Bahaya Penyakit Aphasia, Tiga Selebriti Pernah Alami Antaranya Bruce Willis

Share

Aphasia adalah kecelaruan bahasa di mana seseorang hilang keupayaan dan kemahiran memahami bahasa, menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, menulis atau membaca. Aphasia boleh disebabkan oleh strok, jangkitan kuman, penyakit saraf, kecederaan atau ketumbuhan pada bahagian otak yang mengawal fungsi bahasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung, Ini 6 Khasiat Minyak Ikan Yang Baik Untuk Kesihatan

Foto Via Apollo Hospital Blog

Memetik data MyHealth, sebuah portal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 25 hingga 40 peratus penghidap strok akan mengalami Aphasia. Data MyHealth menunjukkan 15 peratus individu dewasa berumur kurang daripada 65 tahun dilapor mengalami Aphasia dan peratusan meningkat 43 peratus bagi individu berumur 85 tahun ke atas.

Bagaimanapun, semua penghidap strok mempunyai risiko untuk mengalami masalah Aphasia tanpa mengira umur, bangsa, warganegara dan jantina.

Ini 3 Selebriti popular yang mengalami Aphasia

Bruce Willis

Bruce Willis bersama anak perempuannya, Rumer Willis. Foto: Getty Images

Bruce Willis bersara daripada bidang lakonan selepas disahkan menghidap afasia. Bintang filem ‘Die Hard’ itu mengalami gangguan komunikasi yang menyukarkan dia untuk mencerna atau menggunakan perkataan lisan atau tulisan.

Sharon Stone

Sharon Stone pernah menderita aphasia. Foto: Neilson Barnard/Getty Images

Pada tahun 2001, Sharon Stone telah dikejarkan ke hospital kerana strok yang menyebabkan pendarahan otak yang besar. Bintang ‘Basic Instinct’ itu mengalami pendarahan selama sembilan hari dan memerlukan terapi untuk belajar berjalan dan bercakap.

Kesukaran berjalan dan bercakap adalah beberapa gejala afasia. Sharon Stone telah menjalani terapi selama dua tahun untuk memulihkan keupayaan berjalan dan bercakap secara normal.

“Ketika itu saya dalam filem ‘Law & Order’… dan sukar membaca dialognya. Saya boleh bercakap mengenainya sekarang kerana sekarang keadaan saya baik,” tambahnya.

Emilia Clarke

Emilia Clarke pernah menderita aphasia. Foto: John Phillips/Getty Images

Tidak lama selepas penggambaran musim pertama ‘Game of Thrones’, Emilia Clarke mengalami aneurisme yang menyebabkan strok. Dia juga terpaksa menjalani pembedahan otak. Dua minggu kemudian, dia tidak ingat namanya

“Saya mempunyai keadaan yang dipanggil afasia, akibat daripada trauma pada otak yang saya alami. Pada saat yang paling teruk, saya mahu mengambil nyawa saya. Saya meminta kakitangan perubatan untuk membiarkan saya mati. Pekerjaan, semua impian saya dikehendaki, tertumpu pada bahasa dan kemahiran. komunikasi. Tanpanya saya kehilangan segala-galanya,” luah Emilia dalam esei yang ditulisnya untuk The New Yorker.

Nasib baik aphasia yang dialaminya hanya sementara. Selepas dimasukkan ke ICU semula, seminggu kemudian dia pulih dan boleh bercakap semula.

BACA LAGI : Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu Hidapi ‘Celiac Disease’. Kenali Penyakit Autoimun

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Sumber : Berita Harian/Walipop

Published by
Nana