Bahana Terlalu ‘Syok’ Main Video Games, Remaja Melayang Nyawa Terminum Bahan Peluntur

Share

Ini namanya cari nahas. Permainan video tidak dinafikan mampu membuatkan seseorang mampu berfikir dengan lebih cerdas kerana pemikiran akan menjadi sangat pantas dalam “pertarungan” permainan video tersebut.

Namun ia boleh membuat anda leka dan lalai kerana hanya menghabiskan masa hanya untuk itu.

Malah lebih parah apabila anda tidak boleh berhenti sekaligus mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri.

Dan jika anda tahu, banyak kes kematian yang berlaku berpunca daripada ketagihan terhadap permainan video.

Baru-baru ini seorang remaja berusia 20 tahun meninggal dunia selepas tersilap mengambil minuman ‘bahan peluntur’ ketika khusyuk bermain permainan video atas talian di telefon pintarnya.

Ketika kejadian berlaku, Saurabh Yadav berasal dari Gwalior, Madhya, India dikatakan menaiki kereta api bersama rakannya, Santosh Sharma.

Yadav pada ketika itu sedang haus terus mencapai botol minuman berhampirannya tanpa melihat kandungan minuman itu.

Menerusi sumber, dia merasakan badannya tiba-tiba panas dan terus melihat ‘air’ botol yang diminumnya itu.

Dia terkejut apabila mendapati botol minuman adalah cecair pembersih bahan peluntur.

Rakannya cuba membantunya dan meminta bantuan daripada kakitangan kereta api, namun gagal kerana kereta api itu hanya berhenti apabila tiba di destinasinya.

Akibatnya, Yadav meninggal dunia kerana mengalami keracunan melampau.

Pihak polis memberitahu, hasil siasatan mendapati, rakan mangsa membawa botol ‘bahan peluntur’ bersama kerana dia merupakan seorang tukang emas.

Jadi penulis harap kalau korang obses pun dengan permainan video tu, utamakan juga keselamatan diri okay!

Sumber : Astro Awani

Published by
Ruziana Zainal