Kematian yang berlaku kerana tidur di dalam kereta bukanlah perkara baru yang berlaku dalam masyarakat kita. Walaupun banyak kes-kes sama yang pernah terjadi sebelum ini, namun sepertinya masih ramai yang tidak tahu tentang bahaya keracunan karbon monoksida.
Karbon monoksida (CO) adalah satu kompaun yang terdiri daripada satu unsur karbon dan satu unsur oksigen. Ia adalah gas yang tidak berbau, tidak mempunyai rasa, tidak mempunyai warna, tetapi sangat beracun.
Pembakaran yang sempurna sepatutnya menghasilkan gas karbon dioksida iaitu CO2. Sesuatu pembakaran itu memerlukan oksigen dan jika oksigen yang dibekalkan tidak cukup, maka terhasilah karbon monoksida.
Tidak dinafikan, perjalanan jauh membuatkan ramai yang mengambil keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan tidur sebentar di dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan. Sebaiknya, korang menghentikan tabiat ini kerana ada beberapa perkara yang korang perlu tahu tentang bahaya tidur di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin.
1. Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika korang sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas
2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan
3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah dan mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida. Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death)
Ads
4. Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah
5. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa
6. Kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Ini kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan sedar jika terdapat kebocoran. Jadi, jika kita merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap
Individu yang mengalami keracunan karbon monoksida ketika tidur adalah lebih berbahaya kerana pada ketika itu mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom-simptom tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat punca-punca lain yang menyebabkan keracunan karbon monoksida di dalam kenderaan adalah seperti berikut:
• Memandu kereta dengan bahagian bonet yang terbuka
• Memandu kereta atau menggunakan kereta dimana badan kereta tersebut berlubang
• Memanaskan kereta di dalam garaj
• Membiarkan enjin kereta terbuka dalam bangunan tertutup
Ads
Perkara paling mudah untuk korang elak masalah ini adalah jangan tidur atau berehat di dalam kereta dengan enjin yang terbuka. Jika boleh tutuplah enjin kenderaan ketika ingin berehat. Peka dengan bau kereta korang.
Walaupun karbon monoksida tidak berbau tetapi gas yang bercampur dengan gas karbon monoksida melalui pembakaran enjin selalunya mempunyai bau. Sekiranya kenderaan korang berbau asap, segera bawa ke bengkel atau pusat servis untuk diperiksa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=AYk1bsTX4DU
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekilas pandang memang seperti kawasan pelancongan di kepulauan Jeju, Korea Selatan. Tapi rupa-rupanya, ini merupakan tarikan serba indah baharu yang diperkenalkan di negara jiran, Singapura!
Lokasi yang dikenali sebagai The Changi Bay Park Connector atau PCNini dibina sepanjang 3.6 kilometer dan baru saja meraikan pembukaannya pada 22 Januari 2022 lalu. Seperti dijangka, ia telah bertukar tular dalam kalangan remaja Singapura kerana foto-foto yang dimuat naik oleh warganet di sana.
Ia jauh berbeza dengan tarikan kebiasaan yang sudah sinonim dengan kawasan metropolitan di Singapura. Lupakan sebentar tugu Merlion dan taman tema Universal Studio Singapura.
Sebaliknya tumpukan perhatian kepada kawasan pantai negara tersebut yang menjadi lokasi PCN.
Tidak sangka, Singapura juga mempunyai keindahan alam yang terbentang luas seperti. Dengan pembukaan PCN, ia lebih terserlah sehingga diibaratkan sebagai ‘kepulauan Jeju Singapura’.
Dari beberapa sudut, memang foto-foto yang dimuat naik oleh warganet kelihatan seperti babak daripada K-drama dan filem Korea popular yang pernah menjadikan kepulauan Jeju sebagai lokasi penggambaran.
Sebagai contoh, lihat saja kepada foto-foto yang dikongsikan oleh gadis ‘cyclist’ yang dikenali sebagai Tiffany Tan ini sewaktu kunjungannya ke PCN baru-baru ini menerusi grup Facebook, SG PCN Cyclist.
