Bahaya Air Tenaga, Remaja Perempuan Alami Sakit Jantung Dan Tak Sedarkan Diri

Share

Sering kali kita melihat individu mengambil minuman bertenaga. Alasannya bagi mengembalikan kesegaran tubuh akibat rasa letih dan tenaga yang sudah dikeluarkan selepas melakukan aktiviti.

Tanpa mengetahui apa ada di sebalik minuman diambil, ramai yang main sebat minum tanpa ketahui apa risiko kepada kesihatan diri.

Foto Kredit: Protein Value

Seorang remaja perempuan di Switzerland telah dimasukkan ke hospital pada 15 September dan telah berkongsikan keadaannya itu di TikTok, lapor Daily Star yang berpunca dari ketagih meminum air minuman tenaga sehingga 12 tin sehari.

Mascha K yang berusia 17 tahun ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri di sekolahnya selepas mengalami sakit jantung.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya, dia menunjukkan keadaan dirinya yang terbaring di katil hospital dan memaparkan beberapa gambar tin minuman tenaga dengan kapsyen “Jangan minum terlalu banyak”.

(Foto : TikTok)

Laman berita Blick pula melaporkan bahawa remaja itu memberitahu para doktor bahawa dia sering minum sebanyak dua dozen minuman tenaga setiap hari. Doktor kemudian menjelaskan bahawa ketagihannya itu telah menyebabkannya dimasukkan ke hospital.

Dalam pada itu, Mascha juga mengatakan dia mula minum minuman tenaga dalam jumlah yang banyak ketika dia mula bekerja.

MENGAPAKAH MINUMAN TENAGA MEMBERI RISIKO KEPADA KESIHATAN?

Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.

Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, “minuman tenaga” mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula! Gula yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain seperti kencing manis.

Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,

Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.

APAKAH YANG DI CADANGKAN OLEH PENGKAJI?

Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .

✅ Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan

✅ Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja

✅ Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenal pasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”

✅ Mengawal pengiklanan “minuman tenaga”

KESIMPULAN

Peningkatan pengambilan Minuman Tenaga di kalangan masyarakat telah melahirkan kebimbangan di kalangan pengkaji dan komuniti saintifik.

Walaupun lebih banyak kajian di perlukan untuk membuktikan bahaya minuman tenaga kepada kesihatan, masyarakat di sarankan untuk mengawal pengambilan dan mengelakkan pengambilan berlebihan.

Kanak kanak dan remaja perlu di CEGAH dari mengambil minuman ini.

Sebenarnya, nak minum tak salah janji jangan jadi ketagihan dan berpada-pada.

Sumber: Daily Star, https://www.nhs.uk/…/fo…/warnings-issued-over-energy-drinks/,
http://www.euro.who.int/…/energy-drinks-cause-concern-for-h…, 
https://www.popsci.com/energy-drinks-caffeine-blood-vessel

Published by
Nana