Isu pengambilan Vitamin C dalam jumlah yang banyak untuk menguatkan sistem imun badan bagi melawan jangkit COVID-19 membuatkan ramai mempercayainya. Atas rasa panik dan percaya dengan fakta belum disiasat, bagi mereka yang paranoid akan mengambilan vitamin C dalam jumlah berlebihan diperlukan oleh tubuh. Ada mengatakan satu biji mengandungi 1000 mg sudah jauh dari mencukupi diperlukan oleh orang dewasa kerana ia sepatutnya lebih rendah dari itu. Begitu juga untuk kanak-kanak, pengambilannya mesti lebih rendah 50 ke 80mg (atau tidak perlu kerana tubuh mereka masih aktif). Bagi orang dewasa pula cukup 80 ke 100 mg. Bukan overdose sehingga 100 mg.

Namun di sebalik mesej-mesej yang tular dan bagi mereka yang kurang ilmu pengetahuan mengenai kelebihan dan kekurangan pengambilan Vitamin C secara berlebihan akan membuatkan mereka jatuh sakit dalam keadaan agak teruk.

Perkongsian seorang doktor, Ahmad Lukman Bukhari di fbnya yang mana beliau berkongsi kisah kenalannya yang mengambil vitamin C dalam kadar berlebihan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan di mana akan alami cirit birit keterlaluan.

Bacalah perkongsian ini. Sebaiknya sentiasalah bersederhana dalam pengambilan makanan tambahan sebegini dan lebih baik ikut saranan doktor. Elakkan mendengar orang yang tiada ilmu khusus dalam dunia perubatan kerana dikhuatiri kita akan lebih sakit dan menderita.

Bahaya Overdose Vitamin C, Dr Kongsi Risiko Cirit Birit Keterlaluan Yang Akan Dihadapi Pesakit

5 missed call tertera dekat skrin.

Kawan lama rupanya. Pelik pulak bila banyak sangat panggilan dibuat. Entah perkara emergency apa agaknya.

“Assalamualaikum ***. Kenapa call tadi? Maaflah, tak perasan. Tengah ada hal.

Kebetulan banyak pesakit siang tu. Sampai tak sempat nak belek phone betul betul.

“Waailakummussalam Man. Ni ha, nak tanya sikit perut aku dari semalam tak selesa. Nafas pun sangkut-sangkut. Risau lah takut kena jangkitan Covid tu.”

“Kau ada demam ke? Ada pergi mana-mana gathering baru-baru ni? Atau pun memang ada jumpa siapa siapa yang positif penyakit tu?”

“Tak ada. Demam tak, batuk pun tak.”

Naik hairan jugak aku.

Ads

“Habis tu, tak kan lah tiba-tiba je perut kau buat hal.”

Belum sempat habiskan pertanyaan tu, dia menjawab. “Sebenarnya aku dah pergi jumpa doktor pagi tadi. Dia cakap mungkin aku terlebih makan supplemen vitamin C.

Aku terambil sampai 3 tablet sekaligus. Dekat kotak tu tulis 1 tablet sama dengan 1000mg.”

“Aduh! Ya ke. Kau pun dah kenapa tiba-tiba makan supplemen ni?”

“Itulah. Ada kawan yang beritahu aku, nak kuatkan badan musim macam ni kenalah makan supplemen tambahan.”

“Banyaklah kau punya tambahan. Kalau dah sampai overdose macam tu, cari penyakit namanya! Ada pedih ke kat area ulu hati tu?

“Aah sakit weh.”

“Ada muntah tak?”

Ads

“Muntah tak ada. Loya adalah. Tu pun dah rasa tak tahan.”

“Cirit birit?”

“Haa, yang tu bini aku merasa. Padahal dia ambil sebiji je. Tapi lebih kurang sama sakit dengan aku. Eh, macam mana kau boleh tahu apa yang kita orang rasa ni?”

“Itu lah tanda-tanda overdose vitamin C woih! Tak pasal-pasal Covid yang dipersalahkan. Haha.”

“Oh ya ka. Tak apalah Man. Lega dah hati aku dapat cakap dengan kau. Tinggal perut je yang belum lega ni. Hihi. Terima kasih weh.”

Begitulah kisahnya.

Bahaya Overdose Vitamin C, Dr Kongsi Risiko Cirit Birit Keterlaluan Yang Akan Dihadapi Pesakit

Aku percaya, bukan dia seorang yang dapat pengalaman ‘manis’ terkena dengan supplemen semata-mata kerana tujuan nak kuatkan badan.

Ads

Tapi ada ramai lagi kat luar sana yang punya cerita serupa.

Memang betul, vitamin C bantu untuk kuatkan system imun. Cuma tak usahlah gelojoh sangat. Badan kita ni cukup dengan pengambilan vitamin C sebanyak 80-100mg sehari.

Makan seulas buah jambu atau sebiji buah oren atau dua biji buah epal pun dah memadai untuk dapat vitamin C yang cukup.

Bukan tu saja. Ada banyak lagi sebenarnya makanan semulajadi yang boleh berikan kandungan zat yang sama.

Mual betul bila lihat teknik sesetengah penjual yang sangat tak beretika. Gunakan keadaan semasa nak takutkan masyarakat untuk lariskan produk yang dijual.

Ikhtiar yang betul waktu musim wabak teruk ni ialah kita makan makanan berkhasiat buah-buahan, sayur-sayuran dan protein secara seimbang setiap hari.

Makanan semulajadi itu ada lebih banyak lagi zat yang penting untuk sistem pertahanan badan kita.

Dalam masa sama, selalu cuci tangan dengan air dan sabun, teruskan #StayAtHome, amalkan social distancing jika terpaksa keluar rumah dan kerap bersihkan permukaan yang disentuh.

InsyaAllah jika kita semua bersatu padu, kita akan akhiri PKP ni dengan jayanya tak lama lagi.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

#notaDrALB

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI