Macam-macam dugaan bila kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dipraktikkan ketika ini berikutan sesi persekolahan secara bersemuka ditutup sementara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Bahayanya.. Sekali Lagi Kes Telefon Pelajar Meletup, Syed Saddiq Minta Kerajaan Cepat Bertindak

Bercakap soal gajet, bukan sekali dua kes mengenai telefon percuma daripada Program Jaringan Prihatin meletup. Sebentar tadi, menerusi Twitter, Syed Saddiq telah kongsikan gambar tangkap layar menunjukkan aduan seseorang menyatakan telefon pintar jenama Yes yang diterimanya telah meletup.

Nasib baik tak kena dekat tangan anakku… Baru pakai dua bulan… Hasil jaringan prihatin lah sangat…

 

Ads

“Kenapa lembap sangat nak bertindak?”

Ekoran ini, Syed Saddiq sekali lagi menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera menarik semua telefon percuma yang diberikan ini.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Muar tersebut dan meminta kerajaan untuk menarik semula pemberian telefon tersebut. Malah menasihati ibu bapa untuk tak benarkan anak-anak memakai telefon percuma yang diberikan kerana bimbang ada yang tercedera.

 

Ads

 

BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA PUNCA BAGAIMANA TELEFON PINTAR BOLEH MELETUP.

• Bila 2 konduktor dalam bateri bersentuhan antara satu sama lain, mengakirkan kuasa (dan haba) ke dalam elektrod lalu menyebabkan berlakunya letupan.

Ads

• Terlebih cas; dan bila berlaku pada bateri yang mempunyai masalah ia berpotensi untuk meletup

• Terdedah di tempat panas melampah seperti di dalam kereta yang terdedah kepada cahaya matahari

• Pengecasan pantas terutama daripada pengecas tidak berkualiti dan tak diiktiraf kesamatannya.

Bagi REMAJA, perkara pertama untuk korang elakkan daripada terdedah dengan bahaya ini adalah jangan gunakan aksesori pengecasan yang tidak mendapat kelulusan piawaian keselamatan.

Sebelum ini pun, YTL Communications telah mengeluarkan kenyataan bahawa telefon pintar keluaran YES yang diedarkan kepada pelajar yang memerlukan untuk sesi PDPR adalah mematuhi piawaian antarabangsa dan selamat digunakan. Hmm…

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI