Pasangan

Baim Wong Sah Failkan Penceraian Terhadap Isteri Selepas Gosip Rumah Tangga Berantakan

Share

Setelah cuba mengelak soalan wartawan, spekulasi membabitkan rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila beliau dilaporkan memfailkan penceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeven Binti Eddy Verhoeven.

Memetik laporan CNN Indonesia, Baim, 43 dilaporkan membuat permohonan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin melalui sistem Informasi Penelusuran Perkara (SIPP) PA Jaksel. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Baim.

Terdahulu, Baim menerusi satu rakaman podcast mengaku dirinya dan isteri sama seperti pasangan lain yang melalui fasa pasang surut dalam perhubungan.

Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim bin Johny Djaelani, bagaimanapun hanya meminta peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecil mereka dan enggan mengulas lanjut mengenai status perkahwinannya.

Gosip perpisahan terus bertiup kencang apabila Paula yang telah berhijrah ke imej berhijab dilihat menunaikan ibadah umrah di tanah suci tanpa kehadiran Baim di sisinya.

Khabarnya, Paula meneruskan perjalanan ke sana biarpun tidak meminta izin daripada suaminya.

Baim pula dilihat lebih memberi fokus kepada kerjaya, tambahan pula dengan pelancaran filem bergenre seram, Lembayung arahannya yang turut menampilkan pelakon dari Malaysia, Anna Jobling.

BACA: “Saya Tidak Kisah Nampak Cantik Atau Tidak…” Anna Jobling Pasti Lembayung Bukan Filem Seram Terakhirnya – REMAJA

Sekadar info, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dua zuriat lelaki iaitu Kiano Tuger Wong,3 dan Kenzo Eldrago Wong, 2.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