Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia apabila seawal pagi mereka akan menikmati minuman manis seperti kopi ketika bersarapan. Mungkin bukan semua, tetapi kebanyakkannya memang akan order teh tarik, milo ais atau pun nescafe ais sekiranya makan di kedai kan?
ARTIKEL BERKAITAN : Dietitian Kongsi Kandungan Kalori & Gula Dalam Minuman 3 In 1, Pilih Dulu Sebelum Minum
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengakibatkan risiko obesiti, kencing manis dan seterusnya boleh terkena penyakit jantung. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar pengambilan gula dihadkan sekitar 50 gram sehari untuk dewasa dan ia meliputi sumber daripada makanan, minuman, kudapan ringan, gula-gula serta ais krim.
Tapi korang tahu tak, sebenarnya pengambilan gula yang berlebihan juga mampu meningkatkan risiko kanser?
Selama ini terdapat banyak kajian yang mengaitkan gula dengan pelbagai penyakit lain seperti diabetes. Tetapi menerusi kajian terkini oleh American Cancer Society mendapati mereka yang mengambil dua atau lebih minuman bergula sehari mempunyai risiko lebih tinggi meninggal dunia akibat kanser berbanding mereka yang tidak minum air bergula.
Peningkatan risiko mendapat kanser seperti gastrointestinal, payudara pasca menopaus, endometrial dan ginjal. Ia berkait rapat dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi kerana pengambilan minuman bergula.
Kajian terdiri daripada lebih 900,000 peserta yang disoal mengenai pengambilan gula pada tahun 1982 dan pada tahun 2016 sebanyak 135,093 peserta telah meninggal dunia akibat kanser. Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara pengambilan minuman bergula yang menjurus kepada peningkatan BMI sehingga akhirnya mengakibatkan kanser.
Kesimpulannya, tak salah kalau ingin merasa, namun kesihatan tu adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Jaga kesihatan untuk kehidupan yang berkualiti.
Sumber : 1
BACA : Dietitian Kongsi Kandungan Kalori & Gula Dalam Minuman 3 In 1, Pilih Dulu Sebelum Minum
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.