Nampaknya gurauan seorang bapa saudara dengan memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin pencuci pakaian yang menjadi viral dan kutukan masyarakat menerima padah apabila dia didakwa di mahkamah hari ini.
Video ini mula tular selepas beberapa orang pekerja kedai mamak dilihat memecahkan pintu mesin cucian di sebuah kedai dobi selepas pintu berkenaan tidak boleh dibuka biarpun pelbagai usaha dilakukan sebelum pintu berkenaan dipecahkan menggunakan tukul.
Netizen yang merasakan perbuatan ini tidak boleh diterima akal mengutuk perbuatan tersebut.
Laporan dari akhbar Berita Harian menyebut, seorang lelaki yang videonya tular kerana memasukkan anak saudara lelakinya ke dalam mesin basuh dalam kejadian di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan perbuatan itu, minggu lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, yang juga penganggur itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai majistret.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memasukkan anak saudaranya yang berusia tiga tahun dalam mesin basuh di mana perbuatan itu dilakukan secara tergopoh-gopoh hingga membahayakan keselamatan kanak-kanak itu.
Ads
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kedai Dobi Laundrybar No11&11-1 Jalan Orkid 1G/2 Sek BS1 Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor jam 12.30 tengah malam, 2 Oktober lalu.
Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azhwa Yusrie Mohamad, menawarkan jaminan RM4,000 dengan penjamin.
Ads
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu tidak membuat sebarang rayuan berikutan tiada penjamin yang hadir.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan gurauan melampau bapa saudara menyebabkan kanak-kanak terbabit terperangkap hampir 10 minit dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri.
Ads
Difahamkan, tindakan lelaki itu bergurau dengan anak saudaranya tidak disedari ibu kanak-kanak terbabit yang membasuh pakaian di premis itu jam 12.30 tengah malam.
Tindakannya memasukkan kanak-kanak terbabit dalam mesin basuh mengundang padah apabila pintu mesin basuh itu tidak dapat dibuka.
Kanak-kanak itu hanya dapat diselamatkan selepas beberapa individu memecahkan cermin pintu mesin basuh selepas usaha mengeluarkannya gagal.
Video kejadian itu berdurasi dua minit 46 saat turut tersebar di media sosial, memaparkan beberapa individu cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.
So korang, ingatlah ya, kadang kala konon ingin bergurau tapi padahnya tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai yang tidak menyedari negara Turki kini sedang “bergelut” mengeluarkan diri dari krisis ekonomi yang menyaksikan mata wang lira jatuh ke tahap paling rendah iaitu RM0.59 sen untuk 1 Lira Turki. (katanya hari ini sudah naik ke RM0.80)
Mungkin kerana jauh dari Malaysia, tidak peduli, tidak prihatin, tidak melibatkan negara sendiri tetapi sebelum kita berfikir lebih jauh, ada sebab kenapa sebagai umat Islam kita harus membantu jihad ekonomi ke atas Turki.
Untuk pengetahuan korang, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdargon adalah pemimpan Islam pertama yang menempelak keputusan Donald Trump ketika Presiden Amerika itu mahu memindahkan ibu kota Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, yang merupakan hak milik Palestin.
Beliau menelefon ramai pemimpim Islam dunia lain dan berkata tindakan Amerika itu sudah melampaui batas bagi umat Islam. Kesannya umat Islam bangkit menentang keputusan ini.
Selain itu, beliau adalah pemimpin Islam yang paling berani bersuara keras dalam mengutuk serangan ganas Israel. Bahkan beliaulah satu-satunya pemimpin yang paling digeruni oleh pihak haluan kiri dan sekular kerana sikap tegas beliau untuk menegakkan nilai Islam kembali di Turki. Kesan dari keberaniannya itu, Presiden Turki ini mungkin tidak digemari oleh Amerika dan sekutunya.
Apa kaitan kejatuhan ekonomi Turki dengan Amerika? Apa jihad ekonomi kita dalam membantu negara Islam ini pula?
Untuk makluman, Amerika adalah PUNCA kepada kejatuhan ekonomi Turki. Ini kerana Amerika telah menaikkan cukai terlampau tinggi, lebih 200 peratus khususnya kepada barangan besi keluli yang menjadi nadi kepada ekonomi Turki kerana keengganan Turki memenuhi permintaan Amerika yang mahu rakyatnya dipulangkan.
Tapi ada satu hal yang patut digerunkan oleh umat Islam, jika Turki tumbang dan negaranya lumpuh, maka TUMBANGLAH BENTENG ISLAM DI NEGARA EROPAH!
Baca sebab kenapa Amerika beriya-iya hendak menumbangkan Turki. PUNCANYA hanya seorang iaitu keengganna Turki mengikut telunjuk Amerika yang mahu negara itu memulangkan seorang perisiknya yang menyamar sebagai paderi di Turki.
Baca tulisan ditulis oleh Mehmet Izusin Gul, rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Ayah dan sudah lebih 10 tahun tinggal di negara Turki.
Saksikan juga bagaimana rakyat Turki tanpa takut membakar mata wang Amerika sebagai satu sokongan. Mereka juga tidak kisah memecahkan iPhone yang dibuat dari negara Uncle Sam itu. Sebagai umat Islam, kita mungkin tidak mampu melawan menggunakan senjata tetapi doa adalah yang terbaik selain bagi yang berkemampuan, bantulah dari segi jihad ekonomi dengan membeli mata wang Lira dan simpan sebagai langkah menyelamatkan ekonomi Turki.
Video yang menerangkan sumbangan negara-negara lain untuk membantu Turki.
Berita kemangkatan ratu England, Ratu Elizabeth pada hari ini telah menjadi topik perbualan ulung seluruh dunia terutamanya di negara-negara Komanwel.
Menurut sumber, baginda mangkat pada usia 96 tahun di atas katilnya di Balmoral, Scotland pada tengah hari waktu tempatan pada Khamis.
Susulan kemangkatannya, anak sulung Ratu Elizabeth II yang juga bakal ditabalksan sebagai Raja England baharu, Putera Charles mengeluarkan kenyataan bahawa kemangkatan bondanya itu merupakan detik kesedihan paling besar buat dirinya dan semua ahli kerabat diraja England.
Putera Charles dilaporkan bersama adik perempuannya, Puteri Anne sempat berada di sisi baginda di Balmoral sebelum baginda mangkat.
Mereka berdua sudah berada di Scotland ketika tahap kesihatan bertambah lebih teruk dan dapat menemuinya tepat pada masanya sebelum kemangkatannya, kata sumber tersebut.
Dua lagi anakanda Ratu Elizabeth II, Putera Andrew dan Putera Edward, isterinya Sophie dan anak bakal Raja England kini, Putera William telahpun bergegas terbang ke Balmoral dari Berkshire melalui jet peribadi ke Aberdeen untuk melihatnya.
Mereka bagaimanapun khabarnya tidak sampai tepat pada masanya.
Sementara itu, adinda putera William, Putera Harry juga cuba sampai ke Balmoral tepat pada masa tetapi beliau hanya tiba pada pukul 8 malam waktu tempatan.
*
Ketika hayat baginda menjadi ratu, Putera Charles yang bergelar Putera Wales ialah pewaris pertama takhta diraja England.
Kini, Putera Charles kini menjadi Raja England secara automatik akan ditabalkan sebagai Raja England dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi kelmarin, selepas enam bulan berada di stesen angkasa lepas Tiangong, Xinhua. Ia sekaligus menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa lepas China.
Menurut stesen penyiaran CCTV, tiga angkasawan terbabit ialah, komander Chen Dong dan rakan sepasukan Liu Yang dan Cai Xuzhe. Mereka memantau tempoh paling penting dalam pembinaan stesen angkasa lepas China yang siap pada November lalu.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pasukan itu juga telah berada di stesen angkasa lepas Tiangong sejak awal Jun lalu. Mereka telah mendarat di tapak pendaratan Dongfeng, wilayah Inner Mongolia pukul 8.09 pagi (waktu Beijing).
Kemudian, kakitangan agensi angkasa lepas itu mengisytiharkan keseluruhan misi yang bermula pada 5 Jun lalu ‘berjaya’ dan keadaan kesihatan mereka baik, lapor stesen tersebut.
Kakitangan di tapak pendaratan itu membawa keluar satu persatu anak kapal yang kelihatan keletihan dan sejurus selepas jam 9:00 malam (waktu tempatan), ketiga-tiga angkasawan itu berjaya keluar daripada kapsul terbabit dengan selamat, lapor CCTV.
Anak kapal dengan tiga angkasawan baru China tiba di stesen angkasa lepas Rabu lalu dengan menaiki Shenzhou-15 untuk mengambil alih tempat tiga angkasawan yang pulang.
Komander tiga angkasawan misi Shenzhou-14, Chen Dong dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang serta rakan sepasukan, Cai Xuzhe diberi tugas menyelia peringkat terakhir pembinaan stesen angkasa lepas tersebut.
Sekadar informasi, Tiangong yang bermaksud ‘istana syurga’, akan beroperasi selama satu dekad dan akan mengadakan pelbagai eksperimen dalam persekitaran graviti hampir sifar.
Tiangong merupakan aset utama program angkasa lepas Beijing. China telah mendaratkan kenderaan robot penjelajah di Planet Marikh dan Bulan di samping menjadi negara ketiga menghantar manusia ke orbit ketika ia cuba mengejar pencapaian Amerika Syarikat (AS) serta Russia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...