Bahaya Guna Spray Gun Dengan Cara Salah, Beri Mudarat Pada Kulit, Mata & Pernafasan

Share

Kalau korang perasaan, sekarang ini sudah ramai individu yang menggunakan alat nyah kuman, iaitu Spray Gun untuk membasmi virus di permukaan rumah. Terdapat banyak jenis alat penyembur ini, iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer.

Namun begitu, sebenarnya penggunaan penyembur ini tidak memberi kesan nyata, malah ia boleh memberikan mudarat kepada kehidupan kita.

Seperti yang dikongsi oleh Dr. Izzar Anwari di laman instagramnya, alat-alat ini berfungsi dengan menukar cecair chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada dalam di ruang udara terutamanya jika kawasan itu ventilasii tidak bagus. Bahan kimia dalam bentuk aerosol ini boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita.

Foto: India Mart

Tidak ada yang mengatakan penggunaan penyembur ini digalakkan atau tidak digalakkan untuk nyah-infeksi COVID-19 di rumah, tetapi sekiranya korang menggunakan alat ini, ia harus digunakan dengan sangat berhati-hati.

Berikut adalah antara peringatan yang telah dibuat oleh Dr. Izzar Anwari jika korang menggunakan electrostatic sprayer atau fogger:

• Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
• Menggunakan chemical disinfection yang diluluskan
• Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
• Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operatior, orang sekeliling dan pengguna bilik selepas itu
• Guna dengan berhati-hati jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat kanak-kanak bermain

Korang juga perlu faham akan risiko yang dihadapi:

• Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata dan pernafasan

• Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak bermain

• Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat

Foto: The Bangkok Post

Doktor juga berpesan, sebenarnya mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah cukup untuk mengurangkan COVID-19. Selepas itu kalau nak buat lebih sikit, korang boleh disinfect dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes atau disinfectant spray bottles. Ia sudah memadai.

Jelas doktor lagi, tidak perlu penggunaan spray gun di rumah. Kalau nak guna ia agak leceh sedikit, risiko pun tinggi kalau guna dengan cara yang salah.

Diharap dengan perkongsian ini, ada perkara yang korang dapat belajar dan memberi manfaat buat orang ramai.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman