Jika sebelum ini tular sekumpulan remaja yang memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands seperti dalam video yang tular beberapa hari lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Masak Mi Segera Paling Sedap Versi BTS Jungkook, Ini Rahsianya!
Ramai menegur dan juga mengecam tindakan mereka kerana mampu jadi punca kebarakan dan insiden yang meragut nyawa.
Sehubungan itu, individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani terpanggil untuk berkongsi kepada orang ramai berkenaan mengenai perkara ini.
Bahaya Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Pakcik Shell Jelas Sebabnya!
“Ada yang kata, ‘jauh dari pam tak apa’. Jangan…kerana wap minyak boleh mengalir sejauh 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak dan vent pipe”
Dalam satu hantaran video di Instagram milik @pakcikshell, yang juga Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, dia menjelaskan bahawa terdapat risiko wap minyak merebak dari pam petrol, tempat turun minyak dan vent pipe.
“Wap minyak boleh bergerak jauh, sejauh 10 meter,” katanya dalam video.
Tambahnya, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil berat terhadap perkara itu.
**Jadi jangan fikir seronok je okay, fikir juga keselamatan diri dan orang sekeliling.
BACA LAGI : Elak Toksik, Ini 5 Cara Betul Masak Mi Segera Perkongsian Daripada Doktor
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Muliakan Ibu, Dahului Adik Beradik & Sering Ke Ceramah Agama, Abam Dimuliakan Di Akhir Hayatnya
Hari ini industri seni menerima khabaran duka apabila Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 meninggal selepas disahkan mengalami demam panas selama dua hari. Arwah meninggalkan seorang anak kecil berusia 5 bulan iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan hasil perkahwinan bersama Nor Hidayah.
Ternyata pemergiannya sukar diterima oleh rakan-rakan baiknya. Malah begitu ramai rakyat Malaysia yang menangisi pemergian artis yang terkenal dengan tagline Gemuk Is Awesome!
Namun di sebalik pemergiannya hari ini, ternyata Allah memuliakan dirinya. Begitu ramai insan-insan menziarahi arwah termasuk di kalangan ustaz-ustaz terkenal seperti Syed Noor Hisham Al Idrus, Pu Amin, Amin Idrus dan lain-lain lagi dan turut bersama ribuan umat Islam lain untuk bersolat jenazah untuk arwah.
Mungkin ada antara kita tertanya-tanya, apa amalan dilakukan oleh Abam Bocey sehingga diri arwah dimulikan Allah semasa akhir hayatnya.
Muliakan Ibu & Sentiasa Dahulukan Adik Beradik dan selalu pergi ceramah agama
Catatan dari pendakwah terkemuka iaitu Ustaz Syed Nor Hisyam al-Idrus yang menulis di catatan fbnya mampu membuatkan kita mengalirkan air mata.
Sahabat…..engkau selalu sebut “Ustaz, kalau ada lagi forum…bagitahulah saya…nak join lagi…” Itu yang Abam selalu sebut kalau bercakap dengan beliau….
Kali pertama kami sepentas ketika berforum mula 11 malam di Foodcourt Uptown Damansara….kemudian beberapa kali lagi, di pentas forum….seingat saya, di Bangi, Kota Bharu, Tv Hijrah….dll….sejak dari itu selalu berhubung terutamanya melalui wasapp….beliau bertanya soalan….sembang2 lawak beliau….jemput saya ke kenduri kawin….kemudian aqiqah baby .
Semoga @mrs_abam dikurniakan kesabaran di atas ujian ini….ramai yang mendoakan al-marhum…
Ya Allah….kami bersaksi Abam seorang yang baik, suka gembirakan sahabat2 di sekeliling….dia sangat sayang pada ibu dan isterinya….ampunikan sahabat kami ini…rahmatilah dirinya….tempatkanlah dia bersama hamba-hambaMu yang soleh….terimalah segala kebaikan yang pernah dilakukannya sebagai bekalan buat dirinya di sana…..aamiinn
Hal yang sama dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew yang menulis catatan yang sama yang mana arwah begitu memuliakan ibunya. Lebih membuatkan Abam dimuliakan kerana dia sering mendahuluikan adik beradiknya termasuk menaja perkahwinan mereka. Selepas semua sudah berkahwin, barulah Abam mencari jodohnya tetapi nyata Allah lebih sayangkannya.
