Tanpa apa-apa gosip, gambar mesra atau desas-desus berpasangan seperti selebriti atau pasangan biasa lain yang ‘bercinta bagai nak rak’, Atikah Suhaime dan Awi Rafael telah mengikat tali pertunangan.
Atikah melalui akaun Instagramnnya pada lewat petang tadi telah mengumumkan berita gembira itu. Katanya di bahagian caption, “Yes auntie, I said yes to the proposal. Officially engaged to Awi Rafael.”
Tambahnya lagi, “Terima kasih kepada semua yang membantu melancarkan perjalanan majlis.”
Kedua-dua selebriti dari Singapura itu tidak pernah berkongsi apa-apa mengenai kisah mereka berdua di media sosial mahupun kepada para media. Malah tiada seorang pun yang dapat mengidu mengenai perhubungan mereka berdua kecuali orang berdekatan.
Ads
Walaupun Awi dilihat pernah memuat naik gambar bersama Atikah sebelum ini, namun ramai beranggapan ia hanyalah gambar berdua di antara selebriti.
Atikah Suhaime semasa menjadi cover girl Majalah Remaja untuk isu APRIL 2015.
Ads
Berita gembira ini pastinya memberikan kejutan kepada peminat malah netizen di Malaysia dan Singapura. Di bahagian comment posting, netizen meluahkan rasa gembira apabila pasangan ini memilih untuk melakukan majlis secara tertutup, ringkas dan hanya memberitahu selepas tamat majlis.
Mungkin cara berpasangan secara senyap-senyap akan menjadi trend di kalangan selebriti kini, setelah kita menyaksikan jodoh beberapa pasangan selebriti tidak berpanjangan sebelum sempat diijab qabulkan sepanjang tahun lalu dan tahun ini.
Tahniah uols!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukanlah niat kami untuk menakutkan korang, tetapi ini adalah situasi yang harus dijadikan sebagai penbagai pengajaran oleh kita semua.
Sewaktu seorang pejalan kaki cuba untuk melintas jalan raya sebelum lampu trafik dekat Jalan Ampang, individu yang hanya dikenal pasti sebagai seorang wanita itu telahpun dilanggar oleh sebuah kenderaan.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang berhampiran susur keluar Flamingo itu dilaporkan terjadi apabila wanita ingin mempercepatkan langkahannya semasa melintas jalan (mungkin kerana cuaca hujan).
Namun sebelum menghampiri bahu jalan tersebut, dia melangkah ke hadapan tanpa menoleh dahulu ke arah kenderaan di laluan paling kiri yang sedang bergerak. Akibatnya, wanita tersebut dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Proton Wira.
Biarpun kami tidak pasti sama ada mangsa tercedera parah ataupun ringan akibat insiden itu, berdasarkan sebuah video yang sempat direkodkan oleh kamera dashcam seorang pengguna jalan raya menunjukkan wanita tersebut cuba dibantu oleh orang ramai.
Tak kiralah jika korang ingin melintas jalanraya pada waktu puncak seperti ini ataupun ketika jalan lengang, jangan sesekali terlupa untuk menoleh ke kanan dan ke kiri demi memastikan keadaan selamat untuk korang lintas, okay.
Ajal maut di tangan Tuhan. Siapa pun jodoh kita, sudah ditentukan di luh mahfuz. Namun begitu ada banyak juga perceraian terjadi di pertengahan rumah tangga. Ramai yang tidak serasi bersama, kurang komunikasi, isteri atau suami berlebihan.
Perceraian walaupun halal namun dibenci kerana setiap kali berlaku perceraian, bergegar tiang arash. Sebelum bertemu jodoh, setiap orang berhak memilih pasangan hidupnya. Buatlah pilihan tepat kerana tidak semua mahu berulang kali naik pelamin sebaliknya ramai impikan hanya sekali sahaja.
Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. AL-ANNANAH :
Perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat aslinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil, perempuan tersebut juga berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
2. AL-MANANAH :
Perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan, saya telah melakukan untuk kamu itu dan ini.
3. AL-HANANAH :
Perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami (perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya).
4. AL-HADDAQAH :
Perempuan yang menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliannya.
5. AL-BARRAQAH :
Terdapat dua makna, yang pertama ialah suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, sedangkan pada suaminya tidak buatpun dan makna kedua ialah perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.
6. AL-SYADDAQAH :
Perempuan yang banyak bercakap sesuatu yang tidak berfaedah (berbicara tidak tentu arah), semoga para muslimah tidak termasuk didalam golongan-golongan yang disebutkan diatas. Na'udzubillahimindzalik.. Sumber : Muhd Farhan Hakimi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kebanyakan remaja perempuan di luar sana, item asas seperti sepasang set telekung yang selesa merupakan sesuatu yang pasti ada dalam gerobok masing-masing.
Khas untuk dibuat persalinan beribadah, tentulah kita inginkan persalinan paling menyelesakan, cantik dan berkualiti.
Begitupun, tidak semua insan punya tuah yang sama.
Menerusi sebuah video yang kini tular di media sosial, seorang gadis dipaparkan sebak lalu menitiskan air mata apabila menerima buah tangan berupa set telekung sumbangan jenama pakaian muslimah, Munawwareen.
Gadis dari kalangan masyarakat Orang Asli itu dikenali sebagai Azura Anjau dan jelas, reaksi beliau yang menangis kegembiraan sewaktu telekung tersebut diberikan oleh pengasas Munawwareen, Aliza Abu Bakar amat menyentuh hati semua yang menonton.
Kongsi Aliza dalam bahagian kapsen muat naik di Instagram tersebut, beliau jarang sekali berhadapan dengan situasi penerima remaja seperti Azura yang teruja sehinggakan menitis air mata.
“Biasanya, orang yang dah berumur je yang excited dapat telekung.
“Saya tanya kepada dia, kenapa Azura sebak? Katanya, dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki untuk membelinya.
“Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh. Kata Azura lagi, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada komuniti orang asli adalah berupa keperluan harian.
“Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif dari Munawwareen,” kata Aliza yang bersyukur dapat menjelmakan senyuman kepada penerima semuda Azura.
Beliau juga pasti Azura akan gembira memakai telekung keluaran Munawwareen itu ketika menunaikan solat.
Tonton video yang dikongsikan di bawah untuk korang selami sendiri perasaan Azura.
Sebak pulak tengok diorang ni nangis terharu dapat telekung. Memang susah zaman sekarang orang nak sedekah telekung. Insyallah pahala sedekah dapat, pahala orang tu pakai sebab melakukan solat pun insyaallah dapat. pic.twitter.com/RtA1MzgNMX
Untuk pengetahuan, jenama Munawwareen telah mengambil inisiatif mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang pada 20 April lalu. Selain set telekung, pihak mereka turut menghulurkan barangan keperluan dapur seperti beras, susu, bihun, minyak masak dan air mineral kepada 40 buah keluarga yang menetap di sana.
Inisiatif ini juga berjaya membuka mata Aliza bersama-sama kru yang lain melihat kehidupan penduduk di sebuah perkampungan Orang Ali yang majoritinya beragama Islam.
Malah, komuniti Muslim kira-kira 75 peratus daripada jumlah penuh penduduk itu juga telah menerima sekelompok kecil saudara baru Muslim.
Biarpun hanya 10 minit perjalanan dari bandar Selayang, namun kongsi mereka, komuniti ini masih kurang mendapat pendedahan mengenai Islam secara menyeluruh.
Alhamdulillah gaiss! Rezeki sememangnya tidak salah alamat; baik rezeki sang penerima seperti Azura mahupun rezeki si pemberi seperti pasukan Munawwareen yang beroleh peluang untuk berbuat amal kebajikan di bulan Ramadan ini.
Inilah satu contoh yang positif untuk kita ikuti bukan saja pada bulan Ramadan tetapi pada bulan-bulan lain sepanjang tahun, InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...