Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia.
Sejak menemui orang ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf ini telah pun memasuki edisi kesembilannya pada tahun ini.
Sesi pemilihan bermula pada bulan April lepas sebanyak tiga peringkat ujibakat dijalankan dan hanya 20 orang yang terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2017.
Belum pun program ini bersiaran di kaca TV, rata-rata daripada finalis telah pun mempunyai pengikut yang kuat di media sosial. Ada juga di antara mereka yang sudah ada fans club sendiri.
Tidak hanya bersiaran di televisyen, kesemua finalis telah pun melakukan banyak aktiviti sebelum ini. Penilaian pemenang dibuat berdasarkan setiap task yang diberikan sama ada secara on ground atau pun online.
Selain itu, undian secara talian juga dibuka bagi memberi peluang buat penyokong mengundi calon favourite mereka. Undian boleh dilakukan di http://www.remaja.my/vote/. Setiap hari, satu vote.
Agak-agaknya apakah cabaran yang akan diberikan kepada nanti? Adakah hanya diuji berdasarkan kekuatan fizikal semata atau mungkin juga akan dinilai daripada segi IQ mereka?
Nah, kami tidak mahu cerita lebih lanjut tentang mereka, apa kata anda saksikan sendiri aksi finalis-finalis Hero Remaja 2017 ini pada episod pertama malam ini dan akan bersiaran setiap Khamis di Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam.
Siapa yang bakal menggantikan takhta Fattah Amin? Tungguuuu…
https://www.youtube.com/watch?v=oe5jkAyGwC0
“Patutlah Aku Kena ‘Try’ Hero Remaja 4 Kali….” – Amir Ahnaf Kongsi Perasaan Bergelar Juri Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Amir Ahnaf, REMAJA
Cepat Sangat Dapat Job, Pemenang Tempat Ketiga Meerqeen Guna “Cable”?
Rupa sudah ala pelakon Korea, telatahnya pun memang selalu mencuit hati.
Tidak hairanlah apabila Meerqeen berjaya menarik perhatian juri di malam finale Hero Remaja 2020; sekaligus dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga secara keseluruhannya.
Bagi korang yang telah mengikuti program Hero Remaja sedari awal lagi, pasti korang sedar akan peningkatan yang ditunjukkan oleh remaja berusia 19 tahun ini dari satu episod ke episod seterusnya.
Ya, karakter Meerqeen yang easy-going memudahkan dirinya untuk pantas disenangi oleh peminat Hero Remaja 2020. Namun, peningkatan dari segi skil dan potensi yang ada pada dirinya juga tidak boleh kita pertikaikan.
Ditanya mengenai perasaan sebagai pemenang tempat ketiga, ini jawapannya.
” Meerqeen tak sedih berada di tempat ketiga kerana dari awal, meerqeen tak letak harapan yang terlalu menggunung pada malam tersebut. Nadhir jelas berhak menjuarai Hero Remaja 2020 kerana ciri-ciri ‘champion’ ada dalam dirinya.
meerqeen sudah cukup bersyukur apabila mula dikenali selepas menyertai Hero Remaja dan ia amat membantu untuk karier meerqeen juga.”
Sebagai pemenang tempat ketiga, Meerqeen membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan selempang.
Berbakat Besar
Tidak terbatas dengan bakat nyanyian semulajadi yang ‘diwarisi’ daripada keluarganya, anak saudara kepada penyanyi Safura Ya’cob dari sebelah ibu ini juga telah perlahan-lahan memperbaiki seni lakonan dan peragaan.
Baru-baru ini, pemilik nama Shameer Shauqeen ini telah terpilih membintangi telefilem berjudul ‘Kelaster’ yang bakal ditayangkan di Astro First.
Menceritakan tentang dua orang pelajar yang terkandas di kampus gara-gara wabak COVID-19 yang merebak, berlakulah pelbagai insiden yang tidak diingini. Drama yang bergenre komedi seram ini turut dibintangi oleh Achey dan pelakon serba boleh, Nora Danish.
Tapi yang kurang manisnya, ada kata-kata nakal yang mengatakan dia mendapat peluang itu atas faktor ‘cable’ ahli keluarganya.
Ish, dia pergi casting tau!
“Meerqeen lakukan semua ini hasil usaha sendiri. Tak pernah ‘cucuk’ sesiapa untuk dapatkan job. Jadi saya tak hiraukan jika ada yang berpendapat kononnya saya gunakan cable kerana saya lebih tahu momen struggle saya sendiri.
“Sejak berusia 16 tahun, saya sudah tanamkan impian untuk sertai bidang seni. Tiga tahun saya cuba nasib sehingga ke hari ini. Akhirnya ada hasil pertama setelah menyertai Hero Remaja 2020.
”Saya sedar perjalanan saya masih panjang, masih banyak ilmu yang perlu saya kaut and I am eager to learn.”
Ditanya mengenai soalan PSA yang diterimanya semasa malam finale 16 Julai lalu, Meerqeen merasakan sedikit terkejut dan kaku bila diajukan soalan tersebut.
“Terkejut kerana dalam banyak-banyak soalan, soalan itu yang saya terima. Meetqeen memilih bunga matahari kerana kelebihan ketinggian yang ia ada berbanding bunga-bunga lain dan warnanya yang menarik perhatian. Jadi Meerqeen samakan karakter diri yang orang kata mudah didekati dan ramah (ketawa) – orang katakah kan, dengan bunga matahari.”
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Meerqeen atas kejayaannya ini.
“Terima kasih kepada mak ayah, penyokong yang banyak memberi semangat untuk meneruskan cabaran sepanjang Hero Remaja 2020z
“Meerqeen juga ingin berterima kasih kepada pihak Ideaktiv dan Astro kerana merekalah yang percaya kepada potensi diri saya. Terima kasih kepada pihak produksi , rakan-rakan finalis Hero Remaja 2020 dan semua yang membantu perjalanan Meerqeen dalam pertandingan.”
Untuk pengetahuan, 5 orang finalis telah diadili oleh Dato’ Hans Issac dan Scha Alyahya selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan. Pentas akhir Hero Remaja 2020 telah dihoskan oleh Ain Edruce dan Awal Ashaari.
“Good Looks Can Get You Somewhere, But…”, Scha Alyahya Pesan Ini Kepada Hero Remaja 2020
Scha Alyahya, nama yang tidak asing lagi dalam keluarga pencarian Dewi Remaja dan Hero Remaja.
Selaku salah seorang mentor dan juri tetap di meja panel, Scha diberikan tanggungjawab untuk mengadili 12 orang para finalis Hero Remaja 2020 selama lebih 7 bulan ia berlangsung.
Tatkala ditemui pada malam finale, Khamis lalu, Scha menzahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan kemenangan Nadhir Nasar sebagai Hero Remaja pada edisi kesepuluh ini dan bangga dengan prestasi kesemua 12 finalis yang bertanding.
Sejak peringkat ujibakat lagi, Scha sudah terang-terangan menyatakan bahawa rupa paras bukanlah kayu pengukur dalam pencarian seperti ini. Kesemua yang terpilih pun mempunyai kelebihan rupa paras.
Akhirnya, semua berbalik kepada potensi, bakat, keinginan dan kebolehan peserta yang diambil kira. Juara Dewi Remaja 2005/06 itu mengucapkan tahniah kepada Nadhir Nasar sejurus ditemui penulis selepas siaran langsung itu berakhir.
“Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan bersama finalis Hero Remaja 2020. Scha sangat-sangat happy dengan keputusan malam ini.
”Untuk makluman semua, pemarkahan dikira 30 peratus daripada apa yang mereka telah kecapi sepanjang 7 episod Hero Remaja 2020. Yang pentingnya adalah 70 peratus markah yang dikutip pada malam ini mengikut pretasi masing-masing,” jelasnya
Kesemua finalis bagi Scha telah memberikan prestasi yang bagus. Jika tak, tak adalah mereka di gelanggang akhir. Namun, adat pertandingan; finalis yang lebih outstanding, berpotensi dan paling bersedia untuk menghadapi cabaran industri seni punya kelebihan sebagai juara.
“Secara jujurnya, kami ada beberapa nama pilihan yang kita ‘target’ untuk menjadi juara, bukan hanya Nadhir saja. Tetapi seperti yang kita tonton tadi (malam Khamis), rezeki berpihak kepada Nadhir.
“He really is confident and calm tonight. Nadhir nampak begitu selesa dan yakin walaupun peserta lain memberikan tentangan yang hebat terutamanya dari Umar Hisham (Naib Juara). Cuma mungkin dari segu permarkahan 7 minggu sebelum ini, Nadhir berada lebih hadapan dengan kelebihan tersebut.”
Mentor dan juri tetap Hero Remaja ini sempat menitip nasihat untuk kesemua 12 orang finalis dan ia menjurus kepada cara mereka membawa diri selepas ini.
“Sepanjang berada dalam industri ini, Scha boleh rangkumkan bahawa looks can get you somewhere. Memang betul.
“Tapi apa yang boleh kekalkan anda dalam industri ialah intregriti.”
“Sama ada seseorang itu ada substance atau tidak, orang kagum dengan awak ke tidak. Macam mana anda membawa diri, macam mana ingin kembangkan diri dalam industri. Ini yang akan menentukan sama ada anda bertahan lama atau hilang begitu saja.
”Anda tidak boleh terlalu selesa. Jangan berhenti perbaiki diri, biarkan diri berevolusi selari dengan masa.
“Apapun, Scha sangat berpuas hati dan berbangga dengan prestasi edisi Hero Remaja 2020 kali ini. Tahniah kepada penganjur Majalah Remaja dan pasukan produksi,” akhiri beliau.