nak bermain media sosial itu tidak salah, tetapi janganlah kita sesuka hati meninggalkan komen atau kenyataan yang boleh mengguris hati pihak lain.
Ini persoalan dari kami mewakili Remaja yang sedang menduduki peperiksaan PT3 bagi Bahasa Inggeris yang bermula hari ini selepas penundaan akibat kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra.
Sejak petang tadi tular memo kononnya pelajar yang sedang menduduki ujian Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kertas Bahasa Inggeris akan diulang semula pada 10 Oktober 2019.
Pengulangan ini dilakukan kerana pihak KPM mendapati bahawa berlakunya pembocoran kertas Bahasa Inggeris yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2019 jam 11.00-12.00 pagi tadi.
Sehubungan dengan itu, pihak KPM berharap calon-calon PT3 bersabar dengan masalah ini.
Sekian, dimaklumkan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 Oktober 2019
Siapa individu yang mahu meraih perhatian masyarakat berikutan berita sebegini?
Carian REMAJA di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia setakat jam 6.10 minit petang tadi TIDAK MENEMUKAN LANGSUNG notis berkenaan. Tapi masuk berita jam 6.19 minit adalah kenyataan dari KPM mengenai isu ini.
Begitu juga carian di laman berita BERNAMA juga tidak menemukan berita berkenaan tersiar kerana Bernama adalah portal rasmi kerajaan.
Justeru itu, timbul pertanyaan PRANK DARI SIAPA NIE?
Motif apa? Kenapa menimbulkan suasana tidak selesa pelajar yang mungkin lemah semangat bila mendengar berita begini!
Belajarlah menghormati hak orang lain khususnya remaja yang bersemangat menduduki ujian PT3 bermula hari ini. Sudah-sudahlah membuat lawak untuk masa depan orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...