Bagi individu yang mempunyai muka berjerawat, tangan sentiasa hendak di muka kerana berasa geram dengan isi yang tumbuh di dalamnya.
Mungkin tanpa sedar dan tidak menyedari risiko memicit jerawat terutama di bahagian Dangerous Triangle atau segitiga bahaya, kita mendedahkan diri kepada bahaya yang boleh mengancam nyawa sendiri.
Perkongsian artikel tulis Dr Latif Saad dari page TheDiagnosa Original berkongsi bahaya memicit jerawat di spot tiga segi ini.
Tuan puan semua, doktor mesti pernah menasihati anda untuk mengelakkan diri daripada memecahkan jerawat di muka anda. Kata doktor ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga parut yang teruk.
Tapi adakah ianya dapat membuatkan anda berhenti daripada melakukannya? Mesti ada yang masih juga memecahkan jerawat tersebut. Rasa keseronokan untuk mengeluarkannya adalah satu kenikmatan bagi mereka yang sering melakukan perkara ini.
Tetapi tahukah anda terdapat kawasan di muka anda yang dipanggil sebagai ‘Dangerous triangle'(Segitiga bahaya). Ia boleh menyebabkan nyawa anda terancam jika memecahkan jerawat dibahagian tersebut.
Kisah Pesakit
Seorang pesakit dibawa ke jabatan kecemasan disebabkan tidak sedarkan diri. Pesakit ini berumur 28 tahun, seorang wanita. Dimukanya terdapat jerawat muka yang besar dan merah menyala.Jerawat tersebut terletak dibahagian pangkal hidung iaitu diantara mata.
Ads
Tekanan darah normal. Cumanya, pesakit sedang demam dengan suhu 39 darjah. Sampai di zon merah, pesakit mula sawan.
Penyiasatan di dalam wad mendapati pesakit mengalami jangkitan selaput otak dan bakteria yang terlibat adalah Staphylococcus areus.
Perlu diketahui bahawa jangkitan staphylococcus areus pada kawasan selaput otak adalah satu yang jarang berlaku kecuali jika terdapat jangkitan ketika pembedahan dilakukan ataupun ia berasal daripada jangkitan kulit.
Tetapi bagi pesakit ini, ia berasal daripada jangkitan jerawat dibahagian muka pesakit. Ahli keluarga pun mengakui bahawa pesakit cuba untuk mengeluarkan jerawat di bahagian hidung tersebut sebelum insiden ini berlaku.
Segitiga bahaya di bahagian muka
Ads
Segitiga ini bermula daripada pangkal hidung dan ia membawa kepada hujung bahagian mulut. Kesemua kawasan ini akan membawa darah terus ke satu kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus.
Kawasan segitiga yang berbahaya
Cavernous Sinus ini pula akan membawa darah terus ke bahagian otak. Jika terdapat jangkitan dibahagian Segitiga yang dikatakan ini, maka jangkitan tersebut boleh masuk ke dalam ruangan ini dan mendatangkan beberapa kesan.
Kawasan Cavernous adalah kawasan yang berwarna biru (rujukan: EBM Consult)
1. Cavernous Sinus Thrombosis
Ads
Dimana terdapat pembentukan darah beku di dalam kawasan sinus. Darah beku ini boleh bergerak ke bahagian otak dan menyebabkan strok
2. Jangkitan otak
Saluran darah ini akan membawa darah berdekatan dengan otak dan menyebabkan jangkitan pada otak dan selaput otak. Disebabkan lokasinya yang sangat dekat dengan otak, ia boleh menyebabkan kesan yang cepat seperti pesakit yang saya ceritakan ini
3. Lumpuh saraf
Di dalam Cavernous sinus ini pun menjadi laluan beberapa jenis saraf. Jangkitan kuman dalam kawasan sinus ini akan menyebabkan saraf ini lumpuh. Hasilnya otot dibahagian mulut akan terjejas dan penglihatan akan menjadi kabur.
Cara Pengecahan
Jadi untuk anda mengelakkan masalah yang kami ceritakan ini, elakkanlah diri daripada menekan atau memecahkan atau mengeluarkan jerawat yang berada dibahagian segitiga yang kami katakan ini. Jika anda mempunyai jerawat yang besar, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu
Rujukan:
Eckberg TJ. The Dangerous Triangle (Still Dangerous). JAMA. 1969;209(4):561. doi:10.1001/jama.1969.03160170057019
Kalau buka je media sosial sekarang, ramai yang berkongsi gambar atau resipi makanan yang dibuat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Ya kami faham, bila dah dekat rumah je mesti rasa nak makan saja kan? Hiks!
Malah, hal ini sedikit mendatangkan kebimbangan oleh beberapa pihak kerana jadual makan yang tidak dijaga mungkin boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan masyarakat.
Oleh sebab itu, ramai juga yang berkongsi video home workout yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar rumah. Tidak terkecuali, YB Syed Saddiq yang mencadangkan #stayathomechallenge di laman Twitter dengan menyeru masyarakat Malaysia untuk melakukan 20 clap push-ups dalam masa 17 saat.
Ramai yang supportive dan turut menyahut cabaran yang diberi oleh Ahli Parlimen Muar ini.
