Ini namanya cari nahas. Permainan video tidak dinafikan mampu membuatkan seseorang mampu berfikir dengan lebih cerdas kerana pemikiran akan menjadi sangat pantas dalam “pertarungan” permainan video tersebut.
Namun ia boleh membuat anda leka dan lalai kerana hanya menghabiskan masa hanya untuk itu.
Malah lebih parah apabila anda tidak boleh berhenti sekaligus mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri.
Dan jika anda tahu, banyak kes kematian yang berlaku berpunca daripada ketagihan terhadap permainan video.
Baru-baru ini seorang remaja berusia 20 tahun meninggal dunia selepas tersilap mengambil minuman ‘bahan peluntur’ ketika khusyuk bermain permainan video atas talian di telefon pintarnya.
Ads
Ketika kejadian berlaku, Saurabh Yadav berasal dari Gwalior, Madhya, India dikatakan menaiki kereta api bersama rakannya, Santosh Sharma.
Yadav pada ketika itu sedang haus terus mencapai botol minuman berhampirannya tanpa melihat kandungan minuman itu.
Ads
Menerusi sumber, dia merasakan badannya tiba-tiba panas dan terus melihat ‘air’ botol yang diminumnya itu.
Dia terkejut apabila mendapati botol minuman adalah cecair pembersih bahan peluntur.
Rakannya cuba membantunya dan meminta bantuan daripada kakitangan kereta api, namun gagal kerana kereta api itu hanya berhenti apabila tiba di destinasinya.
Ads
Akibatnya, Yadav meninggal dunia kerana mengalami keracunan melampau.
Pihak polis memberitahu, hasil siasatan mendapati, rakan mangsa membawa botol ‘bahan peluntur’ bersama kerana dia merupakan seorang tukang emas.
Jadi penulis harap kalau korang obses pun dengan permainan video tu, utamakan juga keselamatan diri okay!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam masa tiga bulan, tiga kematian penggiat seni sememangnya menggemparkan hampir seluruh rakyat Malaysia sehingga mengundang sebak orang ramai.
Anak Nora Ariffin yang juga penyanyi iaitu Alif Johan ‘pergi’ secara tiba-tiba pada Disember lalu selepas rebah di rumahnya. Manakala dua lagi meninggal dunia ketika dalam tidur iaitu pelawak popular Abam Bocey dipercayai akibat demam dan terbaru, pelakon Ashraf Sinclair akibat serangan jantung.
Menerusi laman facebook, seorang doktor yang bernama Ahmad Wazir Aiman terpanggil untuk berkongsi pengalamannya dan info mengenai sindrom Brugada iaitu kisah penyakit jantung misteri yang membunuh dalam tidur. Menurut doktor ini, perkongsian beliau hanyalah untuk pendidikan dan pendedahan tentang kewujudan penyakit ini. Beliau juga tidak mengaitkan penyakit ini dengan kematian sesiapa pun.
Ini perkongsian beliau
Menurut doktor ini, ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah doktor perubatan, beliau gemar membaca tentang penyakit-penyakit yang jarang berlaku (rare diseases). Jujurnya, saya masih gemar membaca tentang rare diseases untuk mengikuti perkembangan kajian tentang penyakit-penyakit tersebut.
Kematian akibat serangan jantung ketika tidur ini mengingatkan saya tentang satu penyakit yang disulami pelbagai misteri dan hikayat dongeng – Brugada Syndrome.
Sebelum saya teruskan, penting untuk saya tegaskan bahawa saya tidak tahu apakah punca serangan jantung arwah Ashraf Sinclair, dan jauh sekali saya ingin mengaitkan kematian arwah dengan penyakit ini. Sebaliknya, penulisan ini bertujuan sebagai pendedahan dan pendidikan tentang penyakit Brugada syndrome semata-mata. Penting untuk diingati terdapat pelbagai kemungkinan yang cukup luas untuk menjelaskan mengapa seseorang itu boleh mengalami serangan jantung.
Roh Jahat Berbentuk Wanita Gemuk
Seawal tahun 1917, kesusasteraan perubatan Filipina telah merekodkan satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu akan terjaga daripada tidur mereka secara tiba-tiba, mengerang untuk seketika sebelum akhirnya, meninggal dunia. Dalam bahasa Tagalog, ia disebut sebagai ‘Bangugot’ yang merujuk kepada roh jahat berbentuk wanita gemuk yang melemaskan mangsa mereka ketika tidur (kononnya roh ini akan menindih orang tersebut sehingga mati). Untuk sekian lama, kepercayaan ini dipegang oleh warga tempatan dan banyak pantang larang diperkenalkan untuk melindungi penduduk setempat daripada diganggu Bangugot.
Tidak terhad kepada penduduk di Filipina, hampir seluruh negara di rantau Asia ada merekodkan kewujudan kes yang sama. Di Indonesia, ia disebut sebagai ‘Digeuton’, di Thailand ia dikenali sebagai ‘Lai Tai’ dan di Jepun ia dinamakan ‘Pokkuri’. Dalam setiap negara dan komuniti yang mengalami insiden ini, terdapat pelbagai teori mistik dan kepercayaan setempat yang digunakan sebagai penjelasan.
Penduduk Rantau Asia Lebih Cenderung
Apa yang pasti, penyakit ini mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap penduduk di sekitar rantau Asia. Lebih menarik lagi, kes-kes awal yang dicatatkan di negara barat seperti Amerika Syarikat juga turut berlaku dalam kalangan penduduk berketurunan Asia. Sebagai contoh, sebanyak 81 kes terawal yang dikenal pasti di Amerika Syarikat adalah dalam kalangan warga Filipina. Selain itu, penyumbang kes tertinggi seterusnya adalah golongan warga Vietnam yang melarikan diri ketika meletusnya perang di negara asal mereka.
Usia Sekitar Pertengahan 30-an hingga awal 40-an
Keanehan kes penyakit misteri ini berjaya menarik perhatian pasangan adik-beradik pakar jantung daripada Sepanyol iaitu Pedro dan Josep Brugada (yang akhirnya memberi nama kepada penyakit ini). Apa yang menyebabkan diagnosis penyakit ini menjadi cukup mencabar adalah kerana purata usia mereka yang mati adalah sekitar usia pertengahan 30-an hingga awal 40-an dan kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang penyakit kronik yang boleh mengganggu-gugat kesihatan jantung mereka – seolah-olah ada peranan makhluk halus yang benar-benar ‘membunuh’ mereka. Lebih mencabar lagi untuk para pengkaji, penyakit berkaitan dengan struktur jantung tidak boleh diguna pakai kerana autopsi menunjukkan mereka yang mati mempunyai struktur jantung yang sempurna ataupun normal.
Apapun, moga kita semua mendapat iktibar dari perkongsian doktor ini dan diharap selepas ini sama-samalah kita mengambil berat tentang tahap kesihatan diri masing-masing. Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui kondusi tubuh badan korang.
Kontroversi melibatkan penyanyi asal lagu Bea Soba Bea, Eda Ezrin yang sedang ditahan reman di Penjara Narathiwat, Thailand tidak merencatkan perancangan komposer, Eddie Hamid untuk merakamkan semula lagu popular itu untuk versi Hari Raya.
Eddie berkata, posisi Eda itu akan digantikan denggan penyanyi dari Thailand, Deqnee Dusongnyo yang mempunyai tona suara seakan sama dengan penyanyi asalnya. Turut terlibat dalam proses rakaman tersebut ialan penyanyi lain seperti Den Manjo, Man Khan dan Rosalinda.
Mengikut perancangan awal, ia sepatutnya dirakam pada 3 November lalu. Namun disebabkan Eda ditahan polis Thailand dalam satu serbuan di Pekan Sungai Golok dua hari sebelum rakaman, ia terpaksa ditangguhkan.
Deqnee Dusongnya
Eddie, 64 yang ditemui pemberita ketika program ‘Misi Bantuan Banjir Musim Tengkujuh Untuk Nelayan Di Pesisir Pantai Sabak’ bagaimanapun tidak mengenepikan Eda Ezrin hanya disebabkan kontroversi yang melandanya sekarang.
Beliau masih menyimpan lagi ciptaan baharu untuk Eda dan memasang niat untuk merakamnya sebaik penyanyi wanita itu dibebaskan nanti.
Eda Ezrin
Kali terakhir Eddie berhubung dengan Eda adalah pada 31 Oktober 2024 untuk membincangkan lirik lagu Bea Soba Bea Raya dan Tokleh Nak Soba. Eddie juga tidak menolak peluang untuk melawatnya di lokasi tahanan pada Januari kelak.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Eda Ezrin ditahan bersama lima lagi individu selepas rampasan 6,000 pil kuda dalam satu serbuan oleh polis Thailand. Keenam-enamnya sedang ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan.
Baru-baru ini, khabar duka sekali lagi menyelubungi dunia hiburan Korea Selatan apabila The Joongang melaporkan bahawa penyanyi solo sensasi, Wheesung atau nama sebenarnya Choi Wheesung telah ditemui meninggal dunia pada usia 43 tahun di kediamannya pada 10 Mac, semalam sekitar 6.29 petang.
Menurut satu kenyataan media, pihak berkuasa segera mengambil tindakan selepas menerima laporan daripada salah seorang ahli keluarga beliau.
Buat masa ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian, namun pihak berkuasa percaya Wheesung sudah menghembuskan nafas terakhir agak lama sebelum beliau ditemui.
Dalam pada itu, agensi pengurusan pelantun yang popular menerusi lagu Insomnia itu, Ostrich Entertainment turut mengesahkan berita sedih ini melalui suatu kenyataan rasmi.
“Kami dengan berat hati ingin menyampaikan berita yang sangat menyedihkan ini. Pada 10 Mac, artis kami Wheesung telah meninggalkan kita semua. Beliau ditemui di kediamannya dalam keadaan jantung terhenti dan disahkan meninggal dunia”
“Semua artis dan staf di syarikat kami turut bersedih bersama keluarga yang ditinggalkan,” kata Ostrich Entertainment.
Mendiang Wheesung yang sebelum ini pernah bersuara mengenai keadaan kesihatan mental beliau.
“Kami juga ingin memohon agar tiada sebarang spekulasi atau penyebaran khabar angin demi menghormati keluarganya yang sedang berduka. Mohon doakan agar arwah dapat beristirahat dengan tenang,” jelas kenyataan itu lagi.
Terdahulu, Wheesung dijadualkan bakal mengadakan konsert bersama penyanyi KCM pada 15 Mac ini. Namun seribu kali sayang, pemergiannya yang mengejutkan ini telah meninggalkan kesedihan mendalam di kalangan peminat dan industri muzik Korea.
Kami di Remaja mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan semua peminat Wheesung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam suasana ekonomi kini dikaitkan dengan tekanan kewangan dan keresahan emosi, ramai individu kini berada dalam dilema mencari hala tuju baharu dalam hidup mereka.Lebih-lebih...