Korang mesti biasa melihat trend pemasangan wallpaper atau kertas dinding di rumah atau pejabat kan? Pemandangan ini bukan hanya ‘menyedapkan’ mata bahkan kos pemasangan wallpaper ini juga agak menjimatkan poket!
Meskipun begitu, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perbuatan ini sebenarnya tidak sihat untuk anda sebagai pengguna tandas tersebut.
“Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi.
“Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
“Lebih teruk lagi, pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan lebih buruk kepada paru-paru seperti asma dan radang paru-paru.”
Selain di tandas, wallpaper juga tidak sesuai dan bahaya ditampal dibeberapa tempat ini:
1. Peti sejuk – haba tidak dapat dibebaskan dengan baik dan boleh meningkatkan risiko kebakaran.Ia juga mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
2. Di dapur basah – Menyediakan bahan masakan, memasak, menggoreng, mengukus dan memanggang adalah aktiviti biasa dalam dapur basah.
Selain haba, minyak dan wap juga terhasil semasa memasak. Keadaan terlalu panas, lembap dan berminyak adalah tidak sesuai untuk pemasangan kertas dinding.
Moga bermanfaat kepada semua!
Sumber: Public Health Malaysia