Lokasi pertama ini terletak di atas jambatan khas untuk penunggang basikal yang menghubungkan Changi Coast Road dan Tanah Merah Coast Road di Changi Bay Point. Pada jarak 80 meter, pemandangannya terutamanya pada waktu senja amat menakjubkan mata yang memerhati.
Menariknya, pembinaan PCN ini tidak tamat setakat di sini saja. Khabarnya, PCN akan terus disambung hingga ia mencecah jarak 150 kilometer pada tahun 2035 kelak lalu menjadikannya sebagai sambungan rekreasi terpanjang di Singapura.
Sekiranya korang merupakan penunggang basikal tegar, sebaik saja sempadan di antara Malaysia-Singapura dibuka untuk pelancong, why not korang bawa bersama basikal lipat dan alami PCN yang akan melintasi poin berbeza seperti Rower’s Bay Park, Sengkang Riverside Park, East Coast Park, Singapore River dan Berlayer Creek. Mesti korang tidak akan menyesal punya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022 bermula jam 10 pagi.
Setelah penantian kira-kira tiga bulan, para pelajar kini boleh bersiap-sedia untuk menyemak keputusan masing-masing menerusi tiga kaedah.
Pertama, calon boleh ke hadir di sekolah masing-masing bagi mendapatkannya secara fizikal. Kedua, keputusan boleh disemak secara dalam talian menerusi pautan yang akan diberikan. Akhir sekali, calon boleh juga menyemaknya melalui cara khidmat pesanan ringkas atau SMS.
“Apa saja keputusan SPM nanti, terimalah dengan hati yang terbuka, terus bergerak ke hadapan dan lakukan yang terbaik..”
Datuk Dr Radzi Jidin
Untuk pengetahuan, seramai 407,097 calon di seluruh negara telahpun menduduki peperiksaan SPM pada bulan Mac lalu setelah ia ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.
Tinjauan REMAJA di platform Twitter mendapati calon rata-rata merasa terkejut dengan pengumuman tersebut disebabkan faktor tempoh masa kurang 10 hari yang tinggal sebelum tarikh pengumuman keputusan.
@alyarsyaa berkata, “Anxiety saya terus naik. Tiada apa yang saya harapkan melainkan senyuman kedua-dua ibu bapa saya pada hari tersebut.”
Ramai juga yang berpendapat mereka tidak bersedia untuk mengetahui keputusan masing-masing pada tarikh tersebut; apatah lagi cara untuk memberitahu ibu bapa mengenainya.
Bawa bertenang.. ada 9 hari lagi nak berdoa. Hehe..
All the best SPM 2021 candidates!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton sah akan menyertai Ferrari tahun depan, selepas Mercedes mengumumkan dia bakal meninggalkan pasukan akhir musim ini.
“Sudah tiba masanya untuk saya mengambil langkah ini dan saya tidak sabar mengharungi cabaran baharu,” kata Hamilton.
Ferrari turut mengesahkan ketibaan pemandu British berusia 39 tahun itu, yang akan bergandingan dengan pemandunya sekarang, Charles Leclerc.
“Ferrari dengan sukacita mengumumkan yang Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada tahun 2025, untuk kontrak beberapa tahun,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.
Hamilton pernah berbincang dengan pasukan dari Itali itu untuk menyertai mereka pada tahun 2019.
“Lewis mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya yang diumumkan Ogos lalu dan musim ini akan menjadi tahun terakhirnya dia memandu untuk Silver Arrows,” kata Mercedes.
Hamilton menandatangani kontrak dua tahun untuk bersama Mercedes bagi musim 2024 dan 2025, tetapi perjanjian berkenaan mempunyai klausa yang membolehkannya berpindah selepas semusim.
Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada tahun 2020 dan terlepas gelaran pada tahun berikutnya secara kontroversi kepada Max Verstappen, yang 13 tahun lebih muda daripadanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...