Setelah cuba mengelak soalan wartawan, spekulasi membabitkan rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila beliau dilaporkan memfailkan penceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven Binti Eddy Verhoeven.
Memetik laporan CNN Indonesia, Baim, 43 dilaporkan membuat permohonan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin melalui sistem Informasi Penelusuran Perkara (SIPP) PA Jaksel. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Baim.
Terdahulu, Baim menerusi satu rakaman podcast mengaku dirinya dan isteri sama seperti pasangan lain yang melalui fasa pasang surut dalam perhubungan.
Ads
Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim bin Johny Djaelani, bagaimanapun hanya meminta peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecil mereka dan enggan mengulas lanjut mengenai status perkahwinannya.
Gosip perpisahan terus bertiup kencang apabila Paula yang telah berhijrah ke imej berhijab dilihat menunaikan ibadah umrah di tanah suci tanpa kehadiran Baim di sisinya.
Khabarnya, Paula meneruskan perjalanan ke sana biarpun tidak meminta izin daripada suaminya.
Ads
Baim pula dilihat lebih memberi fokus kepada kerjaya, tambahan pula dengan pelancaran filem bergenre seram, Lembayung arahannya yang turut menampilkan pelakon dari Malaysia, Anna Jobling.
Sekadar info, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dua zuriat lelaki iaitu Kiano Tuger Wong,3 dan Kenzo Eldrago Wong, 2.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah dengar tak keluhan seorang lelaki yanh sentiasa gagal memahami hati dan perasaan kekasihnya. Actually guys, perempuan memang tidak perlu kita fahami tetapi perlu kita sayangi.
Dengan menyayanginya secara otomatik kamu akan faham akan perangai, fiil serta segala celoteh permintaan bukan-bukannya yang kadangkala buat korang pening kepala.
Perempuan kadangkala lebih gemar berahsia dan sering apa yang terpacul dari mulutnya jauh benar bezanya dengan apa yang tersirat di hati.
Masalahnya lelaki sifatnya cukup naif dan disebabkan ini juga banyak hubungan menjadi retak. Tak hairanlah ramai perempuan melabelkan buah hati mereka sebagai makhluk yang tak peka dengan perasaannya.
Nak tahu apa contoh apa yang perempuan katakan tetapi maksudnya berbeza?
1. “I tak apa-apa. I okay je…”
Lelaki harus akui perkara ini. Kamu tidak boleh tanpa mereka dan dalam masa yang sama kamu boleh menderita kerana mereka. Perempuan ini kadangkala inginkan perhatian. Jadi bila mereka katakan “I tak apa-apa” itu bermakna ada perkara yang tidak kena. Lihat sahaja bahasa badannya dan bagaimana mood dia. So, bila dengar ungkapan ini, jangan jauhi dan berikan perhatian sebaiknya.
2. “Have fun ya!”
Sometimes si jejaka memerlukan masa untuk diri sendiri dan juga bersama rakan-rakannya. Tapi kalau sudah terlalu banyak masa hingga mengabaikannya memang tak patutlah. Sekilas, ungkapan ini nampak macam biasa tapi sebenarnya dia tidak rela melihat korang have fun tanpa dirinya. Apa kata sekali-sekala bawa dia bersama.
3. “Biarkan I sendiri, jangan kacau”
Dari mulutnya tegas mahu bersendirian tapi di sebalik kemuraman wajahnya itu sebenarnya dia ingin ditemani oleh buah hatinya. Lelaki kadangkala tidak faham tentang perkara ini dan membiarkan girlfriend mereka terkontang-kanting. Lalu menyebabkan hubungan menjadi lebih keruh.
4. “Ikut you lah!”
Ini ungkapan biasa yang terkeluar dari mulut perempuan bila mereka marah. Bila mereka sudah seakan-akan putus asa dan malas melayan karenah kamu. Tapi hakikatnya dia mahu korang faham akan kenapa dia tak puas hati. Jalan berlalu pergi dan dekatinya dengan baik. Jika dia terlalu marah, biarkan dahulu. Apa yang penting jangan tinggalkan dia berjauhan.
5. “Saya boleh je hidup sendiri”
Lelaki secara kasarnya mudah memahami sesuatu secara harfiah. Apa yang diperkatakan oleh teman wanitanya ditelan dan difahami bulat-bulat. Jangan jadi lurus bendul begitu. Bila buah hati korang cakap ungkapan ini, ia bermakna dia mahu korang membantu dia. Jangan jauhinya semata-mata ungkapan bibirnya ingin korang pergi.
Itulah antara ungkapan yang mempunyai maksud berbeza dalam hati seorang perempuan. Korang sebagai teman lelaki jangan jadi lurus bendul sangat ya! Hiks! 😉
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanda pujaan Malaya, Remy Ishak akhirnya membuka mulut tentang status hubungannya dengan bekas tunang yang dikhabarkan telah putus.
“Apabila orang dah berkata saya single, saya anggap itu sebagai kesilapan saya..”
Walaupun perlu berdepan dengan rakan media ketika memaklumkan berita putus tunang tersebut, Remy dilihat masih kekal gentleman dengan kata-kata yang dikeluarkan dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Sebab itulah, kami rasakan perlunya 4 sifat gentleman ini pada seorang lelaki jikalau (kalau, okay. KALAU) berdepan dengan situasi break up.
01
Solat Istikharah
Semasa tidak pasti dengan arah tuju relationship, lelaki (dan perempuan) seharusnya berpaling kepada bantuan Tuhan terlebih dahulu. Remy melakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk daripadanya dan enggan terjebak dalam emosi.