Allah mulianya hati Abam Bocey. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh Moga syurga buat Abam di atas setiap kebaikan dilakukannya semasa hayatnya.
Foto kredit : Azizi Ismail
Gara-Gara Anak Muda Kunjungi Club, Jangkitan COVID-19 Korea Selatan Masuk Gelombang Kedua
Nampaknya belum ada negara yang benar-benar dapat menjauhi COVID-19 sebaliknya wabak ini terus merebak dan merebak. Bagi kebanyakan negara di dunia, mereka sudah memberikan kebebasan bergerak kepada penduduknya dengan beberapa syarat tetapi nampknya “kebebasan” bergerak itu mula merebakkan kembali mereka dijangkiti COVID-19. Antara negara yang kini memasuki gelombang kedua ialah negara Korea Selatan yang menjadi negara pilihan rakyat negara kita untuk melancong.
Nampanya bagi kaki travel, lupakanlah Hasrat itu sehingga beberapa tahun selagi wabak ini belum dapat ditangani lagi.
Laporan Astro Awani, pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan negara itu kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID-19.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) sebelum ini memberi amaran gelombang pertama wabak itu di Korea Selatan tidak pernah berakhir.
"Di kawasan metropolitan iaitu Seoul, Incheon dan Gyeonggi, gelombang pertama adalah dari bulan Februari hingga April.
"Kemudian kita melihat gelombang kedua yang bermula sejak musim cuti pada bulan Mei," kata Pengarah KCDC, Jeong Eun-kyeong.
Penghujung Februari lalu, Korea Selatan melaporkan lebih 900 kes sehari, sekaligus menjadi negara paling teruk terjejas selepas China.
Kempen penjejakan kontak dan pengujian intensif kemudiannya berjaya mengurangkan bilangan kes menjadi satu digit pada akhir April.
Tetapi ketika negara itu mengumumkan akan melonggarkan perintah berkurung pada awal Mei, kes baharu meningkat, sebahagiannya berpunca daripada anak-anak muda yang mengunjungi kelab malam dan bar di Seoul pada hujung minggu.
"Kami pada awalnya meramalkan bahawa gelombang kedua akan muncul pada musim gugur atau musim sejuk. Ramalan kami ternyata salah.
"Selagi penjarakan sosial diambil mudah, kami percaya kes jangkitan akan berterusan," kata Jeong.
Sehingga tengah malam Ahad, Korea Selatan melaporkan 17 kes jangkitan baharu, sedikit menurun daripada dua hari sebelumnya yang masing-masing mencatat 48 dan 67 kes.
Korea Selatan setakat ini mencatat 12,438 kes jangkitan dengan 280 kematian.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan, 7 Tragedi Terburuk Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia
Tidak dapat dinafikan, bola sepak adalah sukan yang paling digemari dan popular di dunia. Malah, sokongan terhadap pasukan negara tanpa mengira bangsa pemain mampu mengukuhkan perpaduan.
Namun, tragedi baru-baru ini di negara jiran kita, Indonesia pastinya membuatkan peminat bola sepak ‘tersentak’. Kejadian yang menyayat hati apabila ratusan orang telah didapati maut dalam kejaian rusuhan akibat ketidakpuasan hati keputusan bola sepak.
ARTIKEL BERKAITAN : “Ini Tragedi Bangsa Indonesia,” – Ramai Maut Dalam Kejadian Rusuhan Bola Sepak, Najwa Shihab Ungkap Rasa Kesal
Tapi korang tahu tak sebenarnya pernah terjadi tragedi seperti ini sebelum ini. Ini kami kumpulkan beberapa tragedi terburuk yang pernah direkodkan di stadium.
Peru, 24 Mei 1964
Rusuhan di Peru merupakan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah dunia apabila mencatatkan 320 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera pada Kejohanan Kelayakan Olimpik Amerika di Stadium Nasional Lima dalam perlawanan membabitkan Peru menentang Argentina.
