Berita berkenaan dengan kisah dua tahun lepas apabila lapan orang remaja yang menunggang basikal lajak meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta daripada belakang kembali berbangkit setelah keputusan mahkamah melepaskan tertuduh.
Selepas mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh pada waktu malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak tersebut, gadis tersebut dilepaskan dan wang jaminan serta lesen memandunya juga dikembalikan serta merta.
Isu basikal lajak ini bukan lagi sesuatu yang baru, malah ia perlu ditangani dengan komprehensif oleh semua pihak. Walaupun pelbagai operasi telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia, namun ia seakan tidak memberi ketakutan kepada remaja tentang aktiviti berbahaya ini.
Ads
Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab haruslah menanamkan sikap kesedaran dalam diri untuk kebaikan bersama.
Perlu korang tahu, basikal yang di modified adalah sangat bahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Kedudukan yang tidak ergonomic ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Ads
Berikut adalah antara bahaya basikal lajak yang telah dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk peringatan bersama.
Ads
Kecederaan otot/tulang belakang kerana postur kerusi yang tinggi dan badan perlu membongkok pada kadar yang lama
Kecederaan lutut kerana dalam keadaan basikal rendah dan kedudukan yang membongkok memerlukan tenaga dan daya yang tinggi menyebabkan masalah koyak lutut
Kecederaan di tangan/badan yang menyerap getaran daripada basikal yang diubah suai
Risiko kecederaan kepala jika tidak memakai helmet
Semua pihak sama ada pihak berkuasa, ibu bapa, sekolah, kejiranan dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memantau kegiatan remaja di sekeliling mereka. Lebih membimbangkan lagi jika ianya membabitkan kehilangan nyawa.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend aktif di gym bukan hanya ‘penyakit’ orang laki-laki saja sebab sekarang ni kaum wanita pun tak mahu kalah.
Mungkin kerana punya target ‘body goals’ bak Kim Kardashian menjadikan mereka lebih gigih dan bersemangat menghabiskan masa di gym.
Tapi jangan salah faham. Tak semua perempuan yang pergi gym sebab nak badan cantik. Ada juga yang lebih mementingkan kesihatan dan sekadar nak menjalani gaya hidup sihat.
Daripada berpelesiran tak tentu hala dekat luar sana tu, adalah lebih baik kalau masa tu diisi dengan melakukan aktiviti-aktiviti sihat. Betul tak?
Bagi nak motivate korang untuk rajin ke gym, Remaja nak share kan beberapa selebriti perempuan yang kaki gym dan sering melakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan.
Walaupun tak semua berkongsi gambar di laman Instagram mereka, tapi kita boleh lihat ada yang update aktiviti di IG stories atau setidak-tidaknya kita memang tahu bahawa selebriti-selebriti ini mengamalkan gaya hidup sihat.
Jom kita lihat senarai yang kami ada sepanjang mengikuti mereka di Instagram.
1. Sharifah Sakinah
2. Fazura
3. Kilafairy
4. Atilia Haron
5. Ainul Aishah
6. Lisa Surihani
7. Dynas
8. Scha Alyahya
9. Yasmin Hani
10. Adeline Tsen
Semua perempuan nak nampak cantik, tapi kalau tak ada usaha macam mana korang nak jadi cantik kan?
Apa-apa pun cantik tu jatuh nombor dua, yang penting kalau kita rajin workout, kesihatan pun bertambah baik. Kalau luar dalam cantik, baru puas hati.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemuzik dan YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Daud Kim telah mencuri perhatian ramai apabila mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.
Bukan pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Daud Kim memberitahu dia mahu mendekatkan diri kepada yang Maha Esa selain menyifatkan Islam adalah agama yang selama ini dicarinya. Justeru, dia berasa sangat bersyukur terpilih diberi hidayah daripada-Nya.
“Saya jejakkan ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya. Sangat menenangkan jiwa dan suci. Sebelum ini, kehidupan saya sangat teruk. Saya ingatkan diri ini orang yang paling tidak bertuah dalam dunia.
“Jadi, saya mencari-cari jalan kebenaran dan sentiasa cari jawapan sebenar. Saya akhirnya sedar, saya bukan keseorangan. Seseorang berada di samping saya membawa saya ke jalan benar. Saya dah sedar kewujudan Allah SWT. Islam beri saya jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di minda selama ini,” katanya.
Dalam pada itu, dia menitipkan harapan agar dirinya dapat terus kekal terus istiqamah menjadi muslim yang sentiasa diredai Allah dalam perjalanan perubahan kerohaniannnya.
“Jawapan mengapa saya dicipta, mengapa saya hidup. Dan akhirnya nanti, ke mana saya akan pergi selepas mati. Saya masih buat dosa (silap) namun sekarang, saya seorang Muslim.
“Saya tidak akan berputus asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Iman saya tidak akan pernah berubah, Insya-Allah. Semoga ampunkan segala dosa saya dan bimbing saya ke jalan yang benar.
“Doa saya buat mereka yang memerlukan bantuan. Moga Allah SWT berkati hidup semua umat Islam. Sehingga kita berjumpa nanti di Jannah,” coretnya panjang menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Bagi yang mengikuti perkembangannya, Daud Kim dilihat aktif berkongsi perjalanan perubahannya menerusi platform media sosial selepas pulang daripada menunaikan umrah buat pertama kali pada bulan April tahun lalu.
Terdahulu, youtuber itu pernah dihimpit kontroversi apabila dirinya mengaku menggunakan nama Islam untuk meraih populariti di media sosial. Bagaimanapun, Daud telah membuat permohonan maaf secara terbuka seluruh dunia kerana mempermainkan Islam demi keseronokannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiga tahun telah berlalu sejak Gantung The Series ditayangkan menerusi platform penstriman atas talian.
Begitupun, pengaruh dan populariti novel Gantung yang diadaptasi menjadi sebuah drama bersiri 16 episod kekal di ingatan serta hati semua pembaca serta penontonnya.
Bagi kelompok peminat setia Gantung, keinginan untuk menonton sekuel bagi siri ini tentulah ada. Begitu juga semangat buat pasukan produksinya yang tercari-cari momen terbaik untuk meneruskan jalan cerita menerusi pembikinan filem Gantung The Movie pula.
Bercakap di sesi Facebook Live Reunion dengan para pelakon Gantung seperti Randy Pangalila, Ikmal Amry, Brandon Salim, Mentari De Marelle, Hafreez Adam dan Gita Sucia bersama-sama orang penting di belakang tabir iaitu Shamyl Othman serta Susan Lankester, penulis novel Gantung iaitu Nadia Khan menyifatkan sokongan peminatlah yang terus membakar semangat mereka bagi menjayakan projek ini.
“Alhamdulillah. Selepas beberapa tahun berlalu, peminat novel dan siri Gantung masih terus setia menyokong karya ini. Jadi, reunion pada hari ini adalah untuk semua peminat yang pastinya gembira dapat melihat para pelakon Gantung kembali bersama.
“Peminatlah yang memastikan Gantung kekal relevan dan dibincangkan di semua platform media sosial. Oleh itu, doakan segalanya berjalan lancar buat kami semua dari team Gantung,” ujarnya pada sesi tersebut.
BANYAK perkara-perkara menarik yang sempat dibincangkan. Malah, ada juga poin-poin penting yang akan membuatkan korang tersenyum mengetahui.
Lets see some of the scoops we gained from this reunion.
.
Bilakah Penggambaran Gantung The Movie Akan Bermula?
“Semuanya bergantung kepada keadaan semasa kerana sekarang kita semua masih dalam era pandemik COVID-19. Jadi pertama sekali, kita perlu memastikan semua pihak dalam keadaan yang selamat untuk kita menjalankan penggambaran.”
Adakah Jalan Cerita Lebih Serius?
“Menerusi pembikinan filem ini, saya rasa kita (penonton) sudah bersedia untuk membincangkan isu-isu penting yang memerlukan kesedaran di kalangan remaja.”
Kongsikan Sesuatu Yang Istimewa Tentang Gantung The Movie
“Kita sedang dalam proses rakaman runut bunyi original bagi filem ini. Dan siapa tahu jika ada di antara pelakon filem Gantung akan menyanyikannya.”
And What Else.. *Come On Nadia & Shamyl*
“Selain itu, ada beberapa babak menarik yang kami sedang rancang. Kami juga akan menambah lebih banyak babak di luar set sekolah kerana akan ada beberapa acara istimewa sepanjang filem ini. So we will get to dress them up a little bit and that will be really fun.”
Adakah Akan Ada Watak Baharu?
“Masih ada beberapa karakter dalam filem ini yang masih belum ditemukan dengan pelakon yang sesuai. Watak-watak utama yang ditonton dalam siri terdahulu akan kembali. Dan kita juga akan melihat beberapa watak cameo tapi belum waktunya lagi untuk kami dedahkan siapa.
Rindu Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang
“Bercakap mengenai lokasi penggambaran di sekolah, pihak produksi sedang cuba untuk mendapatkan lokasi yang sama demi mengekalkan visual jalan ceritanya.
Bagaimana Proses Pelakon Dari Indonesia Untuk Ke Malaysia?
“Sebaik saja para pelakon ditempatkan di ruang kuarantin selama tujuh hari (besar kemungkinan hanya untuk pelakon dari Indonesia seperti Randy Pangalila, Brandon Salim, Mentari De Marelle dan Gita Sucia), produksi akan mempelbagaikan aktiviti agar mereka tidak merasa bosan dan terus produktif. Malah, sesi pembacaan skrip juga akan dilakukan semasa kuarantin.”
*
Fuhh, banyak juga ‘rahsia’ menarik yang dikongsikan oleh Nadia dan Shamyl sepanjang lebih dua jam mereka bertemu secara virtual di Facebook pada hari ini.
Excited? We know we already are!
Sebelum mengakhiri sesi berkenaan, Nadia mewakili para pelakon dan produksi Gantung telah berterima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan reunion pada hari ini.
“Saya tahu kita sudah lama menantikan projek ini untuk diteruskan. Penantian itu ternyata adalah satu penyiksaan; bukan saja buat penonton tetapi juga kepada kami yang terlibat dalam pembikinan filem ini.
“Tapi kami tetap bersemangat meneruskan produksi ini demi memastikan peminat mendapat buah tangan dari kita semua. Gantung The Movie adalah sebuah filem yang mendapat dana sepenuhnya daripada orang ramai.
“Oleh itu, paling kurang yang boleh kami janjikan buat peminat Gantung adalah untuk melakukan yang terbaik demi kepuasan tontonan mereka,” simpulnya dalam sesi live tersebut.
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras banggakan Malaysia.Rangkul dua anugerah emas dalam pertandingan koir...