Apa yang kita selalu nampak adalah remaja yang terlalu menggunakan emosi, memuat naik status meroyan, memekik di hadapan pasangan kerana ‘relationship’ yang diidamkan tak ke mana.
Why not korang berserah kepada Tuhan dan cuba mendapat petunjukNya, Dia kan selalu mendengar.
02
Mengaku Kelemahan
Mana ada orang yang sempurna. Girlfriend korang tak sempurna, korang pun tak.
Jadi apabila timbul masalah dalam relationship, sebaiknya korang lihat ke dalam diri sendiri dan belajar untuk menerima kelemahan masing-masing.
“Sebagai manusia saya cuba memperbaiki diri, ada benda yang saya pernah terlepas pandang. Saya mungkin terlalu fokus pada diri sendiri yang kurang perhatian pada orang lain,” katanya.
03
Tanggungjawab Lelaki
Ketika ditemui semalam, Remy berkata bahawa tanggungjawab seorang lelaki terhadap perempuan yang disayanginya adalah amat besar. Tak kiralah sama ada sudah sah bernikah, bertunang atau tengah couple pun, bila lelaki memilih seorang perempuan sebagai ‘the one’, korang harus faham tanggungjawab yang korang pikul. Anak dara orang oi!
“Saya terpaksa melepaskan dia selepas tempoh 2 tahun kerana tak mahu mengikat dia. Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik jika saya lepaskan.”
04
Tak Mahu Buka Aib
Bila dah dilanda emosi break up, baik lelaki atau perempuan pasti akan mempunyai tendency untuk menceritakan segala kelemahan pasangan kepada keluarga, kawan dan paling teruk, di media sosial. Untuk apa? Untuk melepaskan kekecewaan peribadi?
Remy tetap tidak mahu menceritakan isu yang dihadapi oleh dia dan bekas tunang walaupun tidak lagi bersama. Segala kesilapan diri dan pasangan juga ditutup oleh Remy kemas walaupun pertanyaan datang dari rakan media.
***
Semoga abang Remy (eh!) dan bekas tunang, Ezza kekal berkawan selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alam rumahtangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri. Ada ketika pasangan diuji dengan kebahagiaan tetapi ada juga diuji dengan pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian. Tidak mengira usia, tua atau muda, ada ketika rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan.
Malah dikatakan ramai pasangan muda di bawah usia lima tahun perkahwinan berakhir dengan perceraian atas alasan tidak persefahaman.
Tanggungjawab anak lelaki terhadap isteri dan mak harus seiring dan lelaki harus bijak membuat keputusan.
REMAJA menemuramah Naqib Masjid Al Khadijiah, Pantai Dalam Ustaz Shahril bin Abd Samad mengenai isu patut lebihkan siapa selepas kahwin, mak atau isteri?
Menurut Ustaz Shahril, tanggungjawab kepada isteri adalah sama pentingnya dengan tanggungjawab kepada ibu yang melahirkan.
“Anak lelaki besar tanggungjawabnya. Sekali pun sudah berumahtangga, menjadi kewajipan kepada anak lelaki untuk tidak mengabaikan ibu yang melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka.
“Isteri juga penting tetapi seorang anak lelaki tidak boleh terlalu mengikut telunjuk isteri sehingga menjadi dayus. Lelaki harus menjadi pembuat keputusan yang adil dan tepat. Malah dalam bab memberi duit pun, kalau beri pada isteri, berilah juga pada mak. Dalam memberi ceramah, saya selalu berkata, jangan beri jumlah yang sama kepada kedua-duanya kerana keperluan berbeza-beza. Kalau bagi isteri RM500, mak mungkin lebih atau kurang dari jumlah itu. Tergantung kepada keperluan yang penting,” katanya mengakui anak lelaki perlu bijak membuat keputusan.
Mana lebih urgent, kalau dua-dua minta tolong serentak? Menurut Ustaz Shahril, pertolongan ini juga perlu dilihat kepada betapa pentingnya situasi keadaan pada masa permintaan itu dilakukan.
“Saya ambil contoh, isteri suruh ambil anak di sekolah sebab sibuk mesyuarat tapi masa yang sama, mak pula minta hantar ke hospital kerana keadaannya agak kritikal. Dalam ajaran Islam, kita wajib mendahuluikan mak yang membesarkan kita kerana keadaannya berkaitan nyawa manakala anak kita boleh tunggu seketika. Di sini, anak lelaki harus berperanan dan tahu membezakan mana yang lebih penting.
Jangan jadi lelaki dayus? Jelas Ustaz Shahril, selain perlu bijak membuat keputusan kerana amanah dari Allah ini, suami juga tidak seharusnya tunduk dengan desakan isteri atas alasan sayang dan mengenepikan emaknya begitu sahaja.
“Ada kes begini. Begitu ikut telunjuk isteri dan isteri control rumahtangga. Isteri kena ingat, tanpa mak yang melahirkan suaminya, tak mungkin jodoh mereka tertulis di sini. Di sinilah hak sebagai mak perlu dijaga.Ini termasuklah anak lelaki dituntut berbuat baik seperti tidak meninggikan suara di hadapan mereka sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-isra ayat 23 : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
“Rasulullah SAW bersabda anak-anak wajib membantu kedua ibu bapa dari sudut kemampuan setakat yang mampu, taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Malah selepas ibu bapa meninggal dunia, tanggungjawab anak-anak masih tidak lepas iaitu perlu tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.
“Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu. Anak-anak juga disarankan sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya, menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa, bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka selain tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.
“Beginilah besarnya tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Sebab itulah anak lelaki harus membuat keputusan bijak agar tidak membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri dan kedua ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usai menjuarai Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar terus berani ke hadapan dengan melakonkan watak-watak berbeza yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon.