Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan masyarakat di Malaysia kini lebih gemar menonton drama Korea, khususnya bagi anak-anak muda.
Bukan hanya kerana para pelakon mempunyai raut wajah yang kacak dan menawan, ia juga adalah disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan banyak teladan yang diperoleh menerusi hasil karya drama atau filem mereka.
Namun begitu, isu ini dibangkitkan dalam Parlimen apabila Senator Mohd Apandi Mohamad menegaskan bahawa pengaruh drama Korea menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.
Beliau berkata, kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja adalah kerana terdorong dengan pengaruh k-drama. Ini kerana, katanya ada drama Korea mempunyai elemen bunuh diri apabila gagal dalam hidup.
“Setuju atau tidak, maknanya bila gagal… bunuh diri, gagal… bunuh diri. Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini,” katanya.
Ads
Walau bagaimanapun, berita yang telah dikongsi oleh Harian Metro ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dan bersikap sarkastik dengan kenyataan itu.
Ads
Ads
Sebenarnya ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Jangan hanya sewenang-wenangnya menunding jari jika tidak dapat mengemukakan kajian yang telah dibuat terlebih dahulu.
Kemenangan dramatik Harimau Malaya ke atas lawan seantero, Indonesia di Jakarta pada malam ini mencatatkan satu lagi detik bersejarah dalam kalendar bola sepak negara.
Boleh dikatakan, setiap kali Malaysia bertandang ke negara jiran itu untuk perlawanan bola sepak, pasti akan ada satu semangat magikal yang ditiup ke dalam diri pemain Malaysia. Seakan-akan maruah negara yang sebolehnya tidak mahu tunduk kepada Indonesia.
Malam ini, sejarah itu berulang semula apabila Malaysia membuat comeback penuh bergaya setiap kali Indonesia menjaringkan gol menerusi Beto Goncalves. Satu gol oleh Sumareh dan Syafiq Ahmad mengikat Indonesia, sebelum jaringan kemenangan Malaysia diperolehi pada masa tambahan melalui Sumareh.
Pada saat itu, penyokong di tanah air tak dapat menahan kegembiraan. Tapi lain pula penyokong negara yang berada di stadium Gelora Bung Karno.
Walaupun Ultras Malaya bersemangat memberikan sokongan sehingga ke saat-saat akhir, namun pengalaman mereka di sana pada malam ini dicemari oleh kekasaran penyokong tuan rumah sendiri.
Seakan sudah dijangka sejak awal, penyokong Malaysia mengambil keputusan untuk sentiasa dalam keadaan berhati-hati sedari masuk ke stadium pada petang tadi sehinggalah semasa menyaksikan perlawanan.
Sebaik saja gol kedua Malaysia diperoleh, penyokong Indonesia dilaporkan sudah memulakan tindakan provokasi.
Paparan placard kasar berbunyi, “F*** You Losers” terang-terangan menunjukkan tanda-tanda tidak berpuas hati.
Bukan itu saja, nyalaan air suar (flare) mengakibatkan sesetengah penyokong (kedua-dua negara) sesak nafas sehingga perlu diusung keluar, seperti yang dapat disaksikan dalam video yang dikongsi ini.
Bagaikan trend pula mereka mempermainkan agama tanpa rasa bersalah atau malu.
Baru-baru ini, jenama terkemuka Not A Man’s Dream menjadi kontroversi kerana koleksinya yang dipamerkan di Festival Fesyen Melbourne menyinggung perasaan orang Islam dan Kristian terutamanya. Jenama itu mendapat kecaman selepas menggunakan nama Tuhan sebagai motif utama dalam koleksinya.
Dalam foto yang viral itu, tulisan itu hadir dalam pakaian putih yang nipis dengan menampakkan tubuh. Sementara itu, dalam foto lain, nama Tuhan juga dilihat digunakan sebagai motif untuk gasing, balaclava, skirt, dan juga stoking. Selain daripada ‘Allah’, terdapat tulisan Arab lain yang berbunyi ‘Allah berjalan bersamaku’
Pertunjukan fesyen jenama wanita yang membawa konsep androgynous ini mengundang kecaman netizen. Ini malah mendapat respons daripada Agensi Imam Kebangsaan Australia, Bilal Rauf, yang mengatakan pakaian itu menyinggung banyak agama, bukan hanya Islam.
“Penggunaan perkataan dan simbol agama harus digunakan dengan penuh hormat. Malangnya, baru-baru ini terdapat peningkatan dalam penggunaan simbol suci dan perkataan remeh. Allah ditakrifkan sebagai Tuhan dalam bahasa Arab, digunakan untuk orang Kristian dan Muslim berbahasa Arab. Adalah tidak wajar untuk perkataan seperti itu digunakan dengan cara yang tidak sopan dan tidak hormat, seperti yang berlaku di Festival Fesyen Melbourne,” kata Bilal.
Dapat Perhatian Model Muslim
Selain pemimpin agama, reka bentuk kontroversi itu turut mendapat perhatian model Muslim, salah seorang daripadanya ialah Mona Khalifa. “Saya tidak dapat menahan marah saya. Saya tidak tahan lagi. Lihat sahaja bagaimana model itu berpakaian. Dia berbogel sepenuhnya, dia tidak memakai coli pun. Pakaiannya lutsinar, lutsinar, terdapat tulisan Allah di seluruh tubuhnya,” kata Mona dalam videonya, yang tular di TikTok.
Not A Man’s Dream sendiri sedar akan pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada mereka. Pereka, Samantha Saint James, telah mengeluarkan permohonan maaf. Dia mengakui baru menyedari rekaannya itu adalah satu kesilapan dan mengakui tidak berniat menghina agama.
“Itu adalah bertentangan dengan niat saya dan untuk itu, saya benar-benar minta maaf,”
Festival Fesyen Melbourne juga telah memohon maaf dan mengalih keluar foto itu daripada media sosial. “Pesta kami tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang dilakukan,” kata festival itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebaik saja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan keluar pada hari Isnin lalu, ramai pelancong domestik yang berkunjung ke Pulau Langkawi serta-merta bersiap sedia untuk pulang ke ibu kota sebelum terlambat.
Nampaknya, perniagaan industri pelancongan di pulau popular itu yang baru saja ingin menarik nafas lega terpaksa kembali bergelut setelah pengunjung beransur pulang dan tiada kemasukan pengunjung dari negeri-negeri berstatus PKP baharu buat sementara waktu.
Lebih malang lagi nasib sebuah pusat penginapan terkenal di sana iaitu The Andaman Resort Langkawi apabila ia dikejutkan dengan insiden kebakaran yang melanda sebahagian bangunan hotel tersebut terutamanya bahagian dapurnya.
Kejadian tersebut dilaporkan bermula kira-kira jam 4.04 petang semalam dan hanya sepenuhnya dapat dipadamkan pada tengah hari tadi. Tempoh masa yang agak lama diambil itu adalah disebabkan oleh api yang kembali marak untuk kali kedua pada tengah malam di kawasan yang sama.
Menurut Jabatan Kebakaran & Penyelamat Kedah, besar kemungkinan kehadiran angin yang bertiup kuat membuat api marak semula.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Andaman Resort, pihak pengurusan telahpun mengosongkan bangunan hotel, manakala pengunjung yang menetap di situ telah dipindahkan ke sebuah lagi pusat penginapan di bawah rangkaian kumpulan hotel mereka di Pulau Langkawi.
“Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan keselamatan kesemua pengunjung dan mereka yang berada di sini. Kami sedang bekerjasama bersama jabatan kebakaran untuk mengetahui punca kebakaran. Buat masa ini, kami masih belum dapat memberikan sebarang maklumat memandangkan kes ini masih dalam siasatan.
*
Untuk pengetahuan, The Andaman, Luxury Collection Resort merupakan pusat penginapan premium yang terletak di antara kawasan hutan terpelihara dan laut Andaman. Ia mempunyai sejumlah 178 buah bilik penginapan dan beberapa suites mewah yang memelihara stail serta seni bina kontemporari Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...