Namun begitu, ramai juga rakyat Malaysia yang lucu dan terhibur kami melihat aksi mereka. At least, tak ada la korang stres sangat duduk rumah kan sebab ada orang-orang yang boleh menghiburkan seperti mereka. Hiks!
Okay, rasanya challenge ni tidaklah susah sangat. Jadi apa lagi guys, jom sahut cabaran YB Syed Saddiq ini dan sedikit sebanyak korang bergerak sikit la dekat rumah tu. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fesyen secara amnya merupakan satu permainan ‘love-hate’ di antara pemakai dan pemerhati. Dalam landasan fesyen tempatan mahupun antarabangsa, kita tidak boleh menganggap semua orang akan menggemari atau boleh menerima gaya yang kita peragakan.
Dalam dunia fesyen masa kini, kuasa digital tidak boleh diperlekehkan. Apa saja yang diperkenalkan pasti akan menjadi perbualan warga maya dan respon yang diterima daripada mereka boleh berbaur positif mahupun negatif.
REMAJA percaya ramai berpendapat apa jua jenis publisiti – baik yang positif atau negatif – adalah publisiti yang baik untuk mempromosikan sesebuah jenama fesyen ataupun produk kepada orang ramai. Namun tidak semua jenama mempunyai ‘hati kental’ untuk berdepan dengan publisiti negatif; tidak semua jenama fesyen boleh menjadi sekuat jenama fesyen tempatan, Behati.
Baru-baru ini, Behati dan pengasas, Kel Wen kembali menjadi topik kontroversi dalam kalangan warga maya setelah koleksi yang diperagakannya sempena acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 telah ditempelak oleh ramai pihak disebabkan penggunaan identiti kebudayaan sehingga timbul isu ‘mencedok budaya’ atau cultural appropriation.
Di antara poin yang ‘mencucuk’ sensitiviti warga maya sewaktu pertunjukan fesyen Behati tempoh hari adalah penggunaan Songkok oleh Kel Wen yang memakai celana pendek tanpa baju dan kot labuh.
Setelah menerima tempias negatif oleh warga maya, Kel Wen berpendapat pemakaian songkok olehnya di KLFW hanyalah simbolik kepada penerimaannya terhadap budaya serta agama Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia; mengikut gaya hidupnya.
“Apabila saya membaca komen-komen anda, secara seriusnya, saya tiada niat untuk memperlekehkan mana-mana agama. (Agama) Islam ialah agama yang cantik dan (apabila saya) membesar bersama masyarakat Muslim di Malaysia, (saya) secara semulajadi mudah mendapat pengaruh dalam karya seni serta stail saya.
“Pesanan ini adalah untuk haters yang tidak melakukan kajian mereka. Anda tidak perlu menerima (gaya dan idea saya) kerana stail ini masih belum biasa dalam fesyen lelaki tempatan.
“Tetapi tolong jaga mulut anda jika mahu dikenali sebagai contoh ‘bersederhana’. Untuk menjadi sederhana bukanlah disebabkan pemakaian tetapi pertuturan,” selar Kel Wen.
Tambahnya lagi, koleksi PERANAKAN yang dipersembahkan di KLFW baru-baru ini menceritakan tentang keindahan perkahwinan campur di antara bangsa berbeza dan busana terakhir yang diperagakan oleh usahawan kontroversi, Dato’ Sri Vida adalah intepretasinya terhadap fesyen campuran budaya.
Empunya badan sudah bersuara, apa pula pendapat korang terhadap pemakaian aksesori tradisional atas tiket untuk berfesyen?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sedang dijalankan di negara kita, tetapi korang masih boleh menderma darah di pusat-pusat derma darah di Malaysia bagi membantu mereka mendapatkan bekalan yang secukupnya.
Sebelum ini, terdapat beberapa hospital yang menjelaskan bahawa bekalan darah berkurangan dengan ketara akibat kebimbangan penularan COVID-19 baru-baru ini.
Jadi, untuk korang yang masih sihat dan layak untuk menderma, tidak salah sekiranya kita bantu orang yang memerlukan.
Berikut merupakan pusat darah yang korang boleh kunjungi.
1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin-Jumaat: 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu & Ahad: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin: Tutup
Selasa-Jumaat: 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin-Ahad: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
4. Tabung-tabung darah berdekatan.
Untuk memudahkan perjalanan korang ke pusat kutipan darah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, korang perlu membawa:
a. Buku/kad penderma darah (untuk penderma regular)
ATAU
b. Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah dari mana-mana link berikut. (Slip ini akan dihantarkan ke email yang diberkan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah):-
c. Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara online di regdonor.bbis.moh.gov.my. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke email korang dan seterusnya perlu dicetak.
Korang boleh tunjukkan buku derma darah/slip temujanji/borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah.
So jangan risau, jika ada bukti-bukti ini korang tidak akan ditahan nanti. Tapi jangan pula ada yang ambil kesempatan nak keluar rumah dengan alasan pergi derma darah ya. Awas! Hiks..
Sebarang pertanyaan berkenaan pendermaan darah boleh menghubungi Pusat Darah Negara di talian 03-26132690 atau 03-26132699.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...