Difahamkan, insiden itu tercetus apabila pengadil tidak membenarkan gol penyamaan Peru sewaktu Argentina sedang mendahului perlawanan dengan skor 1-0. Perkara itu mencetuskan kemarahan penyokong yang kemudiannya memanjat benteng dan mula memasuki padang. Pihak polis kemudian dipercayai melepaskan gas pemedih mata ke arah semua penyokong tersebut.
Kebanyakan dari mangsa yang panik cuba untuk melarikan diri tetapi mendapati bahawa pintu untuk keluar telah ditutup. Sebahagian yang meninggal dunia juga adalah berpunca akibat sesak nafas atau dipijak.
Rusia, 20 Oktober 1982
Kejadian ini berlaku di Stadium Luzhniki Stadium antara kelab Belanda, Haarlem dan pasukan tuan rumah, Spartak Moscow pada hujung minit permainan dalam perlawanan Piala UEFA.
Pada awalnya, pihak Soviet merahsiakan butiran mengenai tragedi tersebut selama tujuh tahun sebelum mendedahkan kepada awam pada tahun 1989 bahawa seramai 66 orang terbunuh. Bagaimanapun, menurut akhbar harian Sovietski Sport mendakwa bahawa jumlah sebenar jauh lebih tinggi hingga dianggarkan 340 terkorban. Misteri mengenai jumlah kematian sebenar masih menjadi persoalan hingga kini.
Ghana, 9 Mei 2001
Seramai 126 orang dilaporkan terbunuh selepas rusuhan yang berlaku sewaktu perlawanan antara Heart of Oak dan Kumasi.
Dalam perlawanan penyokong pasukan Kumasi berang selepas pasukan mereka tewas dan membaling botol dan menghancurkan kerusi sebelum dilontarkan ke padang.
Perkara itu membuatkan pihak polus terpaksa menggunakan gas pemedih mata kepada orang awam bagi meredakan keadaan.
England, 15 April 1989
Insiden yang berlaku di Stadium Hillsborough Shefield ini merupakan kejadian malang yang terburuk pernah berlaku dalam sepanjang sejarah bola sepak Inggeris.
Tragedi ini berlaku sewaktu sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara Liverpool dan Nottinghem Forest.
Difahamkan, seramai 96 kematian dan 766 orang cedera dilaporkan berlaku akibat tempat duduk stadium yang tidak dapat menampung kapasiti penyokong yang ramai dan tiba-tiba roboh.
England, 11 Mei 1985
Terdahulu sebuah tragedi berdarah berlaku di Stadium Valley Parade di Bradtford City di West Yorkshire melibatkan antara perlawanan Bratford menentang Lincoln City.
Bagaimanapun, sewaktu babak pertama perlawanan dilangsungkan, satu kebakaran tercetus akibat atap stadium lama berkenaan yang diperbuat daripada kayu.
Dalam insiden kebakaran di Stadium itu, seramai 56 orang terbunuh akibat kepulan asap tebal.
Guatemala, 16 Oktober 1996
Pada 16 Oktober 1996, berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998 antara Guatemala menentang Costa Rica di Stadium Nasional Mateo Flores di bandar Guatemala.
Difahamkan, lebih 60,000 penyokong hadir membanjiri stadium berkenaan yang hanya mampu menampung kapasiti penonton sebanyak 45,000 dalam satu-satu masa.
Perkara itu telah membawa kepada detik hitam selepas ramai antara penyokong terpaksa berhimpit hingga menyebabkan seramai 80 orang dilaporkan terkorban. Perkara itu berlaku ekoran ulat tiket yang menjual tiket palsu terhadap perlawanan itu.
Scotland, 2 Januari 1971
Pada tanggal 2 Januari 1971, sebuah perlawanan telah dilangsungkan antara Glasgow Rangers menentang Celtic Park di Stadium Ibrox.
Difahamkan, seramai 66 orang maut selepas tangga yang dibina daripada kayu di stadium berkenaan runtuh secara tiba-tiba. Kejadian itu merupakan tragedi kedua selepas situasi yang sama pertama kali berlaku pada tahun 1902 yang mengorbankan 26 orang.
Sumber: AFP, History, FoootballWhisper,News.cgtn,TheSport Grail
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.