Sekarang musim durian! Sana sini kedapatan penjual menjual malah harga juga semakin rendah berbanding di awal-awal musim luruhnya. Namun di sebalik keenakan orang ramai menikmati durian sama ada durian kahwin mahupun kampung, awas kepada individu yang berhadapan dengan masalah mencuci buah pinggang kerana jika makan berlebihan, anda berisiko maut kerana kandungan pottasiumnya melonjak tinggi walau hanya sebiji.
Di fb Medical Mythbusters Malaysia, Pakar Bius Dr Nurilyani Bujang berkongsi detik cemas kisah seorang pesakit dialysis yang tinggal nyawa-nyawa ikan selepas makan sebiji durian musang king. Ini kerana bacaan darahnya naik dari sepatutnya.
Ini perkongsiannya.
Tolong doktor! Tolong!!!!!
Seorang lelaki tercungap-cungap keluar dari kereta di hadapan pintu Jabatan Kecemasan. Kelihatan seorang wanita nyawa nyawa ikan di dalam kereta. Wanita itu dikeluarkan dari kereta oleh abang-abang MA serta anak pesakit.
Loceng zon merah terus berbunyi keras.
Kring!!!!!!!!!
Wanita tadi disorong masuk. Segala alat resusitasi dan wayar wayar cepat berselirat di badan pesakit. Bantuan pernafasan terus diberikan. Sementara itu, sejarah pesakit mula diambil.
'Mak ada sakit buah pinggang. Dah tiga tahun dialysis. Kali terakhir dialisis petang semalam. Dua tiga hari lepas, mak merengek nak durian musang king. Macam orang mengidam mengandung sulung.
Saya belikan 3 biji untuk satu keluarga makan, tapi dia melantak sampai sebiji seorang diri. Bila kita tegur dia mencemek muka' 'Lepas makan durian beberapa jam terus dia kata sesak nafas dan kemudiannya tak sedar diri'.
Tak lain mesti durian punya angkara!!!
Setelah bacaan darah dan pemeriksaan lanjut, telahan itu amat tepat Potassium 8 (sedangkan nilai yng normal 3-5-4.5). Garam ini terlalu tinggi hingga membuatkan rentak jantung pesakit menjadi perlahan dan bercelaru. Wanita tersebut kemudiannya di masukkan ke ICU untuk emergency dialisis bagi membuang garam potassium yang terlalu tinggi itu.
Esok harinya, ketika wanita itu dah sedar. 'Puan tahu durian bahaya untuk orang dialisis? Seulas dua boleh lah. Tapi sampai sebiji berulas ulas ni, memang tak boleh. Nasib baik umur panjang, sempat sampai hospital'
'Saya tau durian bahaya untuk orang dialisis…' Tapi. Sedap sangat doktor, musang king tu, tak boleh stop' 'Dia punya sedap, sampai mati pun worth it! '
.
Waktu tu saya hanya mampu menarik nafas dalam-dalam dan saya dapat rasakan yang mata saya seperti berguling-guling dan otak mati kutu.
.
Dr Nurilyani Bujang
Al kisah musim durian.