Mengapa Ethylene Oxide Merbahaya Hingga Akibatkan Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Semula?

Share

 

Peminat aiskrim jenama premium Haagen-Dazs hari ini tersentak dengan penarikan balik produk-produknya dari pasaran Eropah setelah didapati mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO). Dakwaan tersebut berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF).

Notifikasi yang sama juga menyatakan terdapat penarikan balik produk aiskrim Haagen-Dazs dari negara Perancis kerana ia mengandungi ekstrak vanila dari negara Madagascar. Bahan tersebut dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan.

Apa yang membuatkan peminat Haagen-Dazs di Malaysia gusar dengan perkhabaran ini adalah kerana aiskrim vanila ini juga diedarkan ke beberapa buah negara lain termasuklah Malaysia.

Justeru untuk menenangkan orang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan

bahawa pihaknya telahpun mengambil maklum tentang laporan tersebut sejak bulan Julai lalu lagi dan sudah mengambil tindakan sewajarnya.

Ini termasuklah memastikan syarikat yang mengimport produk aiskrim Haagen-Dazs yang mengandungi ekstrak vanila ini untuk menariknya balik di pasaran terlibat secara sukarela. Pihak KKM juga katanya masih meneruskan pemantauan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di sini.

Nah, inilah sebab mengapa bahan Ethylene Oxide (ETO) ini merbahaya kepada pembelinya.

Dalam hantaran rasmi KKM di laman web Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, ETO merujuk kepada sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

ETO juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

Apapun, tindakan awal KKM ini seharusnya menenangkan korang yang terkejut dengan laporan hari ini. Sekiranya korang masih ragu-ragu dengan produk berjenama terlibat yang dijual, korang bolelah menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan pertanyaan kepada KKM

atau di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